Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ

Jun 03, 2022

TUKAR HAKMILIK KENDERAAN INDIVIDU KEPADA SYARIKAT || Ini job task Syu kemarin ya 😌. Kalau ikutkan orang lain yang sepatutnya kena buat. Tapi, kita layankan sajalah. Bukan selalu dapat buat job dekat luar. Asyik memanjang duduk dalam pejabat pun bosan juga.


Memandangkan prosesnya masih fresh lagi dalam ingatan Syu. Jadi Syu nak share dengan korang macam mana nak tukar hakmilik kenderaan individu kepada syarikat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Atau lebih mudah kita panggil tukar nama.

 

Tukar hakmilik kenderaan
SUMBER FOTO : qoala.app

 

 

Senarai dokumen

 

Proses tukar nama kenderaan persendirian sesama indvidu memang cepat & mudah nak dibuat. Namun, bila melibatkan tukar nama kenderaan persendirian kepada syarikat. Akan ada beberapa pertambahan sedikit dari segi dokumen/lampiran sokongan. Fi proses tukar nama yang dikenakan, masih lagi pada kadar yang sama. Iaitu RM100. Cuma HARGA CUKAI JALAN kena bayar lebih sikit nanti.



Basically, cara & proses tukar nama kenderaan daripada individu kepada syarikat lebih kurang sama juga macam kita buat tukar nama sesama invidu. Seperti biasa tetap akan ada proses buat pemeriksaan PUSPAKOM, isi borang & buat pengesahan cap jari (Pengesahan biometrik) di JPJ.


Cuma ada beberapa dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama borang permohonan. Kalau nak tahu, ini antara dokumen-dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama :

 

  1. Borang JPJK3 (Pind.1/2014) yang telah siap diisi - Jangan lupa letak cop syarikat (Cop penuh) pada ruangan PENGAKUAN EMPUNYA BARU
  2. Sijil pemilikan kenderaan (VOC)/Geran kenderaan - Pastikan geran dah dibatalkan hakmilik dengan pihak bank.
  3. Surat lantikan wakil syarikat berserta salinan IC - Cop syarikat mestilah cop penuh beralamat & nombor telefon.
  4. Salinan terkini DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA berserta bukti pembelian - Borang 9, profil syarikat & invois.
  5. Salinan IC pengarah syarikat - Jika penjual & pembeli adalah orang yang sama. Gunakan salinan IC pengarah lain.
  6. Sijil pemeriksaan tukar milik B5 (a.k.a Surat pemeriksaaan PUSPAKOM) - Motorsikal tak payah buat



1) Borang pertukaran hakmilik - JPJK3 (Pind.1/2014)

 

Macam kes Syu. Borangnya Syu isi sekeping sahaja. Sebabnya Syu datang sekali dengan bos Syu untuk buat pertukaran nama. Misal kata empunya kenderaan & bakal pemilik datang berasingan. Silalah isi dua borang berasingan ya. Satu borang untuk empunya kenderaan & satu borang lagi untuk pemilik baru. 

 

Tukar hakmilik kenderaan


PENGAKUAN PEMUNYA BARU || Pada ruangan butir-butir pemunya baru, pengakuan boleh ditandatangan samada oleh pengarah mahupun wakil syarikat. Asalkan pengarahnya bukan pemilik asal kenderaan tersebut. Sekiranya, pengarah adalah pemilik asal kenderaan. Minta pengarah lain yang ada dalam syarikat untuk turunkan tandatangan.

 

WAJIB GUNA COP PENUH SYARIKAT || Selepas tandatangan, jangan lupa capkan juga cop penuh syarikat. Cop penuh tu mestilah cop yang ada tertulis nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat, nombor telefon berserta nombor faks yang boleh dihubungi.

 

 

2) Geran kenderaan - Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

 

Geran kenderaan WAJIB dibawa bersama semasa proses tukar nama - Datang bersama pemilik. Sekiranya baki pinjaman kenderaan dah dilangsaikan. Sila pastikan yang korang selaku pemilik dah buat pembatalan geran terlebih dahulu. Untuk buat pembatalan geran dengan kadar yang segera. Sebaiknya, korang telefon mana-mana institusi kewangan yang ada sangkut paut dengan kenderaan korang tu.



Kalau tidak, akan berlakulah sekatan dalam sistem JPJ semasa proses tukar nama nanti. Bila sekatan dah ditarik. Status HAKMILIK DITUNTUT atas nama institusi kewangan akan dibatalkan secara automatik dari sistem JPJ. Selesai pembatalan, barulah proses tukar milik boleh dibuat.

 

 

3) Surat wakil

 

Sekiranya pemilik kenderaan & pengarah syarikat yang bakal jadi pemilik baru tu merupakan orang yang sama. Tandatangan pengesahan pada surat wakil mestilah disahkan oleh pengarah yang lain - Selain syarikat milikan tunggal (Enterprise). Kalau guna juga tandatangan dari orang yang sama. Proses tukar nama akan di-reject serta merta oleh pihak JPJ. Selain itu, untuk maklumat wakil syarikat pula. WAJIB disertakan bersama salinan kad pengenalan wakil syarikat untuk semakan & pengesahan pegawai JPJ.

 

Surat wakil
Surat contoh perlantikan wakil syarikat untuk urusan tukar nama.

 

Ini contoh surat yang pegawai JPJ beri pada Syu. Kena ikut sebiji macam ni ya. Selebihnya korang cuma perlu letakkan letterhead syarikat & suruh pengarah syarikat korang turunkan tandatangan 📝. Jangan lupa capkan juga cop syarikat bersebelahan tandatangan - Guna cop penuh!

 

 

4) Dokumen pendaftaran syarikat

 

Untuk salinan dokumen pendaftaran syarikat sendirian berhad - COMPANY PROFILE, FORM 9 (Dokumen berbeza mengikut jenis milikan syarikat). Pastikan dokumen tersebut up-to date & ianya dibeli melalui sistem MyDATA SSM - berserta CTC (Certified True Copy). Kepilkan juga resit pembelian bersama dokumen pendaftaran syarikat untuk semakan pegawai JPJ.


 

5) Salinan kad pengenalan pengarah

 

Bagi syarikat selain milikan tunggal (Enterprise). Satu salinan kad pengenalan pengarah perlu disertakan bersama semasa proses tukar nama. Asalkan pengarah tu bukan pemilik asal kenderaan & dia merupakan pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menurunkan tandatangan pada surat wakil.

 

 

6) Sijil pemeriksaan tukar milik (B5) / Surat PUSPAKOM


Surat PUSPAKOM ni macam biasalah. Kena buat pemeriksaan kenderaan & dapat kelulusan dari PUSPAKOM dahulu baru akan dikeluarkan suratnya - Kecuali motorsikal. Tujuan pemeriksaan ni sebenarnya adalah untuk melindungi pemilik baru kenderaan daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung contohnya.

 

Surat PUSPAKOM

 

Jadi, kepada pemilik kenderaan yang berhajat nak jual kenderaan tu. Silalah buat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. Kalau tak sempat. Upahlah runner. Bila dah ada surat PUSPAKOM, pastikan proses tukar nama dibuat dalam tempoh yang dah ditetapkan - 60 hari dari tarikh pemeriksaan.



Insurans & Cukai Jalan

 

Selesai tukar nama & bayar fi RM100. Pihak JPJ akan keluarkan geran kenderaan yang baru (VOC) atas nama syarikat. Selesai sudah proses tukar nama. Next step, korang boleh proceed untuk buat insurans & cukai jalan pula.



Sejujurnya, nak buat pertukaran hakmilik kenderaan ni senang sahaja sebenarnya. Cuma ia akan jadi sedikit rumit & complicated pada mereka-mereka yang baru pertama kali berurusan dengan JPJ berkenaan dengan hal ni.

 

Syu harap perkongsian Syu ni bermanfaat & dapat membantu korang yang masih buntu pasal proses pertukaran hakmilik kenderaan di JPJ. Especially melibatkan pertukaran hakmilik indvidu kepada syarikat.   

Comments

  1. nice sharing kak! taktahu pulak ada tukar milik ke syarikat hehe selalu individu ke individu je

    BalasPadam
  2. Rm100 Tu Siapa Sepatt Nya Yang Byr Kan?? Pembeli Atau Penjual?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya pembeli yang kena bayar. Waima kita beli kereta melalui agen kereta sekalipun,dah tentu2 diaorang tak cover fi proses tukar nama tu.
      In case kalau kita beli direct dari owner. Sesetengah owner kereta, ada baik hati offer bayar fi proses tukar nama 50-50. Bergantung pada keadaan & budi bicara owner kenderaan sebenarnya. Tapi selalunya,memang pembeli yang kena cover duit RM100 tu.

      Padam
  3. adakah semua jenis kenderaan dibenarkan atau kenderaan tertentu sahaja yang dibenarkan? boleh share info puan. terima kasih

    BalasPadam
  4. ..as salam pn syu
    ..adakah jenis kenderaan yg tidak dibenarkan dlm KES ini. tkasih

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!