Selamat Hari Lahir Mak! 🤗

Januari 29, 2023

Boleh kata tergempar juga celebrate hari lahir mak Syu ni sebenarnya 😅. Almaklumlah, tarikh hari lahirnya jatuh pada hari minggu. Jadi macam agak terkejar-kejar sikit dibuatnya. Lepas itu, plan A pula terpaksa tukar ke plan B.



Bukan apa, niat asal nak buat makan-makan dikampung sambut dengan abah. Tapi, masa pula tak berapa nak mengizinkan sebab terpaksa ke pekan ziarah orang meninggal. Lagipun, bukan orang lain. Saudara sendiri juga. 


Selamat hari lahir
Buat birthday celebration ringkas saja. Jadilakan daripada tak ada 😅. 


Selesai ziarah. Terus shoot ke Manjung pula. Pergi rumah adik ipar Syu. Maka, dekat sanalah kami-kami ni berkampung celebrate birthday mak. Serba ringkas saja kami sambut. Almaklumlah, baru balik dari ziarah orang meninggal. Takkan nak seronok-seronok tak ketahuan. Waima, yang pergi tetap pergi. 


Selamat hari lahir
Happy birthday mak! 🤗💐


Apa-apa pun, selamat hari lahir buat mak. Semoga dipanjangkan lagi usia untuk luangkan lagi lebih masa bersama keluarga, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Sayang mak! 🤗💕

Comments

  1. Happy birthday mak syu.. semoga dalam peliharaan Allah selalu

    BalasPadam
  2. Happy birthday Makcik. Semoga terus diberikan umur yang panjang untuk beramal soleh, sihat tubuh badan

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir buat emaknya.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  4. happy belated birthday makcik...
    eh lawa pulak hiasan belakang tu..gambar space ke?

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!