Taman Alam Kuala Selangor

Januari 05, 2023

TAMAN ALAM KUALA SELANGOR | Niat asal nak pergi Bukit Malawati. Tapi, malas pula nak tunggu trem ke sana. Pengunjung pun boleh tahan ramai juga 😅. Penyudahnya, kita ubah haluan ke Taman Alam Kuala Selangor. Dekat sini memang tak banyak orang. Yang banyak cuma lontong kelabu  (Trachypithecus cristatus) ni saja 😅.


Di sekitar Taman Alam Kuala Selangor & Taman Malawati ni memang ada banyak spesis lotong kelabu ni. Boleh dikatakan jinak juga lotongnya. Cuma, korang dinasihatkan supaya tidak memberi makan lotong-lotong ni.  Sebab ianya dah melanggar fitrah semulajadi haiwan-haiwan ni untuk cari makanan sendiri.


Maknya kelabu. Anaknya oren. Comel! Geram pula tengok. Nak culik bawa balik rumah takut mummy dia marah 😁. 


Kalau tidak, perangainya nanti jadi macam  perangai monyet dekat Taman Paya Bakau menghala ke Lumut nun. Serius seram! Suka sangat rampas barang orang 🙄.  Dah terbiasa agaknya diberi makan. Bila tak dapat, habis dirampasnya. Mungkin dia ingat makanan dia agaknya.



Harga tiket masuk & waktu operasi 


Untuk pengetahuan korang. Lokasi Taman Alam Kuala Selangor ni terletak di bawah kaki Bukit Malawati - Kira-kira 500 meter dari tempat menunggu trem ke Bukit Malawati. Taman ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. 



Harga tiket masuknya tak mahal mana pun. Cuma RM1 untuk kanak-kanak. RM2 untuk warga emas & ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Manakala, RM4 untuk golongan dewasa. Murah kan?



Denai kembara


Pintu masuk Denai Kembara 😁. 


Pada yang sukakan aktiviti trekking. Di sinilah tempat yang sesuai untuk korang. Sambil-sambil keluarkan peluh, boleh cuci mata & tenangkan fikiran dengan tengok kehijauan semulajadi yang ada dalam Denai Kembara ni. Tapi, sebelum korang berhajat nak masuk trekking dalam Denai Kembara ni, sebaiknya korang pakai pakaian yang sesuai.


Jangan jadi macam kitaorang ni. Masuk pakai terjah saja tanpa pakai pakaian yang proper. Selain itu, jangan lupa juga bawa insect repellant ya. Sebab tempatnya memang banyak nyamuk. Bukan apa, takut kena malaria tapioca pula nanti gara-gara dikokak dek nyamuk! 😂

 

Syok dapat trekking & keluarkan peluh. Tapi, pakaian pula macam tak kena 🤭. 


Actually, kawasan Denai Kembara ni agak luas juga sebenarnya. Syu sendiri pun tak sempat nak jelajah sampai habis. Kalau ikutkan ada banyak check points menarik yang sepatutnya Syu singgah. Tapi, macam malas pula nak jalan jauh 🤣.Jadi, kita surrender sajalah. Kalau korang datang sini, korang jelajahlah sampai habis ya 🤭. 


Serba hijau. Sejuk mata memandang 😌💕. 



Lokasi burung-burung hijrah

 

Taman Alam Kuala Selangor ni sebenarnya merupakan sejenis Hutan Paya Laut. Luas kawasannya lebih kurang 264.81 hektar (646.9 ekar). Kawasan paya ini kaya dengan pelbagai jenis spesies tumbuhan yang menjadi habitat semulajadi kepada haiwan-haiwan yang ada di sini. Termasuklah burung-burung hijrah, terutamanya dari Negara Rusia dan Siberia.


Taman Alam Kuala Selangor
Cantik pemandangan dari atas menara peninjau ni. Terus hilang rasa gayat 😂. 


Dengar cerita, burung-burung ni akan datang ke sini sekitar bulan September hingga April. Nak tengok spesis burung-burung ni dengan lebih dekat? Sebaiknya korang bawa binokular. Senang sikit nak teropong burung-burung ni dari menara peninjau. Nak tahu apa lagi ada di Taman Alam Kuala Selangor ni? Korang kena datang sini 😉💕. 

Comments

  1. Best tempat² macam ni untuk santai-santai bersama keluarga.

    BalasPadam
  2. Alah...kenapa letak gambar buruk kita?Ha3 😂

    BalasPadam
  3. best nya ada tempat2 mcm ni...bagus utk beriadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Tapi, baju Syu pulak yang tak kena 😂

      Padam
  4. kadang2 bukan nak bagi pun dia makan...tp dia datang ek ehhhh dia main rampas je makanan kat tangan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang ke kita dengan harapan kita nak bagi dia makan 🤣. Padahal, kita datang nak ziarah jer.
      Tapi, kalau tak bagi macam kesianlah pulak 😌. Dilema sungguh dibuatnya...nak-nak bila dia buat muka kesian

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!