Nak dijadikan cerita. Kemarin, Syu bawa mak & Sarah Deris jalan-jalan ke Manjung. Lepas ronda-ronda dalam AEON, sempatlah singgah sekejap luangkan masa ke pasar malam cuci mata. Sambil-sambil tu, Syu belilah sikit barang-barang mentah untuk buat stok lauk di rumah. Kalau nak tahu, kupang hijau ni antara salah satunya 😋.
Rupa nampak macam unpleasant. Tapi, rasanya memang sedap. Lagi sedap dari yang frozen 😁. |
Masa lalu depan gerai abang jual kupang ni, pada awalnya memang Syu dah ada niat nak beli dalam sebungkus dua. Cadang nak ronda-ronda dululah satu pasar malam. Masa balik nanti baru nak singgah berbeli kononnya.
Tapi, mak Syu cakap jangan tunggu-tunggu. Nanti melepas mak Syu kata. Nasib Syu dengar juga cakap mak. Kalau tidak, memang tak merasalah gamaknya. Sebab masa nak balik, Syu tengok semua kupang-kupang yang abang ni jual dah sold out 😂.
Kalau korang nak tahu, dekat pasar malam Manjung ni memang ada banyak peniaga-peniaga yang jual seafood yang segar-segar. Harganya pun boleh tahan murah juga. Ada yang jual pakai timbang kilo. Jual sepinggan-sepinggan pun ada. Memang berbaloi sangat beli.
Sebelum nak masak & makan kena bersih & cuci betul-betul. Takut kena food poisoning. |
Actually, kupang yang Syu beli ni tak sama macam kupang yang dah diproses macam dekat kedai-kedai frozen nun. Rasanya jauh lebih manis & fresh. Cuma kupang yang baru dituai ni ambil masa sikit untuk dibersihkan.
Sebab kupangnya agak kotor & diselaputi dengan lumut & juga teritip. Malah, cara cuci kupang fresh ni pun kena ada caranya. Kalau tak dicuci dengan bersih, lepas makan confirm akan terkena cika (Muntah, cirit birit & sakit perut 😨).
|
By the way, kalau korang datang ke pasar malam Manjung. Jangan lupa singgah & support abang Shardi ni. Kupang hijau yang dijualnya memang fresh & besar-besar saiznya. Harga pun boleh tahan murah juga - 3 kilo RM10 sahaja. Pada yang nak buat tempahan awal, boleh Whatsapp atau call abang Shardi di talian 013-4898270.
sedapnya.. MA suka kupang, nak2 yg fresh..rebus & masak sambal..goreng kunyit pun sedap..
BalasPadamSyu buat rebus jer MA. Makan dengan nasi putih, cicah dengan sambal belacan 😋.
Padamdekat manjung memang banyak pun diorang jual. ada yg fresh lagi
BalasPadamBetul memang fresh semua seafood-nya. Geram pula tengok! Murah pun murah 😂
Padamkupang ni tapi nak bersihkan dia tu la bercinta sikit hehehhe
BalasPadamAgak bercinta jugalah sebab nak kena cuci sampai betul-betul bersih. Nak-nak benda yang terjuntai-juntai tu 😂.
BalasPadamUish! Besar2 jugak ye!
BalasPadamBesar & murah jugak uncle 😁💕
PadamTerlihat kupang teringat zaman dulu. Masa saya sekolah menengah, saya ada tolong kawan menjual kupang. Kami meniaga di pasar-pasar malam. Masa dulu kupang murah saja. 1 kilo RM2.00 saja
BalasPadamErmmmm...murahnya 😩. Sekarang 3 kilo RM10 ni pun kira murah juga sebenarnya. Tapi, kalau masuk pasaraya kemain melambung harganya. Fresh pun tak 😂.
PadamMesti susah nak cari kan?
Abang Shardi ni cakap, kalau air pasang besar susah nak turun ke laut cari kupang ni 🙃.
ooo. aida tak pernah dpt beli yg fresh gini.
BalasPadamsemua yg frozen, syu.
memang xde pengalaman cuci kupang fresh gitu.
pernah anak buah ammi yg duduk kat Manjung tu balik ke PD bawak berguni kupang...memang kenduri kupang le memasing. Pastu sorang2 dok masuk toilet cirit-birit kecuali ammi sbb ammi je tak makan kupang
BalasPadamLahhhh...dah kenapa kena cirit-birit. Salah cuci & cara makan ke? Atau terlebih sangat makannya? 😂
Padam3kilo rm10 ,murah betul tu
BalasPadam