Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Disember 09, 2022

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH | Bila datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang jejakkan kaki ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Tempatnya memang cantik & sangat memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini. Penuh kehijauan. Seimbang dengan elemen flora & fauna.



Bekas Tapak Lombong


Kalau korang nak tahu. Taman Rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya merupakan bekas tapak lombong yang kaya dengan hasil biji timah. Sumber berharga ini telah mula diterokai hasilnya sejak tahun 1918.



Kemudian pada awal tahun 20-an, tapak bekas lombong ni  tidak lagi digunakan untuk aktiviti perlombongan. Sebaliknya, ia dibangun & dikomersialkan menjadi salah satu produk geopelancongan yang  kini popular di Negeri Perak.


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang 😌. 


Taman rekreasi seluas 75 ekar ni dikelilingi oleh bukit batu kapur & diliputi oleh tasik  yang seakan-akan kehijauan airnya. Di dalam tasik ni pula kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Contoh macam ikan patin ni. Ikannya memang besar-besar belaka. Seram pula nak dibuat makan 😂. 


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Besar-besar ikannya. Takut kita 😂. 


Tarikan menarik


Hidden gems Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada di seberang tasik. Nak pergi ke sana, korang kena menyeberang menaiki bot khas yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ni.


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Wajib naik bot. Baru boleh tengok apa ada dekat seberang lombong nun 😁. 


Actually, dari jeti nak ke seberang tasik tak lama mana pun. Cuma makan masa dalam 3 minit saja. Sambil-sambil menunggu bot, sementara tu bolehlah bagi ikan dalam lombong ni makan. Makanan ikannya ada dijual di kiosk berhampiran - RM1 sebungkus 😁. 



Harga tiket bot & waktu operasi


Tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh dibeli di kaunter tiket berhampiran pintu masuk. Harga tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tersangatlah murah.


Untuk pergi & balik, cuma RM1.50/pax sahaja dikenakan untuk pengunjung kanak-kanak & warga emas. Manakala, RM3.00/pax dikenakan kepada pengunjung dewasa. Murah kan?


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Warna hijau penyejuk mata & penenang fikiran 😌💕. 


Untuk makluman korang, taman rekreasi ni dibuka kepada pengunjung setiap hari Isnin hingga Ahad (Termasuk cuti umum) seawal jam 8 pagi. Cuma waktu operasinya ada sedikit berbeza pada hari Jumaat, hujung minggu & juga cuti umum.



Luas & santai


Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah & luangkan masa bersama keluarga. Tempatnya memang luas & santai. Ada taman permainan, mini zoo, rumah tradisional & sarat dengan port bergambar. 


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Tempatnya luas. Berkicap juga nak jalan satu taman 😂. 


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Dulu ada burung merak. Tak tahu ke mana perginya 😅. 


Actually, nak berpiknik dekat sini pun boleh. Sebab tempatnya redup & banyak pokok-pokok untuk dijadikan teduhan. Cuma korang kena berhati-hati sikit dengan monyet. Takut ada adegan rampas merampas makanan pula nanti 🤭. 


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Nak bergambar dekat rumah tradisional yang dekat sebelah nun. Tapi ramai orang pula 😅.


Pada Syu, memang satu kerugian besar kalau tak singgah ke sini bila datang bercuti di Ipoh. Sebab Taman Rekreasi Gunung Lang ni antara salah satu lokasi budget untuk korang kunjungi.

Comments

  1. Hijau saja pemandangan. Menarik.

    BalasPadam
  2. Lama sungguh ibu tak pegi sini Syu nama je duduk ipoh.. Last pegi boat yang kami naik nyaris tak tenggelam sebab terlebih muatan. Orang yang bawa boat tu isi selagi mauh waktu tu. Uishhhhh! Seriau weihhh oiiii.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!