KFC SPICY SMOKEY CRUNCH | Korang dah cuba KFC Spicy Smoky Crunch yang baru ni? Serius sedap π. Kalau korang nak tahu, menu KFC kali ni diinspirasi dari salah satu menu tradisi Portugis. Espetada (Potugis skewers) namanya. Kalau tak silap Syu. Dekat Nandos pun pernah ada menu ni. Rupa macam kebab & sate. Tapi, versi Portugis punya ππ’.
Apa yang uniknya pasal KFC Spicy Smoky Crunch ni adalah disebabkan keserasian gabungan herba & rempah ratusnya. Bila makan, cukup rasa pedas,
masam, masin & manis. Kemudian ditambah pula dengan smoky flavour ala-ala Espetada Portugis tu. Memang kena sangat dengan citarasa & tekak kita orang Malaysia ni.
Makan kosong macam ni pun dah cukup π. Tak payah nak letak sos bagai. |
Korang pun tahu kan, kebanyakkan menu-menu KFC yang special macam ni selalunya terhad & bermusim. Sekali dia keluar. Lepas tu, tak ada keluar-keluar dah π . Jadi, sementara masih ada promosi & stok. Cepat-cepatlah pergi grab. Kalau tak nanti, melepas.
Lagipun, tak rugi mencuba. Sebab Spicy Smoky Crunch ni memang sedap - Memang tak dinafikan kesedapannya. Kalau tak, tak ada lah Syu repeat order sampai 3x π€£. Budak-budak pun boleh makan sebab tak berapa pedas.
Kentang goncang Grilled Squid π
Sejujurnya, dari dulu lagi Syu tak berapa berkenan dengan kentang KFC. Tak tahu kenapa π . Mungkin kentang gorengnya cepat lunyai & tak sedap bila dah sejuk. Selalu kalau order, Syu akan add-on Cheezy Wedges as a side dish. Kentang gorangnya memang tolak tepi. Tapi kali ni, kentang goncangnya memang luar biasa & menjadi pujaan hati Syu.
Sedaplah kentang goncang letak grilled squid seasoning ni. Dah repeat banyak kali pun tetap tak puas π. |
Tambah-tambah bila letak perencah sotong grilled ni. Cuma hidung kena bertahan sikitlah masa nak goncang. Sebab baunya kepedasan & aroma sotong tu memang menusuk hidung. Auto bersin dibuatnya. Jadi, sebelum nak gocang. Sila awasi hidung anda! π
Dah cuba juga. Memang paduuu! Sedap! Tapi saya makan dengan sos lah..hihi..kentang goncang tu tak cuba lagi.
BalasPadamTak pernah rasa
BalasPadam