Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕
Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen. |
Apa beza PLKS dengan permit?
Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.
PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu.
PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.
Senarai dokumen yang diperlukan
Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.
Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.
Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :
- Surat lantikan wakil syarikat*
- Salinan kad pengenalan wakil syarikat
- Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
- Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
- Salinan passport & permit PA/PRA
- Salinan resit e-PLKS
- Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
- Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
- Passport asal PA/PRA
Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.
Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan. |
Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.
Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.
Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅. |
Terima kasih infonya
BalasPadamDapat tambah pengetahuan
Sama2 wak. Semoga bermanfaat 😊💕
Padamnak tanya, sekarang permit boleh key in online tak perlu pergi immi untuk ambil sticker betul ke? kalau betul, saya nak tahu link mana untuk key in maklumat pekerja asing.
BalasPadamSetahu saya, kalau mohon permit PA/PRA melalui sistem e-PLKS. Sticker permit memang kena diambil sendiri oleh majikan/wakil di kaunter Jabatan Imigrisen. Melainkan, permohonan permit dibuat melalui sistem MyEG. Sebab akan ada wakil dari MyEG tolong hantar & tampalkan sticker permit pada passport PA/PRA yang telah dimohon 😊.
PadamAssalamualaikum kak syu , mcm mana sy nk jadi seorang wakil syarikat ya ? Saya perlukan dokumen apa untuk menjadi seorang wakil syarikat ya ? Dan perlu declear dengan siapa ya ? Boleh cik syu bantu ?
BalasPadamboleh saya tahu jika untuk submit 1st year sticker untuk imig kuantan pahang dimana saya boleh dapatkan form nya ya . seperti slip kutipan pelekat pas ... jika di imig putrajaya , shah alam , jalan duta ada slip untuk 1 copy serahkan kepada imig 1 copy untuk kita simpan setelah pass passport untuk tampal sticker untuk pelekat kali pertama masuk malaysia , boleh tak reply di email saya hrdpandan@gmail.com urgent kakak , please help me
BalasPadam