Belajar Elok-elok Sarah Deris! πŸ€—πŸ’•

Februari 07, 2023

Semalam hantar Sarah Deris balik Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. Sampai-sampai. Bersusun kereta parkir diluar kolej siswi. Almaklumlah, cuti semester dah habis. "Ayuh kembali ke sekolahlah" jawabnya 🀣.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Tingkat paling atas duduknya πŸ˜‚. 


Jenuh jugalah berangkut dari tingkat bawah. Sudahlah tingkat paling atas pula tu si Sarah Deris ni duduk. Jenuh menapak πŸ˜‚. Menangis ketiak naik tangga angkut barang. Nasib baik Syu ikut sekali. Kalau tidak, memang penatlah mak Syu dibuatnya. 


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Ni saki baki saja. Yang lain semua dah selamat masuk dalam bilik πŸ˜…. 


Rasanya, masih berbaki 2 semester lagi Sarah Deris di Politeknik Sultan Idris Shah ni. Dah tak lama dah. Pejam celik nanti dah masuk semester akhir. 3 tahun belajar, bukan lama manapun. Nanti dah graduate mesti rindu! 



Apa-apa pun, belajar rajin-rajin tau Sarah Deris! Harap tahun ni dapat anugerah dekan (AD) lagi. Cubalah  maintain pointer sampai ke final year. Kalau dapat kelas pertama, tak payah runsing nak bayar PTPTN  dah 🀭.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Sebelum gerak balik, sempatlah ambil gambar barang sekeping dua buat ubat rindu πŸ€—πŸ’•. 

Comments

  1. hahahaha tergelak baca ketiak menangis...selalu orang sebut berkicap, or basah je...ni menangis..adeii 🀣🀣

    BalasPadam
  2. semoga terus sukses dan berjaya dalam pelajaran untuk Sarah Deris

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya dalam pembelajaran

    BalasPadam
  4. Ingatkan mata je menangis, sekali ketiak pun boleh menangis ek kak syu HAHAHA. Pape pun goodluck untuk Sarah! All the best! ^^

    BalasPadam
  5. goodluck adik! Btw CUya follower baru disini. Salam kenal!

    BalasPadam
  6. haishhh rindu betul ya zaman belajar ni. Semoga berjaya adik Kak Syu!

    BalasPadam
  7. semoga smngat belajar adik.. rindunyaa zaman uni dulu

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!