November 30, 2022
Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher
Roti, kek & muffin pun ada dijual kat sini π. |
Kopi Jalanan dekat Tambun sana Syu dah cuba. Kopi candu Station 18 pun dah perkena. Kali ni kita try Zus Coffee pula. Nak tahu juga mengancam ke tidak rasa kopinya π€. Sebab ramai yang kata kopinya sedap.
Memandangkan Zus Coffee ada buat promosi BUY1FREE1. Maka, kita gigihkan diri download aplikasinya di Playstore - Nak minum kopi percuma kenalah usaha sikit kan? Nanti tak merasa π.
Iced Caramel Machiato untuk Syu & Salted Caramel FrappΓ© untuk encik suami π. |
Actually, ini baru pertama kali Syu cuba air kopi dari Zus Coffee ni. Jadi, kita pesan air yang kita familiar & biasa minum saja. Nanti beli perisa yang pelik-pelik, takut kecewa pula π.
Seperti biasa. Kopi untuk encik suami, Syu ordered FrappΓ© yang ada Salted Caramel. Untuk Syu pula, semestinya Iced Caramel Machiato π.
Macam mana nak order?
Pada yang pertama kali nak cuba Zus Coffee. Korang layak untuk claim voucher promosi BUY1FREE1. Dengan syarat korang buat pesanan menggunakan aplikasi Zus Coffee.
Actually, senang saja nak buat pesanan & claim voucher percuma di aplikasi Zeus Coffee ni. Hanya perlu :
- Download aplikasi Zus Coffee
- Daftar akaun
- Follow 3 langkah mudah ni untuk buat pesanan & claim voucher
LANGKAH 1 : Pilih lokasi Zus Coffee yang berhampiran |
LANGKAH 2 : Pilih menu pilihan korang & tambah ke troli pembelian |
LANGKAH 3 : Masukkan kod voucher & buat pembayaran |
Selesai submit order, korang terus boleh datang pickup & enjoy korang punya kopi. Tak payah susah-susah beratur panjang lagi. Senang kan? Servisnya pun boleh tahan pantas juga ππ.
Pada Syu, aplikasi Zus Coffee ni sangat mesra pengguna & tak lokek dengan rewards - Kena rajin login & collect points π€. Jadi, buat pengemar kopi. Tunggu apa lagi? Jom kita mengopi!
Pada yang tak suka kopi. Jangan risau. Korang masih boleh pilih minuman yang lain. Sebab menu di Zus Coffee ni tak terhad kepada menu berunsurkan kopi sahaja. Di Zus Coffee ada juga minuman yang berunsurkan teh, buahan-buahan & juga coklat.
November 27, 2022
Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? π€
Tak tahu nak ke mana lagi bila dah sampai Ipoh? Korang boleh singgah di salah satu Ipoh Heritage Trail ni. Concubine Lane nama tempatnya. Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Pekan Lama Ipoh & dibuka kepada pengunjung seawal 7 pagi.
Sejarah Concubine Lane
Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil "Lorong Gundik" ni sebenarnya merupakan rumah warisan tinggalan Imigran Cina. Rumah-rumah ni telah wujud sejak tahun 1908 lagi.
Waktu ni tak ramai orang. Sebab Syu datang masa hari bekerja π. |
Suatu ketika dahulu, lorong ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. Malah, lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.
Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Malah, ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik.
Apa yang menarik di Concubine Lane?
Waktu hujung minggu, Concubine Lane ni memang sarat dengan pengunjung. Jadi, kalau nak datang ke sini, sebaiknya korang datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni π.
Rambang mata bila masuk ke sini tau π. |
Selain Pasar Karat Loken, Concubine Lane ni juga antara TARIKAN UTAMA pengunjung-pengunjung yang datang ke Ipoh. Kalau korang nak tahu, lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :
1) Blue sand museum
Bila korang masuk ke Concubine Lane, korang akan nampak ada seekor dinosaur terpacak dekat satu kedai ni. Blue Sand Museum namanya. Kedai ni jual barangan cenderamata - Mostly keychain. Yang uniknya, keychain-nya dibuat dari sejenis pasir yang boleh glow in the dark. Memang cantik! ππ
Jangan lupa singgah ke Blue Sand Museum ni. Masuk percuma π. |
2) Platform 9½ Cafe
Platform 9½ Cafe yang diinspirasi dari filem bersiri Harry Potter ni antara tarikan menarik yang ada di Concubine Lane ni. Tempatnya cantik & mesra foto juga. Pada yang suka bergambar tu memang sesuai sangatlah pilih kafe ni. Cuma Syu tak berapa pasti samada kafe ni berstatus halal atau tidak π .
3) Roti bakar pelangi KUMA
Dengar cerita, KUMA ni famous dengan roti bakar pelanginya. Tapi, Syu tak berani nak beli. Sebab tak pasti halal ke tidak π.
Macam sedap. Tapi, tak berani nak cuba π. |
4) Bahulu Rose Hill @ Laksa-Mana
Kuih bahulu kalau makan panas-panas memang sedap kan? Nak-nak kena bahulu yang gebu, lembut & sedap. Manis pun sedang-sedang saja. Dekat Concubine Lane ni ada satu kedai jual kuih bahulu panas-panas. Kedainya betul-betul depan Laksa-Mana. Bahulu Rose's Hill namanya. Pada Syu, memang tak rugi beli. Sebab bahulunya memang sedap. Beli sikit confirm tak cukup π.
Makan sebiji terus rasa tak cukup. Sanggup patah balik beli satu container terus π. |
Actually, ada banyak lagi tempat menarik di Concubine Lane ni. Cuma Syu tak sempat nak explore habis. Yang pasti, dalam bab makan korang sendiri kena pandai pilih. Sebab kebanyakkan yang berjual di sini mostly peniaganya bukan muslim.
Jadi, sebelum nak beli & makan. Teliti & selidik dulu betul-betul samada halal atau tidak. Even pork free & alcohol free pun belum tentu 100% meyakinkan π
. Apa-apa pun tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera ya. Kalau ikut selera memang on saja.
November 20, 2022
Bay YanlΔ±Ε [2021]
Genre :
Tahun 2017 yang lalu diorang berdua pegang watak Nazli & Ferit dalam drama bersiri bertajuk Dolunay. Kali ni sekali lagi!! Pasangan ni digandingkan bersama untuk drama yang bertajuk Bay YanlΔ±Ε (Mr.Wrong). Suka tau bila diorang berdua ni berlakon. Seorang cantik & seorang lagi kacak. Memang sama padan bila digandingkan bersama. Watak yang dimainkan pun nampak hidup & bersahaja.
Untuk drama bersiri Bay Yanlis kali ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Ezgi yang terlampau desperate nak kan pasangan dalam hidup. Selepas ditinggalkan kekasihnya. Dia terpaksa membawa dirinya untuk tinggal di tempat yang baru supaya dia dapat melupakan segala kesedihannya. Bermula dari situlah dia mula berkenalan dengan jejaka bernama Ozgur yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya.
Nak dijadikan cerita. Ahli keluarga Ozgur sedang berusaha mencari pasangan hidup untuknya. Malangnya, Ozgur masih belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Jadi, dia berpakat dengan Ezgi untuk berpura-pura menjadi pasangan kekasihnya.
Dari situ hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat & bibit-bibit cinta pun mula berputik. Tapi, lama kelamaan tembelang Ozgur & Ezgir ni pecah. Jadi kedua-dua belah keluarga Ozgur & Ezgir tak merestui hubungan diaorang berdua. Nak tahu sejauh mana mana hubungan Ozgur & Ezgir ni berakhir. Korang kena tonton sendiri drama ni sampai habis/ Sejujurnya, drama ni memang best ππ!
November 19, 2022
Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog
Kehabisan idea nak tulis blog macam Syu π
? Jom kita pakat ramai-ramai sertai giveaway anjuran
blogger Syazni Rahim ni. Syarat penyertaannya mudah sahaja & terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
SYARAT PENYERTAAN
- CREATE ENTRI bertajuk "Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog"
- COPY & PASTE banner giveaway pada blog
- BACKLINK banner ke entri giveaway
- Jangan lupa TINGGALKAN link penyertaan di ruangan komen pada entri giveaway
Nak tahu lebih lanjut lagi pasal giveaway ni. Korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang. 3 pemenang yang bertuah akan dipilih secara UNDIAN RAWAK & bakal menerima hadiah MISTERI. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Pada yang dah sertai - ALL THE BEST! ππ
November 18, 2022
Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis Panduan Keluar Mengundi PRU15
Esok PRU15. Seluruh rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin Malaysia yang baharu. Tapi, mesti ada yang masih tertanya-tanya. Boleh ke individu yang dijangkiti Covid-19 keluar mengundi? π€
Jangan risau. Penggundi yang dijangkiti Covid-19 DIBENARKAN untuk keluar mengundi. Cuma ada beberapa senarai semak & garis panduan yang perlu dipatuhi.
Bagi mengelak berlakunya penularan, sebaiknya ikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun dikhabarkan tiada laluan khas disediakan buat pengundi-pengundi yang dijangkiti Covid-19 ketika PRU15 nanti. Kawalan kendiri mesti terus kekal diamalkan. Baik yang positif Covid-19 mahupun negatif.
Senarai semak pengundi positif Covid-19
Bagi pengundi yang positif Covid-19. Berikut senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum keluar mengundi.
Garis panduan pembuangan undi
November 17, 2022
Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa π
Kemarin masa di tempat kerja, badan dah mula rasa tak sedap. Tekak rasa merenyam-renyam sangat. Ditambah pula dengan batuk. Jenuh jugalah kemam gula-gula Hacks semata-mata nak bagi lega. Tapi malangnya, tetap tak jalan juga.
Pada awalnyanya, Syu ingat batuk & sakit tekak biasa. Jadi, kita pun buat don't know sajalah. Sebab pagi sebelum pergi kerja tu, Syu dah siap-siap buat self-test. Result-nya pun negatif. Lepas balik kerja. Cuba buat self-test untuk kali kedua.Masih negatif juga result-nya.
Syu rasa macam tak logiklah pula. Sebab encik suami dah disahkan positif. Mungkin belum sampai masanya lagi gamaknya. Tunggu punya tunggu. Malam tu baru kena teruk. Pakej sekali demam & sakit sendi lagi. Subuh semalam, sebelum solat terus Syu buat self-test untuk kali yang ke-3. Tak ada gosok gigi bagai. Memang air liur basi pure Syu guna buat test π. Akhirnya, inilah hasilnya.
Jelas, nyata & terang double line-nya π |
Terang berderang line-nya kome. Nampak gayanya, tak dapatlah nak join buang undi time PRU15 ni nanti. Bila dah disahkan positif. Nak tak nak, kenalah update status dekat aplikasi MySejahtera - Terpaksa install balik sebab dah buang dah aplikasinya π. Lepas tu Syu inform juga dekat kawan-kawan HR yang lain. Supaya diaorang tahu yang Syu boleh kembali bertugas lepas habis kuarantin.
Breakfat pagi ni pun hanya mampu makan beberapa sudu saja. Tak lalu nak menelan π |
Semalam, memang sehari suntuk tak mampu nak sentuh apa-apa langsung. Sebab memang dah tak larat sangat. Habis semua sendi-sendi ditangkapnya. Kepala pun sakit. Betul-betul mampu bangun untuk mandi, solat & makan saja. Itupun Syu paksa. Rumah jangan cakaplah. Memang Syu lantakkan saja bersepah. Nanti dah sihat baru kita buat deep cleaning.
Tolak tawaran jadi petugas SPR
Sehari sebelum positif Covid-19. Actually, nama Syu dah masuk dah dalam senarai petugas SPR untuk pusat mengundi di Tambun. Just tunggu masa untuk attend taklimat saja lagi. Malangnya, terpaksa tolak offer tu di saat-saat akhir sebab dah disahkan positif. Hasrat nak buat duit tepi kononnya. Tapi, apa boleh buat. Aturan Allah lagi maha hebat. Jadi, anggap saja rezeki tak menyebelahi Syu.
Keluar mengundi ke PRU15 ni?
Pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan keluar mengundi sebenarnya. Pihak KKM pun dah keluarkan garis panduan untuk memudahkan orang yang dijangkiti Covid-19 macam Syu ni pergi keluar membuang undi. Cuma Syu sendiri yang tak berani nak ambil risiko. Bukan apa, nanti tak pasal-pasal ada pula kena jangkitan.
SUMBER FOTO : Bear Witness |
Lagipun, bila dah kena Covid-19 ni. Bukannya lalu nak ke sana ke mari. Even nak pergi ke tandas pun kepala dah berpinar-pinar. Inikan pula nak pergi berbaris & tunggu turn mengundi. Dengar cerita, tiada laluan khas disediakan untuk pengundi yang dijangkiti. Mangkor kome!
Jadi, pada yang berpeluang keluar mengundi tu. Undilah dengan bijak ya. Syu hanya mampu tunggu keputusan saja dekat rumah. Tak pun tengok keadaan macam mana. Kalau Syu larat, Syu keluarlah sekejap pergi buang undi π.
November 14, 2022
18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15
Seperti yang ditunggu-tunggu. Akhirnya! Diumumkan juga cuti umum pada 18 & 19 haribulan November ni. Bukan apa, kita yang kerja bahagian Human Resource (HR) ni jadi runsing nak menjawab pertanyaan-pertanyaan staff & operator pasal cuti PRU15 yang bakal tiba tak lama lagi. Nak-nak kita yang swasta ni ada yang kerja full day pada hari Sabtu.
SUMBER FOTO : BBC News |
Semasa kerajaan umumkan hari Sabtu sebagai hari membuang undi. Kami-kami yang duduk dalam HR Department ni jadi serba tak kena dibuatnya. Kalau ikutkan ramai juga yang berhajat nak mohon cuti tahunan & cuti tanpa gaji. Tapi, kalau dirujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ianya salah disisi undang-undang sekiranya majikan tolak cuti & gaji pekerja pada hari mengundi π.
Runsing memikirkannya. Nak dibagi cuti ke atau dibagi pelepasan. Replacement? Sah-sah diaorang
tak nak punya. Andai dibagi pelepasan untuk keluar mengundi. Yang
mengundi di luar negeri macam mana pula? Sempat ke nak balik mengundi π
. Kalau ke luar daerah mungkin sempat.
Selain cuti umum. Ada juga berita gembira lain diselitkan buat penjawat awam & pengguna lebuhraya. |
Bila tadi kerajaan umumkan 18 & 19 haribulan November tu cuti umum. Maka,
hilanglah segala kegusaran & kepeningan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang
ke kampung mengundi. Termasuk juga kami-kami yang HR ni. Lapang dada terus dibuatnya. Harap-harap diganjakkan terus cutinya sampai ke hari
Isnin sebagai tanda kemenangan parti pemimpin Malaysia yang baru nanti π. Dapat cuti panjang sikit.
November 13, 2022
Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak
Beberapa bulan yang lepas ada dapat jemputan dari biras Syu. Adiknya nak kahwin katanya. Tapi, jemputan pakai mulut sajalah masa tu. Awal-awal dah dipesannya kami laki bini apply cuti π .
Dah convert jadi GIF. So tak ada lagu π€. |
Sebulan sebelum majlis resepsi, biras Syu ada hantar video kad jemputan melalui WhatsApp. Memang cantik kad jemputannya. Siap ada background music lagi.
Memang jauh berbeza dengan kad jemputan kita dulu-dulu. Lepas dah tempah kena tulis nama & letak dalam sampul surat satu-satu. Lepas tu baru bagi by hand pada jemputan.
Nampak macam renyah. Tapi, sebenarnya ia satu nostalgia. Mungkin lepas ni takkan ada lagi kad jemputan bercetak. Almaklumlah, ikut peredaran zaman π.
Banyak barang pemakan
Nama pun kenduri kan. Dah sah-sahlah banyak pilihan makanan. Dari menu pembuka selera, main course sampailah ke pencuci mulut. Memang cukup lengkap. Cuma lalu dengan lalu saja nak sumbat dalam perut π.
Dah lama juga tak perkena nasi kenduri ni π. |
Tadi, masa dekat rumah pengantin perempuan. Syu mampu makan nasi minyak dengan laksa saja. Menu-menu selingan yang lain memang tak mampu nak jamah dah. Sebab dah terlampau kenyang.
Jadi, nak tak nak terpaksalah kita surrender lebih awal π³️. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua pasangan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannahπ€²π». Esok kita pergi bertandang rumah pengantin lelaki pula.
Sempat ambil gambar orang saja. Gambar sendiri tak sempat nak ambil π. |
November 11, 2022
Best Treadmill Malaysia 2022
Your personal fitness is obviously a must-have. When you consider that a treadmill for your house gives you more flexible alternatives, including light running, walking, and exercising whenever you choose, it might be a terrific long-term investment.
SOURCES : Anytimefitness |
A treadmill is a terrific tool to use if your objective is to exercise more. We've done our research to determine the top treadmill for fitness based on the features you should have, followed by how it can benefit you, to assist you in making the correct choice.
Vigor Fitness TR500 3.5HP Treadmill
This TR500 3.5HP treadmill with manual-folding capabilities should be on your list if you're seeking for a treadmill that Malaysians are known to be quite interested in. It features a 3.5 horsepower engine, a good speed range of 0.8 to 12 km/h, and covers all the essentials for the majority of runners.
To assist you better monitor your performance, the treadmill's panel has a wide range of choices, including speed, distance, calories, pulse, and body fat. However, there is little room for tweaking; the highest inclination is 5%, which may put you off owing to the workout's limited intensity and variety.
Users of this treadmill are happy with it. Its quality is adequate for less than RM1000; it works properly and isn't too loud. Additionally, setup is simple. However, one review claims that people who weigh 75 kg or more could feel some shaking.
This is a great option for novices who are just beginning their fitness adventure or who wish to run sporadically because it is reasonably priced. This treadmill might not work for you if you're searching for something very intense.
3.5HP ADSports AD520 Luxury Super Slim 58 cm Running Platform
This treadmill has a broad 350mm platform, a 3.5 horsepower energy-efficient motor, and a top speed of 14 km/h. With its seven layers of shock absorption, it can lessen the mutual force produced when running.
A more effective workout may be guaranteed with an adjustable LCD panel that shows your calories, pace, duration, distance, and heart rate so you know you're getting the most out of it. Unfortunately, it lacks an inclination mode, making it inappropriate for elite runners who want a harder run.
With its built-in 12 automatic workout programmes and 4 Flexi planning modes, this treadmill allows you to concentrate on your health and fitness at home.
If you're an ordinary runner who wants to merely get in a daily jog to achieve your step count, this could be for you even if it might not be appropriate for professional runners.
Xiaomi Mijia WalkingPad Treadmill A1
Not your typical treadmill, this one. Instead, it's a reliable workhorse made for walkers to engage in low-impact exercises. You can put it wherever in your house or business because to its mobility and ability to fold up, eliminating any excuse you could have for skipping a workout.
It is also equipped with a variety of functions to improve your workout, including a high-precision sensor and a concealed LED display.
For a mild workout and meeting your daily 10k step target, the Xiaomi Mijia WalkingPad Treadmill A1 is fantastic. On the other hand, the WalkingPad's distinctive selling point may also be its own disadvantage given that it is less adaptable because it is not designed for runners.
If you have a space problem, you may fold it up and store it when not in use. Unfortunately, critics comment that it's a touch hefty while being simple to store and supposedly portable.
Xiaomi Kingsmith R2 Walking Pad Foldable Treadmill
Your thoughts will be completely blown by how little this treadmill is. It is not only foldable, but it can be folded down so little that it can fit under a sofa!
This treadmill has a modern design and a top speed of 12 km/h. You may adjust the treadmill's pace on your own by walking on specific places of the deck. Even though it's little, it's simple and comfortable to use, making it excellent for novices.
It's important to note that this treadmill produces a faint hum when in use, but it's not loud enough to distract you from your workout.
The sophisticated foot speed control on this treadmill allows you to adjust your own speed without pressing any buttons, and it will stay steady even when you run at its top speed.
OGAWA Trek Pro T7.2 Lite product nation
Due to its simple and user-friendly control panel, Ogawa's Trek Pro T7.2 Lite is designed for beginners or entry-level users.
This treadmill has a 2.0 maximum horsepower and an MP3 player with speakers to keep you occupied while you exercise.
It offers up to 12 pre-set fitness programs without sacrificing features. One of its standout characteristics is the twin cushion system, which offers excellent cushioning and support to minimize strain and pain on the knees and ankles when running.
The OGAWA Trek Pro T7.2 Lite features an arguably less-than-ideal relatively modest inclination of just 2%. However, if you're just getting started, it might not matter to you.
Buyers are happy with it as evidenced by its nearly flawless 5-star rating. Additionally, a representative of OGAWA will even set it up for you, saving you the effort.
November 08, 2022
Pasar Karat Loken Ipoh (Ipoh Memory Lane)
PASAR KARAT LOKEN IPOH (IPOH MEMORY LANE) | Di Johor Bharu ada Pasar Karat Segget. Di Perak pula, kita ada Pasar Karat Loken (juga dikenali sebagai Ipoh Memory Lane). Orang dekat Ipoh ni panggil Loken saja sebab memang dari dulup panggilannya begitu. Sebut saja Loken. Memang ia sinonim sangat dengan Ipoh. Pada Syu, Loken ni syurga kepada penggemar barangan antik & barangan preloved.
Selain Concubine Lane, Loken ni juga antara lokasi "panas" pengunjung yang datang bercuti ke sini. Jadi, jangan hairan kalau Loken ni sentiasa penuh dengan orang. Tak pengujung dari luar. Pengunjung dari dalam negeri Perak sendiri π .
Hujung minggu memang ramai pengunjung datang bertandang dekat sini π€. |
Tapi malangnya, pasar karat ni tak buka hari-hari macam Gerbang Malam nun. Ia hanya dibuka kepada pengunjung pada setiap hari Ahad sahaja. Waktu operasinya pun terhad. Bermula dari jam 7 pagi sehinggalah ke jam 12 tengahari.
Jadi, kalau korang datang bercuti ke Ipoh. Make sure korang stay sampai hari Ahad. Barulah korang dapat merasa jejakkan kaki & berbeli barang di Loken ni. At least tak ada lah korang balik dengan tangan kosong ππ.
Asal usul nama Loken
Actually Loken ni dah lama wujud di Ipoh ni sebenarnya. Since tahun 1980-an lagi. Dulu, lokasi asal pasar ni letakknya di Jalan Laxamana berdekatan Bazar Lam Look King - Dari sinilah asalnya nama Loken tu π. Kemudian diubah lokasinya ke lokasi yang sekarang.
Cadang nak cari kacip sireh. Tapi tak ada pula. Dah sold out agaknya π . |
Banyak barangan preloved & koleksi rare ada dijual di sini. Pandai runding harga, insyaallah boleh beli dengan harga yang murah π. |
Kalau korang nak tahu. Perkataan "Loken" tu diambil bersempena nama bazar Lam Look King itu sendiri. Kemudian lama kelamaan nama panggilannya bertukar menjadi Looking & seterusnya Loken mengikut loghat orang Perak. Sampai ke hari ni nama Loken tu lekat di bibir-bibir orang Perak. Jadi, dari situlah Loken ni mendapat nama sebenarnya π.
November 04, 2022
KFC Spicy Smokey Crunch : Rasa Aroma Salai Padu!
KFC SPICY SMOKEY CRUNCH | Korang dah cuba KFC Spicy Smoky Crunch yang baru ni? Serius sedap π. Kalau korang nak tahu, menu KFC kali ni diinspirasi dari salah satu menu tradisi Portugis. Espetada (Potugis skewers) namanya. Kalau tak silap Syu. Dekat Nandos pun pernah ada menu ni. Rupa macam kebab & sate. Tapi, versi Portugis punya ππ’.
Apa yang uniknya pasal KFC Spicy Smoky Crunch ni adalah disebabkan keserasian gabungan herba & rempah ratusnya. Bila makan, cukup rasa pedas,
masam, masin & manis. Kemudian ditambah pula dengan smoky flavour ala-ala Espetada Portugis tu. Memang kena sangat dengan citarasa & tekak kita orang Malaysia ni.
Makan kosong macam ni pun dah cukup π. Tak payah nak letak sos bagai. |
Korang pun tahu kan, kebanyakkan menu-menu KFC yang special macam ni selalunya terhad & bermusim. Sekali dia keluar. Lepas tu, tak ada keluar-keluar dah π . Jadi, sementara masih ada promosi & stok. Cepat-cepatlah pergi grab. Kalau tak nanti, melepas.
Lagipun, tak rugi mencuba. Sebab Spicy Smoky Crunch ni memang sedap - Memang tak dinafikan kesedapannya. Kalau tak, tak ada lah Syu repeat order sampai 3x π€£. Budak-budak pun boleh makan sebab tak berapa pedas.
Kentang goncang Grilled Squid π
Sejujurnya, dari dulu lagi Syu tak berapa berkenan dengan kentang KFC. Tak tahu kenapa π . Mungkin kentang gorengnya cepat lunyai & tak sedap bila dah sejuk. Selalu kalau order, Syu akan add-on Cheezy Wedges as a side dish. Kentang gorangnya memang tolak tepi. Tapi kali ni, kentang goncangnya memang luar biasa & menjadi pujaan hati Syu.
Sedaplah kentang goncang letak grilled squid seasoning ni. Dah repeat banyak kali pun tetap tak puas π. |
Tambah-tambah bila letak perencah sotong grilled ni. Cuma hidung kena bertahan sikitlah masa nak goncang. Sebab baunya kepedasan & aroma sotong tu memang menusuk hidung. Auto bersin dibuatnya. Jadi, sebelum nak gocang. Sila awasi hidung anda! π
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!
ARCHIVE
-
▼
2022
(157)
-
▼
November
(15)
- Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher
- Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? π€
- Bay YanlΔ±Ε [2021]
- Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog
- Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis ...
- Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa π
- Doa Ketika Sakit
- 18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15
- Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak
- Best Treadmill Malaysia 2022
- Doa Ketika Gelisah
- Doa Agar Tetap Mendirikan Solat
- Pasar Karat Loken Ipoh (Ipoh Memory Lane)
- KFC Spicy Smokey Crunch : Rasa Aroma Salai Padu!
- Hari Keputeraan Sultan Perak 2022
-
▼
November
(15)