18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15

November 14, 2022

Seperti yang ditunggu-tunggu. Akhirnya! Diumumkan juga cuti umum pada 18 & 19 haribulan November ni. Bukan apa, kita yang kerja bahagian Human Resource (HR) ni jadi  runsing nak menjawab pertanyaan-pertanyaan staff & operator pasal cuti PRU15 yang bakal tiba tak lama lagi. Nak-nak kita yang swasta ni ada yang kerja full day pada hari Sabtu.


General election
SUMBER FOTO : BBC News


Semasa kerajaan umumkan hari Sabtu sebagai hari membuang undi. Kami-kami yang duduk dalam HR Department ni jadi serba tak kena dibuatnya. Kalau ikutkan ramai juga yang berhajat nak mohon cuti tahunan & cuti tanpa gaji. Tapi, kalau dirujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ianya salah disisi undang-undang sekiranya majikan tolak cuti & gaji pekerja pada hari mengundi πŸ™„. 



Runsing memikirkannya. Nak dibagi cuti ke atau dibagi pelepasan. Replacement? Sah-sah diaorang tak nak punya. Andai dibagi pelepasan untuk keluar mengundi. Yang mengundi di luar negeri macam mana pula? Sempat ke nak balik mengundi πŸ˜…. Kalau ke luar daerah mungkin sempat.


Selain cuti umum. Ada juga berita gembira lain diselitkan buat penjawat awam & pengguna lebuhraya.


Bila tadi kerajaan umumkan 18 & 19 haribulan November tu cuti umum. Maka, hilanglah segala kegusaran & kepeningan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung mengundi. Termasuk juga kami-kami yang HR ni. Lapang dada terus dibuatnya. Harap-harap diganjakkan terus cutinya sampai ke hari Isnin sebagai tanda kemenangan parti pemimpin Malaysia yang baru nanti 😁. Dapat cuti panjang sikit.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!