PASAR KARAT LOKEN IPOH (IPOH MEMORY LANE) | Di Johor Bharu ada Pasar Karat Segget. Di Perak pula, kita ada Pasar Karat Loken (juga dikenali sebagai Ipoh Memory Lane). Orang dekat Ipoh ni panggil Loken saja sebab memang dari dulup panggilannya begitu. Sebut saja Loken. Memang ia sinonim sangat dengan Ipoh. Pada Syu, Loken ni syurga kepada penggemar barangan antik & barangan preloved.
Selain Concubine Lane, Loken ni juga antara lokasi "panas" pengunjung yang datang bercuti ke sini. Jadi, jangan hairan kalau Loken ni sentiasa penuh dengan orang. Tak pengujung dari luar. Pengunjung dari dalam negeri Perak sendiri π .
Hujung minggu memang ramai pengunjung datang bertandang dekat sini π€. |
Tapi malangnya, pasar karat ni tak buka hari-hari macam Gerbang Malam nun. Ia hanya dibuka kepada pengunjung pada setiap hari Ahad sahaja. Waktu operasinya pun terhad. Bermula dari jam 7 pagi sehinggalah ke jam 12 tengahari.
Jadi, kalau korang datang bercuti ke Ipoh. Make sure korang stay sampai hari Ahad. Barulah korang dapat merasa jejakkan kaki & berbeli barang di Loken ni. At least tak ada lah korang balik dengan tangan kosong ππ.
Asal usul nama Loken
Actually Loken ni dah lama wujud di Ipoh ni sebenarnya. Since tahun 1980-an lagi. Dulu, lokasi asal pasar ni letakknya di Jalan Laxamana berdekatan Bazar Lam Look King - Dari sinilah asalnya nama Loken tu π. Kemudian diubah lokasinya ke lokasi yang sekarang.
Cadang nak cari kacip sireh. Tapi tak ada pula. Dah sold out agaknya π . |
Banyak barangan preloved & koleksi rare ada dijual di sini. Pandai runding harga, insyaallah boleh beli dengan harga yang murah π. |
Kalau korang nak tahu. Perkataan "Loken" tu diambil bersempena nama bazar Lam Look King itu sendiri. Kemudian lama kelamaan nama panggilannya bertukar menjadi Looking & seterusnya Loken mengikut loghat orang Perak. Sampai ke hari ni nama Loken tu lekat di bibir-bibir orang Perak. Jadi, dari situlah Loken ni mendapat nama sebenarnya π.
wah bestnya mama suka window shopping brg2 mcm ni
BalasPadam