Tips Pilih Peralatan & Kelengkapan Camping Buat Campers Beginner

Januari 17, 2023

Camping ni memang seronok. Pada yang yang biasa ber-camping, semestinya segala peralatan & kelengkapan asas dah lengkap dalam senarai. Buat yang baru nak berjinak-jinak macam mana pula 🤔? Mesti ada yang tertanya-tanya peralatan & keperluan macam mana yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.


Foto : Mega Genset Malaysia


Jika dibandingkan dengan glamping, camping jauh lebih murah. Bezanya, glamping korang masuk khemah cuci kaki. Camping korang kena berangkut barang & pasang sendiri. Kiranya camping ni banyak kerja. Bermula dari korang nak pilih tempat sampailah korang nak setup khemah. Pada yang minat, semestinya alah bisa tegal biasa 😁.



Harus diingat, selain daripada kelengkapan peribadi, ada beberapa kelengkapan perkhemahan WAJIB ADA dalam senarai semak campers. Malah, dari segi pemilihan barangan perkhemahan pun perlu dititik beratkan juga, supaya ianya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Ciri-ciri kelengkapan & peralatan camping terbaik


Seperti korang sedia maklum, camping dengan glamping tak sama. Untuk camping semua kelengkapan & peralatan korang kena sediakan sendiri. Jadi, ada banyak aspek yang perlu dititikberatkan sebelum & semasa kita membeli satu-satu kelengkapan & peralatan perkhemahan.


Tambah-tambah pada campers yang nak jadikan aktiviti perkhemahan ni sebagai satu hobi jangka panjang. Sebaiknya, pilih kelengkapan & peralatan khemah yang mempunyai ciri-ciri berikut :


  • Tahan lasak  
  • Kalis air 
  • Tidak mudah berkarat
  • Boleh digunakan semula 
  • Boleh dicas
  • Ringan & mudah dibawa
  • Menjimatkan ruang 
  • Mudah untuk dipasang
  • Selamat untuk digunakan


Bila kesemua aspek ni ada, korang bukan sahaja boleh menjimatkan kos pembelian kelengkapan & peralatan berkhemah. Malah, korang boleh gunakannya untuk tempoh masa yang agak lama - Dengan teknik penjagaan yang betul. Selain tu, kerja pemasangan & penyimpanan semula akan jadi lebih mudah & cepat.

Comments

  1. bestnya camping. lama dah tak camping. last sekolah rendah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun dah lama juga tak ber-camping. Masuk bulan Oktober sampai Disember memang stop kejap. Almaklumlah cuaca tak berapa nak elok 😅.

      Padam
  2. nice sharing..ye betul kena beli yang tahan lasak dan tahan lama. anyway boleh la join sekali bercamping.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you.
      Boleh juga. Meh datang Perak meh! 🤗💕

      Padam
  3. Salah 1 impian nak bercampung tp tulah satu peralatan pun x ada lg ni. Hihihihihi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa ibu, pelan-pelan beli. Yang penting start beli camping tent dulu 😁

      Padam
  4. menarik . bestnya kalau ada kelengkapan nak pergi camping ni

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!