AWAS : ENTRI NI BANYAK GAMBAR YANG MENGIURKAN || Di Ipoh ni. Roti naan cheese antara menu paling viral di Restoran Di Naina ni. Kalau bulan puasa, memang menu ini yang paling laku & selalu SOLD OUT. Bukan itu sahaja. Nak beli pun sampai terpaksa tunggu lama & beratur panjang.
Menu WAJIB CUBA bila singgah di Restoran Di Naina 😋💕. |
Nasihat Syu. Kalau korang datang pada waktu puncak - Waktu tengahari, lepas habis waktu kerja & hujung minggu. Mohon bertabahlah ya. Sebab restoran ni memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Tambah-tambah pada waktu malam. Kalau nak makan sini, sebaiknya pilih waktu orang pergi bekerja. Masa ni memang restorannya lengang 😅.
Lembut, gebu & penuh keju!
Roti naan-nya jangan cakaplah. Memang lembut & gebu. Baik yang kosong mahupun yang ada chesee. Saiznya pun boleh tahan besar juga. Puas makan. Kalau nak tahu, roti naan cheese di restoran Di Naina memang sarat luar & dalam dengan cheese. Pada yang TAK GEMARKAN CHEESE. Awas! Korang mungkin akan cepat rasa muak.
Sos cheese dekat atas roti naan ni rasa macam sos cheesy wedges KFC pun ada 😁. |
Tengoklah. Tebal roti naan-nya. |
Di bahagian dalam roti diletakkan keju mozarella. Manakala, di bahagian luarnya di curahkan pula dengan sos keju berwarna kuning supaya nampak lebih menyelerakan - Hakikatnya memang menyelerakan pun 😆. Selalunya. Bila makan roti naan. WAJIB order sekali dengan ayam Tandoorinya.
Perkena dengan ayam tandoori memang terangkat chor 👍! |
Dari segi harga. Pada Syu, kira berbaloi jugalah sebenarnya - Berbaloilah sebab ada orang tolong bayarkan. Terima kasih cousin 😛. Satu set sekali dengan ayam tandoori. Harganya cuma RM18 sahaja. Kalau campur air teh ais. Kira ngam-ngamlah RM20 😂.
Lagipun, roti naan-nya tebal & lembut. Cheese pun banyak - Berlobo-lobo orang Sarawak cakap 😁. Sampai boleh tarik-tarik. Ayam tandoori-nya pun boleh tahan juga. Kira okeylah kalau nak perkena sekali sekala dengan harga yang macam ni.
Buat penggemar roti naan, ayam tandoori & cheese. Korang WAJIB singgah di restoran ni. Tak nak makan roti naan? Tak apa. Menu lain pun ada juga. Syu dengar. Murtabaknya pun boleh tahan. Next round nak cuba murtabaknya pula.
Ya allahhhhh sedapnya tengok. Memang nnt nak pergi lah
BalasPadamSedap2. Wajib cuba! 😋💕
Padamsedapnya meriah cheese :)
BalasPadamMeriah luar dalam 😘. Puas makan.
Padamterliurrrr kita tgk.. aishhh
BalasPadamTebal cheese dia. Pada saya okay harga rm18 campur dgn ayam tandoori tu.
BalasPadamLama betul tak makan mamak camni. Saya suka naan cheese xD
Sedapnya
BalasPadamdalam ada keju atas lagi memang betul-betul puas la makan keju kalau gitu
BalasPadamWow... Penuh dengan cheese itu! Nampak sedap.. sesuai harga woooo
BalasPadam