Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? πŸ€”

November 27, 2022

Concubine Lane Ipoh


Tak tahu nak ke mana lagi bila dah sampai Ipoh? Korang boleh singgah di salah satu Ipoh Heritage Trail ni. Concubine Lane nama tempatnya. Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Pekan Lama Ipoh & dibuka kepada pengunjung seawal 7 pagi. 



Sejarah Concubine Lane

 

Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil "Lorong Gundik" ni sebenarnya merupakan rumah warisan tinggalan Imigran Cina. Rumah-rumah ni telah wujud sejak tahun 1908 lagi.

 

Concubine Lane Ipoh
Waktu ni tak ramai orang. Sebab Syu datang masa hari bekerja 😁.



Suatu ketika dahulu, lorong ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. Malah, lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.

 

Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Malah, ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik.

 

Apa yang menarik di Concubine Lane? 

 

Waktu hujung minggu, Concubine Lane ni memang sarat dengan pengunjung. Jadi, kalau nak datang ke sini, sebaiknya korang datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni πŸ˜‚.

 

Concubine Lane Ipoh
Rambang mata bila masuk ke sini tau πŸ˜‚.


Selain Pasar Karat Loken, Concubine Lane ni juga antara TARIKAN UTAMA pengunjung-pengunjung yang datang ke Ipoh. Kalau korang nak tahu, lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :


1) Blue sand museum

 

Bila korang masuk ke Concubine Lane, korang akan nampak ada seekor dinosaur terpacak dekat satu kedai ni. Blue Sand Museum namanya. Kedai ni jual barangan cenderamata - Mostly keychain. Yang uniknya, keychain-nya dibuat dari sejenis pasir yang boleh glow in the dark. Memang cantik! πŸ˜ŠπŸ’•


Concubine Lane Ipoh
Jangan lupa singgah ke Blue Sand Museum ni. Masuk percuma 😊.



2) Platform 9½ Cafe


Platform 9½ Cafe yang diinspirasi dari filem bersiri Harry Potter ni antara tarikan menarik yang ada di Concubine Lane ni. Tempatnya cantik & mesra foto juga. Pada yang suka bergambar tu memang sesuai sangatlah pilih kafe ni. Cuma Syu tak berapa pasti samada kafe ni berstatus halal atau tidak πŸ˜…. 

 

Concubine Lane Ipoh



3) Roti bakar pelangi KUMA


Dengar cerita, KUMA ni famous dengan roti bakar pelanginya. Tapi, Syu tak berani nak beli. Sebab tak pasti halal ke tidak πŸ˜‚.

 

Concubine Lane Ipoh
Macam sedap. Tapi, tak berani nak cuba πŸ˜‚.



4) Bahulu Rose Hill @ Laksa-Mana


Kuih bahulu kalau makan panas-panas memang sedap kan? Nak-nak kena bahulu yang gebu, lembut & sedap. Manis pun sedang-sedang saja. Dekat Concubine Lane ni ada satu kedai jual kuih bahulu panas-panas. Kedainya betul-betul depan Laksa-Mana. Bahulu Rose's Hill namanya. Pada Syu, memang tak rugi beli. Sebab bahulunya memang sedap. Beli sikit confirm tak cukup πŸ˜‚. 

 

Concubine Lane Ipoh
Makan sebiji terus rasa tak cukup. Sanggup patah balik beli satu container terus πŸ˜‚.


Actually, ada banyak lagi tempat menarik di Concubine Lane ni. Cuma Syu tak sempat nak explore habis. Yang pasti, dalam bab makan korang sendiri kena pandai pilih. Sebab kebanyakkan yang berjual di sini mostly peniaganya bukan muslim.



Jadi, sebelum nak beli & makan. Teliti & selidik dulu betul-betul samada halal atau tidak. Even pork free & alcohol free pun belum tentu 100% meyakinkan πŸ˜…. Apa-apa pun tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera ya. Kalau ikut selera memang on saja.

Comments

  1. Balasan
    1. Suka juga datang sini. Tapi xdelah selalu πŸ˜….

      Padam
  2. Balasan
    1. Kalau datang Ipoh, singgahlah sini πŸ˜ŠπŸ’•

      Padam
  3. sy ada singgah sini dgn blogger sal thn lps. tp kami x explore sgt sbb org ramaiiii yakmatttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ramai πŸ˜‚. Syu pun x sempat explore habis.
      Kena datang time weekdays. Baru lengang sikit 🀭.

      Padam
  4. Ibu asyik lalu jer depan dia sebab merupakan jalan setiap kali ibu balik kerja memang akan lalu sini. Seronok bila tengok ramai pelancong ke sini. Hujung minggu memang ramai.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!