Sedap Betul Kaya Kok La Bohéme Ni! 😋

Februari 24, 2023

Kaya Kok
Datang La Bohéme mesti beli Kaya Kok ni 😋.


Setiap kali datang AEON Station 18. Syu mesti akan repeat beli Kaya Kok (Kaya Puff) La Bohéme ni. Sedap sangat 😋. Kulit luarnya crunchy & dalamnya ada inti kaya. Sedap! Manis sangat pun tak. Sedang-sedang saja. Serasi sangat bila digabung dengan kulit puff yang plain & berlapis-lapis tu.



Harga Kaya Kok ni tak mahal mana pun. Cuma RM5 untuk 3 ketul. Selain inti kaya, ada juga inti lain - Sardin, ayam & tuna kalau tak silap Syu. Tapi, Syu lagi prefer yang ada inti kaya ni lagi 😋. Kalau korang terpandang Kaya Kok ni di La Bohéme. Cuba beli satu set! Sedap! Gerenti akan repeat beli lagi 😁. 

Comments

  1. busyra dulu tak suka sngt kaya.. tp lately ni boleh makan pulak.. haha

    BalasPadam
  2. boleh try ni. sy kalau ke sini cari roti plain yg tebal tu. sy pggl roti titab hahahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!