Taman Jepun Ipoh

Februari 04, 2023

TAMAN JEPUN IPOH | Tempat menarik & jimat budget di Ipoh ni ada banyak sebenarnya. Cuma korang sendiri yang kena pandai cari & terokainya satu persatuπŸ˜ŠπŸ’•. Contoh macam hidden gem yang ada dalam Taman Rekreasi Dr. Seevasingam ni. Kalau datang beriadah ke sini, jangan lupa singgah ke Taman Jepun Ipoh juga ya!


Taman Jepun Ipoh


Kalau korang nak tahu. Di tengah pekan Ipoh yang sibuk ni ada satu "Taman Mini Jepun" yang cantik & sangat mendamaikan. Taman Jepun ni memang berada di dalam Taman Rekreasi Dr. Seevasingam ni juga. Lokasinya tak jauh dari Hospital Besar Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) & dibuka kepada pengunjung secara PERCUMA setiap hari πŸ˜πŸ’•. 


BACA JUGA

Taman Rekreasi Gunung Lang, Bekas Lombong Cantik Di Ipoh 

Concubine Lane : Apa Yang Menarik? 

Pasar Karat Loken (Memory Lane) 



Ipoh-Fukouka Sister City


Taman Jepun Ipoh ni sebenarnya merupakan tanda simbolik terjalinnya persahabatan & kerjasama dua hala antara Bandaraya Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka. Taman ini telah dibuka secara rasmi kepada pengunjung pada 30 Jun 1995, yang mana perasmiannya telah dilancarkan oleh Datuk Bandar Ipoh bersama Mr.Watanabe yang mewakili Datuk Bandar Fukuoka.


Sejuk mata memandangkan. Penuh kehijauan. Tempat yang bagus untuk release stress πŸ˜Œ. 


Reka bentuk landskap & elemen-elemen yang ada dalam Taman Jepun Ipoh ini diinspirasi dari salah sebuah bandar indah yang berada di negara Jepun iaitu Fukuoka. Luas keseluruhan Taman Jepun Ipoh ini adalah kira-kira 1.2 hektar



Tarikan menarik


Bila sebut Taman Jepun, semestinya 5 komponen utama ini akan  ada dalam pelan susunatur satu-satu Taman Jepun itu. Antaranya :

  • Kolam
  • Zen garden
  • Jambatan
  • Ikan koi
  • Pokok buluh


Taman Jepun Ipoh
Nak ke kiri boleh. Nak kanan pun boleh juga. Tak ada masalah 😁. 


Yang pasti, masuk ke Taman Jepun Ipoh ni korang tak akan sesat punya. Sebab laluan tamannya berbentuk circle. Tak kiralah korang pilih laluan sebelah kanan mahupun laluan sebelah kiri.  Starting point & ending point-nya tetap sama 🀭.  Tapi, kalau korang start dari laluan sebelah kiri. Ini antara tarikan-tarikan menarik yang korang akan nampak. 



1) Karesansui Garden (Japanese Styled Rock Garden) 


Taman Jepun Ipoh
Landskap Batuan Jepun inspirasi dari Satoyama & bandar Fukuoka.


Di sebelah kiri pintu masuk. Korang akan nampak satu laluan yang kiri kanannya ada taburan batu-batu putih, ketulan batu besar & pokok renek yang ditanam secara berkelompok-kelompok. Laluan ini diberi nama Karesansui Garden.


Taman Jepun Ipoh
Landskap Batuan Jepun inspirasi dari Teluk Hakata. 


Karesansui Garden yang ada di dalam Taman Jepun Ipoh ni sebenarnya merupakan landskap abstraks yang menggambarkan pemandangan indah Satoyama & bandar Fukuoka. Setiap elemen-elemen yang ada pada rekabentuk landskap ni ada maksud tersirat disebaliknya.


  • Taburan batu putih - Kolam & tasik
  • Ketulan batu & pokok-pokok renek - Gunung ganang
  • Rumput - Sawah padi



2) Kolam Teratai


Taman Jepun Ipoh
Masa ni bunga teratainya belum kembang lagi. 


Lepas lalu Karesansui Garden, korang akan nampak kolam kecil yang dalamnya ada banyak pokok teratai. Kalau nasib korang baik, korang akan dapat tengok kolam ni penuh dengan bunga teratai. 



3) Japanese pond


Taman Jepun Ipoh
Ada pulau di tengah nun πŸ️. 


Selain bergambar & berjalan cuci mata keliling Taman Jepun Ipoh ni. Korang juga boleh beri makan kepada kura-kura & ikan-ikan yang ada dalam Japanese Pond ni. Bawalah roti atau makanan ikan sikit sebelum korang datang ke mari. Dapat juga diaorang makan. 


Taman Jepun Ipoh
Ada banyak ikan dalam kolam ni. Jenis tak takut orang pula tu πŸ˜. 


Jangan datang sini bawa batang pancing & penangguk ikan sudahlah ya! Sebab dekat sini tak dibenarkan memancing πŸ˜….  Bukan apa. Manalah tahu ada yang geram nak bawa balik dalam seekor dua. Almaklumlah, ikan-ikan yang ada dalam kolam ni semuanya jenis tak takut orang & suka main-main dekat gigi air.  Termasuk kura-kura ni πŸ˜‚. 


Taman Jepun Ipoh
Acik-acik kalau datang sini jangan lupa bawa makanan tau. Jangan jadi macam tukang ambil gambar ni. Datang bawa diri saja πŸ’. 


So, kalau korang mencari tempat terapi mata & tenangkan fikiran. Taman Jepun Ipoh inilah tempatnya. Datang ke Ipoh, wajib singgah ke sini. Kalau ada baju kimono, bawa sekali! Boleh ber-OOTD terus 🎎. 

Comments

  1. cantik sungguh. tak pernah tahu pun dekat ipoh ada tmpat ni

    BalasPadam
  2. Kat Ipoh memang banyak tempat-tempat menarik . Banyak yang tak sempat nal terjah . Next time kalau turun ipoh nak singgah laa tmaan jepun ni

    BalasPadam
  3. Alaaaa terlepas la tempat ni masa gi ipoh last yr

    BalasPadam
  4. ada rezeki boleh jenjalan lagi di Ipoh. Last pergi tak sempat jalan sini.

    BalasPadam
  5. Hari2 pegi balik kerja mesti lalu depan Taman Jepun ni. Nak singgahnya x tau bila. Hari cuti je melepek dkt rumah. Aduhai! ;)

    BalasPadam
  6. elok berbela taman ni oklah... ada yg kat KL ni..org buat taman dia nak buat pastu jadi tempat mende je ntah

    BalasPadam
  7. sangat cantik landskap dia..memang nampak macam taman di jepun..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!