Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor

Disember 25, 2022

Sedap ke mentarang ni? Seumur hidup tak pernah langsung makan mentarang. Baru ini kali pertama Syu cuba 😁.  Selama hari dok lalu jalan Sekinchan, kerap juga terpandang orang berjual mentarang ni. Tapi, tak pernah teringin pula nak cuba makan.



Berapa harga sekilo mentarang? 


Walaupun Syu bukan peminat mentarang, tapi Syu ambil pusing juga pasal perkembangan harganya dari semasa ke semasa. Pada Syu, harga mentarang hari ni agak pricey jugalah sebenarnya.


Dahulu, masih boleh dapat lagi harga mentarangnya dalam RM8/kilo. Sekarang tak dapat dah ya. Harganya kini dah cecah RM40 ke RM50 sekilo 😅. Bergantung kepada saiz mentarang.  


Mentarang
Inilah rupa mentarangnya. Yang ini gred A. Saiznya besar sikit. RM24 untuk ½ kilo.


Dengar cerita, spesis mentarang ni dah tak berapa nak ada dah di daerah Sekinchan ni - Mentarang makin pupus. Stok pun agak terhad & susah nak dapat. Jadi, mungkin sebab itulah harganya makin hari makin mahal.



Lagipun, proses nak mencari mentarang ni bukannya mudah. Sebab mentarang ni kulitnya lembut. Duduknya pula dalam pantai berselut 😂. Sekor-sekor nak kena cari pakai tangan bila air laut dah surut. Makan masa & agak berisiko juga sebenarnya. 



Cuba mentarang di Din Mentarang Bakar 2


Berdasarkan rating orang ramai di Google review. Di daerah Sekinchan ni, mentarang di gerai Faridah Mentarang Bakar antara yang paling famous & selalu mendapat sambutan. Pengunjung yang datang bertandang jangan cakaplah. Boleh tahan ramai juga! Kalau lalu depan kedai bersusun kereta 😅.


Mentarang
Kedainya dari luar nampak biasa saja. Tapi, masakannya sedap.


Niat asal memang nak cuba masakan mentarang di Faridah Mentarang Bakar nun. Tapi, ramai pula orang dekat sana. Jadi, kita batalkan niat & singgah ke satu lagi gerai yang ada jual makanan laut eksotik ni. Iaitu di Din Mentarang Bakar 2.



Walaupun, kedai ni nampak biasa & agak underrated. Tapi, rasa masakannya memang sedap. Especially mentarang masak lemak cili api. Cuma pilihan makanan laut di kedai Din Mentarang Bakar 2 ni terhad kepada mentarang & belut sahaja - Kita tak makan belut masalahnya 😂. Stok belangkas pun tak ada. Mungkin ikut musim agaknya.



Mentarang sedap masak apa?


Mentarang
Nampak macam banyak. Tapi bila dah cicah dengan sambal belacan terus jadi tak cukup 😆.


Pada Syu, mentarang ni sedap bila dibakar & dibuat masak lemak cili api. Actually, mentarang celup tepung pun sedap juga. Tapi, kalau betul-betul nak rasa keaslian mentarang yang sebenar. Mentarang bakar is the best choice! Nak-nak bila di cicah dengan sambal belacan 😋💕.



Sebab apa? Bila mentarang ni dimasak secara bakar. Korang dapat rasa kesegaran & kemanisan asli isi mentarang tu sendiri. Ditambah pula dengan rasa smoky bakar-bakar tu😁. Jadi, pada yang baru nak merasa makan mentarang. Nasihat Syu, pilih cara masakan yang simple sahaja.


Mentarang
Yang ni mentarang gred A. Besar sikit saiznya


Mentarang
Mentarang bakar cicah sambal belacan ni memang padu 😋.


Mentarang
Mentarang masak lemak cili apinya sedap 😋.


Comments

  1. Balasan
    1. Kalau ada jumpa. Wajib cuba Rabiah. Sedap mentarang ni 😋.

      Padam
  2. Alah!! Syu terliur ibu tengok menunya.. Mentarang cicah sambal belacan dgn mentarang masak lemak cili apinya.. ;)

    BalasPadam
  3. Happy New Year 2023!
    tak pernah juga makan mentarang ni. ada dengar haritu harga dah mahal sebab susah nak jumpa

    BalasPadam
  4. pertama kali saya makan mentarang masa bercuti hari tu. beli area sungai besar. pastu bakar. memang sedap. puas makan.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!