
Restoran makanan Arab di Ipoh ni ada banyak - Tapi boleh dikira dengan jarilah restorannya π€. Sebelum ni Syu cuba makan makanan Arab di Restoran Hadramout Tent. Kali ni Syu cuba pula di Restoran Al-Medina. Kalau korang nak tahu, restoran ni ada dua cawangan. Satu terletak di Meru & satu lagi di Silibin. Yang Syu pergi ni yang dekat Silibin π.
 |
Tempat cantik, bersih & selesa. |
Menu makan malam kami kali ni tak banyak macam yang kami pesan masa makan malam di Hadramout Tent hari tu. Cukup sekadar roti garlic & hummus untuk appetiser & set nasi sebagai main course kami berdua. Ini pun jenuh juga nak bagi habis. Sebab portion-nya banyak π. Nasib baik Kunafa & baklava tak ada dalam menu. Jadi, ada kurang sikit menu atas meja untuk di-order.
 |
Roti garlic & humusnya sedap π. |
 |
Hanith chicken ni RM16 sahaja. Portion-nya punyalah banyak ππ. |
 |
Yang ni untuk encik suami punya. Wajib ada kambing π
.
|
Overall, makanan dekat sini memang sedap-sedap belaka. Portion banyak. Harga pun berpatutan. Memang tak rugi datang makan dekat sini. Cuma pilihan menu pencuci mulutnya tak berapa banyak. Kalau ada baklava & kunafa mesti lagi syok! Tapi malangnya tak ada πͺ. Yang ada cuma barbosa, aiskrim & fruit salad. Hurm...sedih!
sedapnya tngok roti garlic diaaaa..
BalasPadam