Dulu, pokok String of Heart (SOH) Syu ni hidup segan mati tak mahu 🌿. Tumbuh pun macam nak tak nak saja. Jenuh bertukar tanah segala. Hari harilah dok belai bagi kasih sayang. Semata-mata tak nak bagi mati - Dalam hati, senang lagi tanam taugeh 😂. Ada saja yang tak kena. Itu belum campur dengan gangguan anasir-anasir luar lagi.
Ini baru jumpa seekor. Dekat celah-celah daun nun ada banyak lagi 😑. |
Elok kawan tu nak tumbuh elok. Dikunyahnya pula dek ulat beluncas. Satu kerja pula nak kelebek celah-celah daun nun satu persatu. Kalau tak ditengok. Jawabnya, habis togel satu pokok kena kunyah. Benci tau! Dahlah pokok ni mahal & susah nak cari 😂. Nak bela pun sikit punya azab. Senang-senang dikendurikan. Banyak cantik punya perangai!
Sampai satu masa tu, Syu memang dah rasa give up sangat nak jaga pokok-pokok SOH Syu ni. Sudahnya Syu biarkan saja dalam pasu nun. Bangun celik mata, siram air saja. Tak ada nak belek-belek macam dulu dah. Yang gerammya. Bila dibiar, elok pula tumbuh melata dalam pasu.
Alhamdulillah, penuh satu pasu 😊💕. |
Sama macam pokok-pokok dekat belakang rumah nun. Jenis tak sukakan perhatian & belaian manja agaknya pokok-pokok Syu ni 😂. Macam manusia jugalah kan. Kalau asyik dikongkong, rimas juga. Lagipun, tak ada kebebasan dalam hidup pun tak seronok.
Sekarang, alhamdulillah. Syu dah rasa lega sikit tengok pokok-pokok SOH Syu 😚💕. Elok gemuk penuh pasu. Cuma sekali sekala tu Syu nak kena tengok-tengokkan juga pokok-pokoknya. Bukan apa, takut ulat beluncas tu datang lagi buat kenduri.
Dekat setahun lebih nak bagi SOH ni jadi sampai macam ni 😑 |
Yang bergantung-gantung tu pun sama. Tak reti-reti nak beranak-pinak 😂. |
Almaklumlah, lauk dah banyak. Gemuk-gemuk pula tu. Takkan datang nak tengok saja kan? Semestinya, datang singgah untuk dikendurikan. Tapi, sebelum diaorang nak buat kenduri. Syu kendurikan diaorang dulu. Awas! 🐛
byk pokok bunga vinca aida da mati :(
BalasPadamrimbun berbunga. esok pagi, nak gi kerja, togel, syu hu hu hu hu...
gegemuk ulat bulu. hadoi lah...
takde luck sebab ulat bulu byk.
now bela pokok hijau yg memang so far, tak jumpa la ulat bulu.
pokok bunga tak tanam dah.
Syu pun takde tanam pokok bunga juga. Semuanya pokok daun-daun jer 🤭. Itupun ada juga makhluk yang dengki 😩.
Padamtuan SOH lagi ganas ye
BalasPadamHe3 🤭💕
Padam