Tak Tahu Apa Nak Dicelotehkan

Jun 02, 2022

Cak! Dah masuk bulan Jun dah kita ya. Raya pun dah habis. Tak puas sambut raya tahun ni. Rasa macam sekejap sangat. Tak sabar pula nak tunggu raya haji nanti 😅. Tapi raya haji nanti cuma dua hari saja. Lagilah tak puas. Boleh tak kalau hari-hari nak hari raya 😆. 

 

Actually, Syu tak tahu nak cerita apa dekat Syuderis.com ni. Lagipun tak best juga kalau tak ada coretkan apa-apa dalam blog. Jadi, sebagai mukadimah untuk bulan Jun ni. Syu celoteh santai-santai saja hari ni. Kita stop sekejap cerita topik berat-berat. Tunggu ada mood & idea baru kita start. Lagipun otak tengah kekeringan idea sekarang ni.



Kering idea nak berceloteh


Kalau ikutkan, dalam draft nun melambak unpublished post. Malangnya otak kekeringan idea pula nak berceloteh panjang. Ibarat berjalan di tanah gersang nun keringnya 😝. Tajuk dah ada. Point pun dah ada. At the end tulis entrinya sekerat-sekerat. Mana tidaknya. Masa nak tulis entri, sekejap pegang laptop. Sekejap lagi lapar pegang kuali pula.

 

SUMBER FOTO : Blogtyrant.com

 

Lepas tu sambung pula kelebek anak bulus dekat luar. Banyak nau selingannya! Tapi kan, dalam banyak-banyak selingan tu. Kain baju paling tak suka Syu nak kelebek. Basuh, sidai & seterika boleh lagi. Bila sampai masa nak melipat. Taubat lahum nak sentuh 😆. Asyik nak KIV saja. Dari dulu sampai ke hari ni. Paling tak suka lipat baju.



Earnings google adsense tak berapa cantik

 

Bulan Ramadhan hari tu. Luar biasa earnings di Google Adsense (GA). Mencanak-canak naiknya sebab post pasal Buffet Ramadhan Di Ipoh. Tengok graf hijau biru belaka. Malangnya start bulan lepas, semuanya kembali merah-merah.



Dah kembali normallah tu nampak gayanya. Lantakkan situ. Actually, Syu dah redha dah GA masuk sekupang dua hari-hari - Kadang-kadang sekupang pun tak sampai 😆. Malas nak fikir. Ada rezeki ada. Lagipun kita berblog hanya untuk suka-suka saja.



Duit lesap haritu apa cerita?


Yang ini paling perit nak dicelotehkan sebenarnya. Korang ingat tak Syu ada cerita pasal duit Syu yang lesap dalam Maybank sebelum raya hari tu - Hampir RM4K Lesap Dari Maybank. Pegawai yang siasat kes Syu ni kata, duitnya TAKKAN DAPAT DIKEMBALIKAN SEMULA ke dalam akaun. Alasannya, duit tu dah berjaya di-transfer masuk ke akaun scammers & agak sukar untuk dapatkan semula duit tu.


Headache
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? 💆🏻‍♀️


Lagi satu, pegawai tu suspek ada orang terdekat dengan Syu tahu login ID & password akaun Maybank Syu. Nak kata suami Syu yang buat? Mustahil. Sebab dia bukan tahu pun ID & password Syu. Sedangkan ID & passwod akaun bank dia pun Syu yang tolong ingatkan 😗.


Isunya sekarang ni, duit yang di-transfer tu bukannya pergi pada orang yang Syu kenal pun. Waima, nama pemegang akaun tu pun terang-terang nama warga asing. Kalau nama mak ayah & adik beradik Syu tak adalah ralat sangat. Ini nama warga asing! Pegawai tu explain dekat Syu bukan main panjang lebar.

 

Bila ditanya duit dapat balik ke tidak. Jawabnya TAKKAN DAPAT BALIK. Jadi, tak ada maknalah Syu nak tadah telinga lagi untuk dengar penjelasan sampah macam tu. Buat sakit hati saja. Serius Syu cakap. Memang headache gila bila difikirkan semula.



Permohonan diluluskan! 

 

Dalam tengah duduk berdukacita pasal duit lesap dalam akaun bank. Tak sangka ada Allah selitkan juga berita gembira. Korang ingat tak temuduga Rumah Perakku yang Syu pergi beberapa bulan lepas? Keputusannya dah keluar & alhamdulillah permohonan Syu diluluskan. Harap proses yang seterusnya berjalan lancarlah hendaknya. Korang doakan Syu tau 🤗💕. 



Pada Syu, semua yang berlaku ni ada hikmah. Allah tarik rezeki yang ada pada Syu ni sebagai ujian untuk buka mata Syu. In fact, pada masa yang sama Allah selitkan dalam ujian tu satu kemanisan buat Syu. Buatmu scammers. Berbahagialah kamu dekat muka bumi ni. Dia akhirat nanti merangkaklah kamu 😌. 



Walaupun pada awalnya agak perit untuk dihadap. Nak tak nak Syu terpaksa redha & akur. Rezeki Allah tu Maha luas. Apa yang jadi pada Syu ni mungkin ada yang alami lebih teruk lagi. Nah...dalam tak tahu nak celoteh apa. Panjang berjela juga celotehnya 🤣. 

Comments

  1. Innalillahiwainnailahirajiun.

    BalasPadam
  2. Semakin menjadi2 skamer ni ek
    Ada yang lesap sampai juta2

    BalasPadam
  3. seram pulak dengar pasal duit lesap tu. huu.. ada orang tahu password ke. atau ada apa2 yg fishy sebelum jadi kes ni.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kak syu. :)

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!