September 29, 2022

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Sebut saja blog Mamapipie. Seperti biasa, blog ni dari dulu memang meriah dengan giveaway. Korang dah join Giveaway Suka Suki Mamapipie yang terbaru ni? Kalau belum, jom sertai ramai-ramai. Untuk makluman korang, penyertaannya dibuka sehingga 1hb Oktober 2022 ni. Korang boleh klik pada banner untuk ketahui lebih lanjut. Tak join memang rugi. Sebab ada banyak hadiah menarik yang ditawarkan.

 

 

Entri mana yang best?

 

Selain giveaway, blog Mamapipie ada juga cerita pasal makan-makan, lifestyle, travel & bermacam-macam topik lagi. Dalam blog Mamapipie ni, paling Syu suka Segmen Share Resepi Perintah Berkurung. Dah lama dah segmen ni Mamapipie buat sebenarnya. Dua tahun lepas 😂. Yang Syu suka tu bukan apa. Dalam segmen ni ada bermacam-macam resepi menarik yang dikongsikan oleh rakan-rakan Blogger kita.

 

Dari resepi lauk-pauk, appetizers sampailah ke pencuci mulut. Satu segmen yang Syu kira agak bagus buat mereka-mereka yang kekeringan idea nak masak apa! 😆 Kalau rasa kekeringan idea. Memang elok sangat rujuk segmen ni 😊💕. By the way, jangan lupa hantar penyertaan ya! Selamat ber-giveaway & all the best!

 

Giveaway
Klik banner untuk ke link penyertaan 😊💕.

September 24, 2022

Auntie Anne's Caramel Almond Pretzel Di AEON Seri Manjung Sedap

AUNTIE ANNE'S CARAMEL ALMOND PRETZEL DI AEON SERI MANUNG SEDAP | Sebenarnya di area Ipoh ni pun ada juga cawangan pretzel Auntie Anne's ni.  Nun di AEON Kinta City & AEON Klebang nun. Tapi, entahlah. Tengok orang ramai kata tak sedap & servisnya tak berapa nak okay. Pilihan pun katanya tak banyak 😅. 


Rindu pretzel air tangan akak ni. Rasanya sama & tak berubah langsung dari dulu sampai ke hari ni 😋🥨. 

 


Tak cukup satu! 


Bila dah orang ramai bagi reviews macam tu. Maka, sampai ke sudah tak jejakkan kaki ke sana. Rasa macam puas hati lagi beli dekat AEON Seri Manjung. Bukan saja banyak pilihan. Rasa pretzel-nya pun boleh tahan - Mungkin tengok air tangan orang yang membuatnya juga agaknya 😁.


Sejujurnya, pretzel Auntie Anne's di AEON Seri Manjung ni dari dulu memang sedap. Kalau beli memang puas hati. Dah sejuk pun still lagi lembut pretzel-nya. Tak keras kejung macam kulit kaki.


Muka terkejut sebab akaknya tiba-tiba lesap entah ke mana lepas tu muncul dengan beg penuh pretzel 🤣. 


Kalau beli satu seriously memang tak cukup. Tambah-tambah kalau yang makan tu Syu Deris 😁. Itu pasal kalau balik kampung, gigihkan juga singgah ke AEON Manjung semata-mata nak  makan pretzel Auntie Anne's ni.  Sekali beli bukan satu. Tapi lima 🖐🏼😂. 

 


Caramel almond pretzel sedap


Caramel Almond Pretzel. Terpaling favourite 😋🥨. 


Bila singgah Auntie Anne's di AEON Seri Manjung, semestinya Syu akan repeat beli Caramel Almond Pretzel ni. Rasa pretzel-nya lembut, manis & ada disalut dengan almond cincang & sedikit kelapa kering.


Pada Syu, makan Caramel Almond Pretzel ni tak cicah dengan sos karamelnya pun dah sedap. Sebab pretzel-nya dah sedia-sedia manis. Kalau dicicah lagi dengan sos karamelnya, makin bertambah-tambahlah manisnya 😁.


Sos karamelnya sedap. Tapi Syu tak berapa minat cicah dengan pretzel ni sebab manis sangat 😅


Pretzel Auntie Anne's ni ada banyak perisa sebenarnya. Ada yang plain, manis, masin, berkeju & macam-macam lagi. Terpulang pada korang nak pilih jenis & perisa pretzel yang macam mana. Kalau Syu, Caramel Almond Pretzel tetap jadi pilihan hati 🥨❤️.  

September 22, 2022

Cantik Tarikh Hari Ini 😊

Think

CANTIK TARIKH HARI NI | Bismillahirrahmanirahim. Lama betul tak bersiaran di Blogger. By the way, cantik betul tarikh hari ni ya! 22.9.22! Agak-agak ada tak yang pilih tarikh ni untuk apa-apa majlis atau event. Almaklumlah, tarikhnya cantik. Kena pula hari ni hari Khamis malam Jumaat. Alang-alang malamnya boleh lajak sekali untuk buat majlis bacaan yasin. Ada juga berkatnya.

 

Pada Syu, tarikh hari ni boleh dikatakan agak cantik & istimewa juga buat Syu sebenarnya 😊💕. Bukan apa, pejam celik dah masuk umur sekian-sekian 😂. Apa-apa pun syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Buat mak, terima kasih kerana sudi melahirkan & membesarkan Syu dari sebesar kuman hinggalah sebesar-sebesar Doraemon 😆. 

 

Birthday
Tak sangka encik suami ingat hari lahir kita 😂. Balik-balik rumah ada suprise. Dengan muka selebet.

 

Buat encik suami. Terima kasih untuk suprise hari ni tau. Next month kita balas dengan suprise juga okay! Apa-apa pun semoga rumahtangga kita kekal bahagia sampai bila-bila. Nampak gayanya tahun ni kita masih sambut hari lahir berdua. Harap tahun-tahun yang mendatang kita dapat sambut meriah dengan anak cucu. Andai tak ada rezeki...dengan anak cucu bulus pun jadilah 😂!

September 04, 2022

Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak

BAN PECAH TANJUNG PIANDANG, PERAK | Ini alkisah hujung minggu lepas, Seperti biasa, hujung minggu sajalah satu-satunya waktu yang Syu ada untuk keluar berjimba-jimba. Tapi, dapat pergi tempat yang dekat-dekat sajalah. Nak pergi bercuti jauh-jauh takut esoknya tak larat nak masuk kerja pula. Jadi, kami berdua laki bini buat keputusan pergi jalan-jalan sekitar Perak saja.


Kali ni ke mana? Ke Ban Pecah Tanjung Piandang pula kita pergi. Bukan apa, saja nak tahu apa yang menarik di sana. Selama hari ni dengar nama & ceritanya saja. Tapi, tak pernah langsung jejakkan kaki. Nama saja orang Perak. Ban Pecah pun tak pernah pergi 😂.


Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak
Stickers dekat signboard ni bukti Ban Pecah ni tak sendu dengan pengunjung 😊.  


Sebenarnya, di negeri Perak ni ada banyak tempat santai-santai menarik yang close to mother nature. Salah satunya macam Ban Pecah inilah. Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan & lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai. Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung & juga bendang yang subur tanahnya.

 

 

Lautan sawah padi yang disumpah!


Untuk pengetahuan korang perkataan ban itu bermaksud batas. Jadi, dengan erti kata lain Ban Pecah tu merujuk kepada batas atau benteng yang pecah. Dengar cerita, satu ketika dahulu, sekitar 4 hektar kawasan sawah padi di sini telah musnah ditenggelami air laut disebabkan hakisan ombak yang sangat teruk. Bunyi macam fenomena alam biasa. Namun, disebalik kejadian tu ada cerita tersembunyi disebaliknya. Penduduk di sekitar Ban Pecah memang sinonim sangat dengan kisahnya apabila ditanya.


Dulunya kawasan sawah padi. Tapi dah transformed jadi laut lepas terkena hakisan.


Menurut cerita orang kampung - Sahih atau tidak wallahualam. Kononnya tragedi ban pecah ni terjadi disebabkan sumpahan seorang anak yatim piatu kepada bapa saudaranya. Dengar cerita, sebelum bergelar yatim piatu. Bapa saudaranya telah diamanahkan untuk menjaganya serta harta pusaka peninggalan dari arwah ayahnya. Malangnya, bapa saudara anak yatim tersebut jadi kabur biji mata & berubah menjadi seorang yang tamak haloba 😌.

 

Habis semua harta yang diamanahkan tu dibolotnya. Bukan itu sahaja. Kemudian dihalaunya pula anak yatim tu keluar rumah sehelai sepinggang. Dek kerana rasa teraniaya. Maka, berdoalah si anak yatim tersebut supaya diberikan pengajaran yang setimpal kepada bapa saudaranya.


Ban Pecah Tanjung Piandang


Dengan izin Allah. Doanya diperkenankan. Maka, terjadilah air pasang besar yang seterusnya memecahkan ban & menenggelamkan sebahagian kawasan sawah padi yang ada di Ban Pecah ni. Begitu juga dengan sawah padi yang dimiliki anak yatim tersebut. Begitulah ceritanya. Itu pasal tak elok makan harta & buat aniaya pada anak yatim.




Sejuk mata memandang


Sejujurnya, pemandangan di Ban Pecah ni memang sangat cantik. Tempatnya santai & boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga. 


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tempatnya memang mendamaikan sungguh! 😌

 

Selain pemandangan cantik untuk bergambar, Ban Pecah ni juga antara lokasi riadah yang strategik buat kaki-kaki pancing juga. Walaupun hampir keseluruhan pantainya di penuhi cerucuk, ia bukan penghalang untuk pengunjung datang berkunjung. Sebab ada banyak tarikan & aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Depan laut. Belakangnya sawah padi. Hanya jalan kecil ni saja jadi pemisah.

Ban Pecah Tanjung Piandang
Banyak batu di Ban Pecah ni. Almaklumlah, tempatnya terdedah dengan hakisan laut.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tak kira panas terik. Pulun nak ber-OOTD juga 😆.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Malangnya tudung & rambut tak nak bagi kerjasama ya. Almaklumlah, angin laut kuat sangat 😂.


Pantai Ban Pecah


Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah korang tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini korang kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai. Baru korang akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung & bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.

 

Ban Pecah Tanjung Piandang
Baby crab & udang celup tepung memang murah dekat Pantai Ban Pecah. RM5 sahaja sepinggan 😋.

 

Walaupun hampir 80 peratus kawasan pesisiran Ban Pecah ni diliputi cerucuk. Namun, di penghujung Ban Pecah ni ada satu port yang sesuai untuk mandi-manda & beriadah bersama keluarga. Kawasannya pantainya tak adalah besar macam Teluk Batik & Teluk Senangin. Tapi, tempatnya sarat dengan pengunjung. Ada yang datang lepak-lepak & bermandi-manda. Tak kurang juga ada yang datang untuk jalan-jalan cari makan. Macam kitaorang laki bini especially-nya 😆!