Lepak Santai Di Port Pak Jabit

Jun 16, 2022

LEPAK SANTAI DI PORT PAK JABIT || Nak cerita sikit pasal satu port lepak ni. Dia punya sup memang sedap & marvelous. Dari sup ayam, tulang, ekor, daging, perut sampailah ke sup gearbox 😋. Menu lain selain sup-sup pun ada juga. Yang pasti semuanya padu-padu belaka! Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kalau nak tahu. Port ni diberi nama Port Pak Jabit!


Betul ke Pak Jabit namanya?


Sebetulnya, empunya Port Pak Jabit ni namanya Rosli Hj. Ahmad. Mungkin pemilik kedai ni suka dengan watak Pak Jabit dalam filem terbitan allahyarham Mamat Khalid agaknya. Itu yang diletaknya Port Pak Jabit sebagai nama kedai. Orang kampung sekitar Pengkalan Gate tu pun dah terbiasa panggil Pak Cik Rosli ni Pak Jabit. Maka, sampai ke sudahlah lekat nama panggilan tu sampai ke hari ni - Syu & husband panggil Pak Jab saja.



Port Pak Jabit


Sejujurnya, Port Pak Jabit ni antara port lepak & makan yang sangat simple & santai. Pengunjungnya jangan cakaplah. Tak putus-putus datang. Dari golongan muda sampailah ke golongan veteran. Meja sentiasa penuh. Bila lepas maghrib, ada lah pak cik-pak cik geng surau datang mengole di Port Pak Jabit ni.

 

Malam kemarin jangan cakaplah. Full house Port Pak Jabit ni!! Ditambah pula ada perlawanan live bola sepak piala Asia (AFC Asian Cup 2023) antara Malaysia menentang Bangladesh - Terbaiklah team Malaysia dapat pecahkan gawang Bangladesh 4-1. Tahniah 👍! Memang meriahlah kedai Pak Jabit dibuatnya - Kita yang tak berapa minat bola pun terjebak sekali.


 

Supnya memang padu!

 

Di kedai Pak Jabit ni signature dish-nya adalah sup. Menu bersup ni memang pilihan utama pelanggan di Port Pak Jabit ni. Termasuklah Syu. Kebiasaannya, Syu akan order sekali dengan nasi putih, telur dadar, kailan ikan masin. Di Port Pak Jabit ni, korang boleh order bermacam jenis sup yang korang nak. Biasanya sup ayam & lembu. Sup kambing tak pasti ada ataupun tidak. Sebab tak pernah order 😅.

 

Bila datang Port Pak Jabit. Dapat perkena semangkuk sup dengan nasi putih pun dah puas hati. Isi banyak. Memang tak kedekut. Semangkuk sup boleh makan untuk dua orang. Jadi, pada yang duduk Batu Gajah, Ipoh & sekitarnya. Korang bolehlah singah sini lepak-lepak. Tak nak makan sup & western food, korang boleh cuba menu lain. Roti canai pun ada jual di kedai Pak Jabit ni tau. Kabor jer nak makan ape. Pak Jabit & krew akan buatkan.

 

Port Pak Jabit
Nampak tebal hirisan perut lembunya. Tapi lembut tau.


Port Pak Jabit


Port Pak Jabit
Sedap kailan ikan masinnya.


Yang ini encik suami yang punya. Tak ingat berapa harga 😅.


Misal kata tak nak makan dekat kedai pun tak mengapa. Boleh tapau bawa balik makanannya. Nak buat pesanan awal pun boleh - Contact Kak Zu : 017-5065808 @ Pak Jabit : 011-36300877. Kedainya beroperasi setiap bermula jam 5 petang sehingga 12 malam. Hari apa tutup Syu tak berapa pasti. Yang pasti. Makan di Port Pak Jabit ni memang berbaloi & puas hati.  Cenggini teman bagi 👍.

Comments

  1. Actually baru je dinner sup tulang tadi! Memang favourite lagi-lagi babat, kenyal-kenyal hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa
    Jemput singgah blog rabia tau

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!