Bay YanlฤฑลŸ [2021]

November 20, 2022

 Bay YanlฤฑลŸ

Genre : 


Romantik & Komedi


Pelakon : 

ร–zge Gรผrel [Ezgi], Can Yaman [Ozgur], Serkay Tรผtรผncรผ [Ozan Dinรงer], Cemre Gรผmeli [Denize Koparan], Fatma ToptaลŸ [Cansu Akman], Ece Irtem [Gizem Sezer], Anฤฑl ร‡elik [Emir Eren], Gรผrgen ร–z [Levent Yantzman], Lale BaลŸar [Sevim Atasoy], Feri Baycu Gรผler [Nevin Yilmaz], Taygun Sungar [Soner Seรงkin], Suat Sungur [รœnal Yilmaz]


Pengarah : 

Cagri Bayrak


Rating :

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Tahun 2017 yang lalu diorang berdua pegang watak Nazli & Ferit dalam drama bersiri bertajuk Dolunay. Kali ni sekali lagi!! Pasangan ni digandingkan bersama untuk drama yang bertajuk Bay YanlฤฑลŸ (Mr.Wrong). Suka tau bila diorang berdua ni berlakon. Seorang cantik & seorang lagi kacak. Memang sama padan bila digandingkan bersama. Watak yang dimainkan pun nampak hidup & bersahaja.


Untuk drama bersiri Bay Yanlis kali ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Ezgi yang terlampau desperate nak kan pasangan dalam hidup. Selepas ditinggalkan kekasihnya. Dia terpaksa membawa dirinya untuk tinggal di tempat yang baru supaya dia dapat melupakan segala kesedihannya. Bermula dari situlah dia mula berkenalan dengan jejaka bernama Ozgur yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya.



Nak dijadikan cerita. Ahli keluarga Ozgur sedang berusaha mencari pasangan hidup untuknya. Malangnya, Ozgur masih belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Jadi, dia berpakat dengan Ezgi untuk berpura-pura menjadi pasangan kekasihnya.

 

Dari situ hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat & bibit-bibit cinta pun mula berputik. Tapi, lama kelamaan tembelang Ozgur & Ezgir ni pecah. Jadi kedua-dua belah keluarga Ozgur & Ezgir tak merestui hubungan diaorang berdua. Nak tahu sejauh mana mana hubungan Ozgur & Ezgir ni berakhir. Korang kena tonton sendiri drama ni sampai habis/ Sejujurnya, drama ni memang best ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•!

Comments

๐Ÿ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita ๐Ÿ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!