Walaupun cuti hujung minggu agak terhad sejak Syu bertukar kerja. Tapi, masa bersama keluarga tetap nombor satu. Tak dengan encik suami. Semestinya dengan family members Pak Deris yang lain. Tak kiralah hujung minggu hari beristirehat sekalipun. Bila dapat luangkan masa dengan ahli keluarga. Tak berehat pun tak apa.
Semalam, semua adik beradik & ipar duai balik ke kampung celebrate hari lahir abah. Kalau ikutkan kemarin nak sambut hari lahirnya. Tapi, terpaksa postponed atas sebab tuntutan kerja. Walaupun agak lambat. Kami adik beradik tetap nak sambut juga. Dapat sambut ringkas-ringkas pun jadilah. Asalkan ada aktiviti bersama yang tersayang.
Kek tema kebun sayur
Birthday celebration abah kali ni luar biasa sikit tema keknya. Memang dekat sungguh dengan kehijauan. Selalu kek simple tema bunga-bunga. Kali ni tema keknya ala-ala petani berjaya gitu 😂. Almaklumlah, sejak dah pencen. Abah sibuk menyesohkan kebun dia. Jadi, tema kek kebun tu memang kena sangatlah dengan jiwa abah.
Tengoklah! Comel sangat keknya. Nak makan pun sayang 😅. |
Abah kata kalau letak sebiji buldozer dekat tengah kebun tu lagi nampak padu katanya 😂. |
Apa-apa pun terima kasih pada adik ipar Syu. Pandai dia pilih tema. Keknya pun boleh tahan sedap juga 😋. Tak tahu berapa harga kek ni. Mesti mahal. Lagipun bukan mudah nak gentel sayur tu sebiji-sebiji. Syu dengar cerita, dekat 3 hari juga tukang buat kek memerah otak nak hasilkan kek kebun sayur 😅.
Tok wan excited nak potong kek. Tapi tak boleh lawan excited hero-hero dekat kiri kanan dia. |
Masing-masing tengah sedaya upaya menahan sabar. Almaklumlah mak bapanya sibuk nak ambil gambar. |
Comel giler sayur2 diaa... Alhamdulillah dpt pulang kampung gathering utk small event gini pun dah senang ati kan kak?
BalasPadamBestnya kebun kek
BalasPadamAla... Comelnya kek tu Syu. Alhamdulillah, mesti abah Syu happy.
BalasPadamaduh comel sangat lah kek tu dengan hiasan sayuran tu...
BalasPadamHappy birthday acik!
BalasPadamComel kek tu
BalasPadamwahh mcm2 ada kat kebun sayur itttuh., ;p
BalasPadamHappy birthday buat abahnya. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.
BalasPadamcantik kek tu.
BalasPadam