Disember 31, 2022
Azam Tahun Baru Paling Popular
SUMBER FOTO : Shutterstock |
AZAM TAHUN BARU PALING POPULAR | Tinggal beberapa jam saja lagi. Korang dah ready ke nak masuk tahun baru 😁? Syu yakin. Mesti ramai yang dah list down azam tahun baru yang bakal korang capai tahun depan.
Apa itu azam tahun baru?
Azam tahun baru atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil new year resolutions merujuk kepada matlamat/kemahuan/keinginan yang ingin dicapai. Samada untuk jangka panjang mahupun jangka masa pendek. Bergantung pada status pencapaian.
Kalau azam tahun baru yang dah diset masih lagi belum tercapai. Maka, azam tersebut akan di carry forward ke tahun yang seterusnya. Sampai tahun bila? Yang ini kena tanya pada diri sendiri 🤭.
Azam tahun baru paling popular
Kebiasaannya, azam tahun baru banyak menyentuh aspek kesihatan, kewangan, self rewards, ibadah, perubahan sikap/tabiat, kerjaya & juga inisatif untuk tingkatkan taraf hidup.
Kalau korang nak tahu, ini antara azam tahun baru popular yang selalu ada dalam senarai.
1) Diet
2) Berhenti merokok
3) Tamatkan zaman bujang
4) Tukar kerjaya
5) Beli rumah
6) Perbaiki diri
7) Berjimat cermat & buat simpanan
8) Pergi melancong
9) Langsaikan hutang
10) Tingkatkan kualiti & amal ibadah
Walau apa pun azam atau resolusi tahun baru korang, Syu ucapkan semoga berjaya! - Tuju dekat diri sendiri juga 😂. Cuma satu perkara korang kena ingat. Tahun baru bukan sahaja masa untuk korang ‘refresh’ diri korang. Pada masa yang sama, untuk korang buka ‘buku baru’ & pandang terus ke hadapan.
Perkara yang lepas biarkan berlalu. Tak payah nak toleh-toleh belakang dah. Mana yang kurang cuba perbaiki. Yang buruk jadikan pengajaran & sempadan. Selain itu, belajar juga untuk reset diri supaya kekal positif.
Jangan serabutkan fikiran untuk capai target. Just follow the flow saja. Mungkin kita rasa aturan kita dah cantik. Tapi, yang pasti, perancangan Allah lagi maha terbaik.
Disember 26, 2022
Wall's Mochi Chocolate & Vanilla : Sedap Sangat Ke?
Aiskrim import dari negara jiran rupanya. Patutlah susah nak nampak bayang 😅. |
Aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni, sikit punya susah nak jumpa masa dia mula-mula keluar dulu. Almaklumlah, pantang diviralkan mesti lesap dari pandangan. Sama macam aiskrim Nestle Mochi Boba yang lagi satu tu. Baru ini nampak penuh dalam peti ais 😅.
Kalau tidak, memanjang saja tak ada dalam freezer. Alang-alang dah nampak. Kita cuba rasa dalam beberapa peket - Sepeket harga RM2. Nak tahu juga. Sedap sangat ke aiskrim ni sampai licin tak nampak bayang dalam freezer 😂?
Sedap ke aiskrimya?
Sedaplah juga aiskrimnya. Masih boleh diterima tekak. Cuma, tak boleh lawan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Pada Syu flavour yang ada pada aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni biasa-biasa saja. Mungkin sebab Syu dah familiar sangat dengan aiskrim perisa coklat & vanila agaknya 😅. Jadi, tekak macam dah terbiasa.
Macan inilah rupa isi dalamnya 😋. |
Disember 25, 2022
Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor
Sedap ke mentarang ni? Seumur hidup tak pernah langsung makan mentarang. Baru ini kali pertama Syu cuba 😁. Selama hari dok lalu jalan Sekinchan, kerap juga terpandang orang berjual mentarang ni. Tapi, tak pernah teringin pula nak cuba makan.
Berapa harga sekilo mentarang?
Walaupun Syu bukan peminat mentarang, tapi Syu ambil pusing juga pasal perkembangan harganya dari semasa ke semasa. Pada Syu, harga mentarang hari ni agak pricey jugalah sebenarnya.
Dahulu, masih boleh dapat lagi harga mentarangnya dalam RM8/kilo. Sekarang tak dapat dah ya. Harganya kini dah cecah RM40 ke RM50 sekilo 😅. Bergantung kepada saiz mentarang.
Inilah rupa mentarangnya. Yang ini gred A. Saiznya besar sikit. RM24 untuk ½ kilo. |
Dengar cerita, spesis mentarang ni dah tak berapa nak ada dah di daerah Sekinchan ni - Mentarang makin pupus. Stok pun agak terhad & susah nak dapat. Jadi, mungkin sebab itulah harganya makin hari makin mahal.
Lagipun, proses nak mencari mentarang ni bukannya mudah. Sebab mentarang ni kulitnya lembut. Duduknya pula dalam pantai berselut 😂. Sekor-sekor nak kena cari pakai tangan bila air laut dah surut. Makan masa & agak berisiko juga sebenarnya.
Cuba mentarang di Din Mentarang Bakar 2
Berdasarkan rating orang ramai di Google review. Di daerah Sekinchan ni, mentarang di gerai Faridah Mentarang Bakar antara yang paling famous & selalu mendapat sambutan. Pengunjung yang datang bertandang jangan cakaplah. Boleh tahan ramai juga! Kalau lalu depan kedai bersusun kereta 😅.
Kedainya dari luar nampak biasa saja. Tapi, masakannya sedap. |
Niat asal memang nak cuba masakan mentarang di Faridah Mentarang Bakar nun. Tapi, ramai pula orang dekat sana. Jadi, kita batalkan niat & singgah ke satu lagi gerai yang ada jual makanan laut eksotik ni. Iaitu di Din Mentarang Bakar 2.
Walaupun, kedai ni nampak biasa & agak underrated. Tapi, rasa masakannya memang sedap. Especially mentarang masak lemak cili api. Cuma pilihan makanan laut di kedai Din Mentarang Bakar 2 ni terhad kepada mentarang & belut sahaja - Kita tak makan belut masalahnya 😂. Stok belangkas pun tak ada. Mungkin ikut musim agaknya.
Mentarang sedap masak apa?
Nampak macam banyak. Tapi bila dah cicah dengan sambal belacan terus jadi tak cukup 😆. |
Pada Syu, mentarang ni sedap bila dibakar & dibuat masak lemak cili api. Actually, mentarang celup tepung pun sedap juga. Tapi, kalau betul-betul nak rasa keaslian mentarang yang sebenar. Mentarang bakar is the best choice! Nak-nak bila di cicah dengan sambal belacan 😋💕.
Sebab apa? Bila mentarang ni dimasak secara bakar. Korang dapat rasa kesegaran & kemanisan asli isi mentarang tu sendiri. Ditambah pula dengan rasa smoky bakar-bakar tu😁. Jadi, pada yang baru nak merasa makan mentarang. Nasihat Syu, pilih cara masakan yang simple sahaja.
Yang ni mentarang gred A. Besar sikit saiznya. |
Mentarang bakar cicah sambal belacan ni memang padu 😋. |
Mentarang masak lemak cili apinya sedap 😋. |
Avatar The Way of Water [2022]
SUMBER FOTO : WDW News Today |
Genre :
13 tahun tunggu filem Avatar ni keluar panggung. Akhirnya! Keluar juga. Kalau korang nak tahu, filem Avatar The Way of Water terbitan Walt Disney Pictures ni mula ditayangkan pada 13 Disember 2022 & ia merupakan sekuel filem Avatar yang telah diterbitkan pada tahun 2009.
Filem yang menelan belanja RM1.5 bilion ni memang sangat colorful & penuh dengan imaginasi. Kemudian disuntik pula dengan elemen aksi & kekeluargaan. Sekaligus menjadikan filem ni bertambah menarik. Tak banyak plot twist & senang nak digest jalan ceritanya. Teknik CGI yang digunakan jangan cakaplah. Memang luar biasa! – Menyesal pula tak tengok versi IMAX 3D 😂.
Colonel Miles hidup lagi rupanya!
Di dalam filem Avatar The Way of Water kali ini, Jake Sully bersama keluarganya hidup dalam pelarian disebabkan niat jahat orang langit yang ingin menakluk Pandora & dendam Colonel Miles. Kalau ikutkan, Colonel Miles ni dah mati dah sebenarnya dalam filem Avatar yang lepas. Tapi, dia dihidupkan kembali dengan sisa memorinya yang ada ke dalam klon Na'vi-nya 😑.
Ketua puak Metkayina, Tonowari. |
Demi menyelamatkan isteri & anak-anaknya dari menjadi buruan orang langit & Colonel Miles. Jake Sully sanggup melepaskan jawatannya sebagai ketua puak Omaticaya & gelaran Toruk Makto yang dipegangnya selama hari ni kepada orang lain. Kemudian membawa dirinya bersama keluarga menyembunyikan diri jauh ke Selatan Pandora untuk meminta perlindungan dari puak Metkayina.
Pada awalnya Jake Sully & keluarga tidak diterima baik oleh puak tersebut. Tapi, atas dasar ehsan & rasa hormat Tonowari kepada Jake Sully. Dia membenarkannya untuk tinggal bersama puak Metkayina. Dengan syarat, Jake Sully & keluarga belajar beradaptasi dengan suasana & cara hidup puaknya. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang kena tengok sendiri filemnya di pawagam yang berdekatan dengan korang. Tak syoklah spill the tea dekat sini 😁.
Pada Syu, ianya satu penantian yang sangat berbaloi. Sebab jalan cerita filem Avatar kali ni memang epik & luar biasa. Penuh aksi, fantasi & sedikit sebanyak ada bermain dengan emosi juga sebenarnya. Meleleh jugalah air mata Syu tengok scene yang penghabisan tu. Tak sia-sia tunggu bertahun-tahun filem terbitan James Cameron ni 😁.
Walaupun ada sedikit plot hole dalam filem Avatar The Way of Water ni. Tapi Syu abaikan saja. Sebab pada Syu, James Cameron & krewnya dah letakkan effort yang sangat tinggi pada sekuel Avatar kali ini. Bukan mudah ya nak buat filem yang macam ni. Syu sendiri pun tak ada kegigihan & bakat macam James Cameron. Next, kita tunggu filem Alita pula. Filem ni pun antara filem yang Syu tunggu-tunggu juga sebenarnya.
Disember 09, 2022
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH | Bila datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang jejakkan kaki ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Tempatnya memang cantik & sangat memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini. Penuh kehijauan. Seimbang dengan elemen flora & fauna.
Bekas Tapak Lombong
Kalau korang nak tahu. Taman Rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya merupakan bekas tapak lombong yang kaya dengan hasil biji timah. Sumber berharga ini telah mula diterokai hasilnya sejak tahun 1918.
Kemudian pada awal tahun 20-an, tapak bekas lombong ni tidak lagi digunakan untuk aktiviti perlombongan. Sebaliknya, ia dibangun & dikomersialkan menjadi salah satu produk geopelancongan yang kini popular di Negeri Perak.
Penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang 😌. |
Taman rekreasi seluas 75 ekar ni dikelilingi oleh bukit batu kapur & diliputi oleh tasik yang seakan-akan kehijauan airnya. Di dalam tasik ni pula kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Contoh macam ikan patin ni. Ikannya memang besar-besar belaka. Seram pula nak dibuat makan 😂.
Besar-besar ikannya. Takut kita 😂. |
Tarikan menarik
Hidden gems Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada di seberang tasik. Nak pergi ke sana, korang kena menyeberang menaiki bot khas yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ni.
Wajib naik bot. Baru boleh tengok apa ada dekat seberang lombong nun 😁. |
Actually, dari jeti nak ke seberang tasik tak lama mana pun. Cuma makan masa dalam 3 minit saja. Sambil-sambil menunggu bot, sementara tu bolehlah bagi ikan dalam lombong ni makan. Makanan ikannya ada dijual di kiosk berhampiran - RM1 sebungkus 😁.
Harga tiket bot & waktu operasi
Tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh dibeli di kaunter tiket berhampiran pintu masuk. Harga tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tersangatlah murah.
Untuk pergi & balik, cuma RM1.50/pax sahaja dikenakan untuk pengunjung kanak-kanak & warga emas. Manakala, RM3.00/pax dikenakan kepada pengunjung dewasa. Murah kan?
Warna hijau penyejuk mata & penenang fikiran 😌💕. |
Untuk makluman korang, taman rekreasi ni dibuka kepada pengunjung setiap hari Isnin hingga Ahad (Termasuk cuti umum) seawal jam 8 pagi. Cuma waktu operasinya ada sedikit berbeza pada hari Jumaat, hujung minggu & juga cuti umum.
Luas & santai
Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah & luangkan masa bersama keluarga. Tempatnya memang luas & santai. Ada taman permainan, mini zoo, rumah tradisional & sarat dengan port bergambar.
Tempatnya luas. Berkicap juga nak jalan satu taman 😂. |
Dulu ada burung merak. Tak tahu ke mana perginya 😅. |
Actually, nak berpiknik dekat sini pun boleh. Sebab tempatnya redup & banyak pokok-pokok untuk dijadikan teduhan. Cuma korang kena berhati-hati sikit dengan monyet. Takut ada adegan rampas merampas makanan pula nanti 🤭.
Nak bergambar dekat rumah tradisional yang dekat sebelah nun. Tapi ramai orang pula 😅. |
Pada Syu, memang satu kerugian besar kalau tak singgah ke sini bila datang bercuti di Ipoh. Sebab Taman Rekreasi Gunung Lang ni antara salah satu lokasi budget untuk korang kunjungi.