BAN PECAH TANJUNG PIANDANG, PERAK | Ini alkisah hujung minggu lepas, Seperti biasa, hujung minggu sajalah satu-satunya waktu yang Syu ada untuk keluar berjimba-jimba. Tapi, dapat pergi tempat yang dekat-dekat sajalah. Nak pergi bercuti jauh-jauh takut esoknya tak larat nak masuk kerja pula. Jadi, kami berdua laki bini buat keputusan pergi jalan-jalan sekitar Perak saja.
Kali ni ke mana? Ke Ban Pecah Tanjung Piandang pula kita pergi. Bukan apa, saja nak tahu apa yang menarik di sana. Selama hari ni dengar nama & ceritanya saja. Tapi, tak pernah langsung jejakkan kaki. Nama saja orang Perak. Ban Pecah pun tak pernah pergi 😂.
Stickers dekat signboard ni bukti Ban Pecah ni tak sendu dengan pengunjung 😊. |
Sebenarnya, di negeri Perak ni ada banyak tempat santai-santai menarik yang close to mother nature. Salah satunya macam Ban Pecah inilah. Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan & lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai. Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung & juga bendang yang subur tanahnya.
Lautan sawah padi yang disumpah!
Untuk pengetahuan korang perkataan ban itu bermaksud batas. Jadi, dengan erti kata lain Ban Pecah tu merujuk
kepada batas atau benteng yang pecah. Dengar cerita, satu ketika dahulu, sekitar 4 hektar kawasan sawah padi di sini telah musnah ditenggelami air laut
disebabkan hakisan ombak yang sangat teruk. Bunyi macam fenomena alam
biasa. Namun, disebalik kejadian tu ada cerita tersembunyi disebaliknya. Penduduk di
sekitar Ban Pecah memang sinonim sangat dengan kisahnya apabila ditanya.
Dulunya kawasan sawah padi. Tapi dah transformed jadi laut lepas terkena hakisan. |
Menurut cerita orang kampung - Sahih atau tidak wallahualam. Kononnya tragedi ban pecah ni terjadi disebabkan sumpahan seorang anak yatim piatu kepada bapa saudaranya. Dengar cerita, sebelum bergelar yatim piatu. Bapa saudaranya telah diamanahkan untuk menjaganya serta harta pusaka peninggalan dari arwah ayahnya. Malangnya, bapa saudara anak yatim tersebut jadi kabur biji mata & berubah menjadi seorang yang tamak haloba 😌.
Habis semua harta yang diamanahkan tu dibolotnya. Bukan itu sahaja. Kemudian dihalaunya pula anak yatim tu keluar rumah sehelai sepinggang. Dek kerana rasa teraniaya. Maka, berdoalah si anak yatim tersebut supaya diberikan pengajaran yang setimpal kepada bapa saudaranya.
Dengan izin Allah. Doanya diperkenankan. Maka, terjadilah air pasang besar yang seterusnya memecahkan ban & menenggelamkan sebahagian kawasan sawah padi yang ada di Ban Pecah ni. Begitu juga dengan sawah padi yang dimiliki anak yatim tersebut. Begitulah ceritanya. Itu pasal tak elok makan harta & buat aniaya pada anak yatim.
Sejuk mata memandang
Sejujurnya, pemandangan di Ban Pecah ni memang sangat cantik. Tempatnya santai & boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga.
Tempatnya memang mendamaikan sungguh! 😌 |
Selain pemandangan cantik untuk bergambar, Ban Pecah ni juga antara lokasi riadah yang strategik
buat kaki-kaki pancing juga. Walaupun hampir keseluruhan pantainya di penuhi cerucuk, ia bukan penghalang untuk pengunjung datang berkunjung. Sebab ada banyak tarikan & aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.
Depan laut. Belakangnya sawah padi. Hanya jalan kecil ni saja jadi pemisah. |
Banyak batu di Ban Pecah ni. Almaklumlah, tempatnya terdedah dengan hakisan laut. |
Tak kira panas terik. Pulun nak ber-OOTD juga 😆. |
Malangnya tudung & rambut tak nak bagi kerjasama ya. Almaklumlah, angin laut kuat sangat 😂. |
Pantai Ban Pecah
Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah korang tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini korang kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai. Baru korang akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung & bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.
Baby crab & udang celup tepung memang murah dekat Pantai Ban Pecah. RM5 sahaja sepinggan 😋. |
Walaupun hampir 80 peratus kawasan pesisiran Ban Pecah ni diliputi cerucuk. Namun, di penghujung Ban Pecah ni ada satu port yang sesuai untuk mandi-manda & beriadah bersama keluarga. Kawasannya pantainya tak adalah besar macam Teluk Batik & Teluk Senangin. Tapi, tempatnya sarat dengan pengunjung. Ada yang datang lepak-lepak & bermandi-manda. Tak kurang juga ada yang datang untuk jalan-jalan cari makan. Macam kitaorang laki bini especially-nya 😆!
Indah dan menarik tempatnya
BalasPadammemang cantik lah pemandangan nya, lagilah yang ada sawah padi hijau je tu... memang sejuk mata memandang
BalasPadamCantikkkk pemandangan
BalasPadamkampung suami kita kak syu
BalasPadam