Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor

Oktober 02, 2022

LAMAN TEBU AIDIL SUNGAI BESAR, SELANGOR | Di Sungai Besar, Selangor ni ada satu port lepak viral yang best untuk korang minum petang bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tempatnya memang santai & terletak berhampiran dengan kawasan bendang. Port ni diberi nama Laman Tebu Aidil. Waktu operasinya dari pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam.


Penuh lamannya dengan pokok tebu. 


Kalau dari pekan Sungai Besar, lokasinya tak jauh mana pun sebenarnya. Ada lah dalam lingkungan 10-15 minit. Cuma masa on the way nak ke sana, korang kena pandai tengok simpang. Bukan apa, takut terlajak ke depan. Sebab nak buat U-turn boleh tahan jauh juga 😅. Almaklumlah, jalannya dah jadi macam highway. Tak sama macam dedulu. Tapi, kalau follow Waze & Google Map insyaallah sampai.



Kenapa laman tebu?


Nak tahu kenapa? Sebab di sepanjang jalan nak masuk halaman kedai ni terdapat banyak pokok-pokok tebu merah yang ditanam & dijadikan sebagai hiasan & penyeri laman. Selalu kita tengok pokok tebu orang tanam pakai campak-campak & berterabur kan? Tapi, di Laman Tebu Aidil ni tak. Pokok tebunya elok tersusun & diikat kemas.

 

Sungai Besar
Kalau datang time padi menguning mesti cantik bendang dekat belakang tu kan?


Mak Syu pun rasa terinspirasi dengan cara penanaman pokok tebu dekat sini. Itu yang dia cadang nak tanam pokok tebumya dekat kampung style macam ni juga. Katanya cantik. Nampak tersusun & sejuk mata memandang. Nak ber-OOTD pun seronok. Tapi itulah. Tak sangka ya. Pokok tebu pun cantik dibuat penyeri laman. Memang kreatif betul 😊!

 

Sungai Besar
Mak rasa bersemangat lepas datang sini. Katanya nak tanam pokok tebunya macam ni juga 😊.


Sungai Besar
Kita pun jadi bersemangat juga. Bersemangat nak bergambar! 😆


Sungai Besar
Tambah-tambah bila ada bawa tukang ambil gambar sekali! 😆



Meriah dengan pengunjung!

 

Sungai Besar
Penuh lamannya dengan pokok tebu. Pengunjungnya pun boleh tahan juga.


Walaupun lokasinya agak tersorok sikit ke dalam. Tapi, tempatnya tak pernah putus dengan kehadiran pengunjung. Kalau datang ke sini memang bersusun kereta dekat tepi jalan. Kiranya, memang ramai pengunjung suka datang lepak ke sini makan angin.


Sungai Besar
Bukan air tebu saja ada dekat sini. Pilihan makanan lain pun ada juga 😋.


Kalau korang nak tahu. Di Laman Tebu Aidil ni ada ramai peniaga-peniaga yang berniaga di dalamnya. Pilihan makanan & minuman pun banyak. Dari menu pembuka selera sampailah ke menu pencuci mulut. Ada laksa, pau, ayam panggang, aiskrim & macam-macam lagi. Yang pasti, ramai datang ke sini disebabkan nak minum air tebu fresh-nya.


Pau Gebu
Sebesar muka Sarah Deris saiz paunya 😁. 


Pada yang rindukan suasana kampung, bolehlah singgah ke Laman Tebu Aidil ni. Memang best tempatnya. Boleh bergambar & at the same time boleh hirup udara segar kampung juga. Sambil-sambil tu boleh perkena air tebu fresh & pau gebu panas-panas dekat sini 😋. Memang layan!

Comments

  1. Bestnya makan dgn suasana tenang camtu.. hehehe

    BalasPadam
  2. Tempatnya agak tersorok, jauh dari hiruk-pikuk kota.
    Memang sesuai datang sini, santai-santai sambil makan.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!