Sekali sekala bolehlah makan Subway ni. Kalau hari-hari dok ulang, mahu koyak poket 😅. Almaklumlah, nama pun sandwich premium. Harga pun premium jugalah kan? Standard kayangan saja yang buat Subway ni makan hari-hari 😁.
![]() |
Honey Mustard, Sweet Onion, Spicy Mayo, Jalapeño Cheese, BBQ & Chipotle Southwest sos paling favourite Syu. |
Nak dijadikan cerita. Husband Syu teringin nak makan Subway semalam. Tak nak makan nasi katanya - Tahu bininya dah gaji lettew 😂. Jadi, lepas balik kerja. Syu terus gerak ke Subway Station 18 tapaukan Subway untuk dia.
Cuba Roast Beef & Chicken Breaded Cutlet
Dulu kalau makan Subway, suka repeat sandwiches yang ada Roasted Chicken & Teriyaki Chicken. Kali ni, cuba beli Roast Beef & Chicken Breaded Cutlet pula. Saja nak tahu rasanya sedap ke tidak. Adik Subway tu cakap sedap.
Untuk Roast Beef, Syu pilih roti Honey Oat size footlong - Yang ni husband Syu punya 😁. Rotinya husband Syu cakap tak payah bakar. Tapi, Syu minta adik Subway tu panaskan sekejap guna microwave. Bagi ada rasa suam-suam kuku sikit sandwiches-nya. Baru sedap sikit makan.
![]() |
Roast beef letak sos honey mustard, sweet onion, jalapeño cheese & spicy mayo. |
Memandangkan sayur Subway percuma. Jadi, Syu suruh adik Subway tu sumbatkan saja segala jenis sayur yang ada dalam semua sandwiches. Termasuklah sandwich yang Chicken Breaded Cutlet tu sekali😁. Sosnya pula, Syu letak tiga jenis sahaja - sos sweet onion, honey mustard & jalapeño cheese.
Untuk yang Chicken Breaded Cutlet pula - Yang ini Syu punya sandwich 😁. Syu pilih roti Italian Herbs & Cheese. Selebihnya, semua sama macam sandwiches Roast Beef tadi. Rotinya Syu minta adik Subway tu bakarkan sekejap bagi rangup supaya rotinya crunch & tak soggy bila makan 😋.
![]() |
Sos yang sama tapi isi dalamnya chicken breaded cutlet. |
(P/S : Gabungan sosnya dah sedap dah. Cuma pada Syu, chicken breaded cutlet ni biasa-biasa saja rasanya 😅)
subway menu feveret saya mesti meatball dgn BMT. sos wajib ada honey mustard dan sayur mesti ada adalah pickles! Nyum nyum...tapi takleh selalu jugak hahahah
BalasPadamTak pernah cuba lagi meatball & BMT. Akak nak cuba jugalah next time 😁.
PadamPickles feveret akak. Nyum 😋!
dah lama jg tk makan subway...suka meatball..
BalasPadamSedap eak meatball? Nak cuba jugalah nanti 😁.
PadamFavorite! Saya minggu lepas dua kali pergi beli sebab teringin hahaha. Selalu ambik tuna! Add on 1 scoop tuna! Sedapnyaaaaaaa!
BalasPadamFuyoooo...sampai 2x eak? Ha3
PadamTakpe2. Bukan selalu koyakkan poket sendiri makan Subway 😁.
Tuna pun akak tak pernah cuba lagi. Nak try jugalah next time 😋.
busyra tak brapa suka subway tp officemate mmg suka gila. haha
BalasPadam