CANTIK TARIKH HARI NI | Bismillahirrahmanirahim. Lama betul tak bersiaran di Blogger. By the way, cantik betul tarikh hari ni ya! 22.9.22! Agak-agak ada tak yang pilih tarikh ni untuk apa-apa majlis atau event. Almaklumlah, tarikhnya cantik. Kena pula hari ni hari Khamis malam Jumaat. Alang-alang malamnya boleh lajak sekali untuk buat majlis bacaan yasin. Ada juga berkatnya.
Pada Syu, tarikh hari ni boleh dikatakan agak cantik & istimewa juga buat Syu sebenarnya 😊💕. Bukan apa, pejam celik dah masuk umur sekian-sekian 😂. Apa-apa pun syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Buat mak, terima kasih kerana sudi melahirkan & membesarkan Syu dari sebesar kuman hinggalah sebesar-sebesar Doraemon 😆.
Tak sangka encik suami ingat hari lahir kita 😂. Balik-balik rumah ada suprise. Dengan muka selebet. |
Buat encik suami. Terima kasih untuk suprise hari ni tau. Next month kita balas dengan suprise juga okay! Apa-apa pun semoga rumahtangga kita kekal bahagia sampai bila-bila. Nampak gayanya tahun ni kita masih sambut hari lahir berdua. Harap tahun-tahun yang mendatang kita dapat sambut meriah dengan anak cucu. Andai tak ada rezeki...dengan anak cucu bulus pun jadilah 😂!
Happy birthday kak syu semoga dipanjangkan umur dimewahkan rezeki diberi kesihatan yg baik 💕🤲🏻 aamiin
BalasPadamhappy birthday syu semoga panjang umur dan murah rezeki
BalasPadamtarikh lahir arwah adik ammi. Yg ke 40 kalau dia masih hidup.
BalasPadam