Terbang Pergi Seorang Lagi Geng Bertepuk Bertampar πŸ₯Ί

Februari 23, 2023

Semalam, terbang pergi seorang lagi regu membawang Syu. Sekarang tinggallah kami bertiga Asalnya berlima. Apakan daya. Jodoh untuk kekal bersama tak panjang. Sampai takat ini saja. Sebab Allah dah atur rezeki masing-masing dekat tempat lain.



Memang tak dinafikan yang kitaorang semua ni tak sama department. Bila dah duduk dalam office yang sama. Faham-faham sajalah.  Geng-geng ini sahaja yang sentiasa ada bersama sebab sebulu & sekepala. Actually, offimates lain pun Syu kawan juga. Cuma, tak seakrab yang ni πŸ˜….


Friends
πŸ‘ˆπŸ» Yang terbang pergi dua dari kiri. 

Honestly, masa jumpa buat kali terakhir semalam. Automatik mata Syu tak boleh tahan. Serius sebak. Mungkin, Syu rasa ralat sebab dapat tahu lambat pasal pemergian officemate Syu ni. Korang bayangkanlah. Esok last kerja. Hari ni baru dapat tahu. Itu pun sebab ternampak conversation dalam WhatsApp HR - Kalau tak terpandang, sampai ke sudah tak tahu gamaknya 😌. 



Apa-apa pun, Syu doakan akak dapat rezeki bekerja di tempat yang lebih baik. Lebih fleksibel & tak menyerabutkan kepala otak πŸ’†πŸ»‍♀️. Doakan juga kami yang ada dekat sini dapat survive lebih lama. Andai rezeki tak menyebelahi kami, harap ada hendaknya rezeki di tempat lain untuk kami tumpang berpijak. Amin 🀲🏻. Wish you all the best Kak Niza! Stay keep in touch dengan kitaorang okay 😘. 

Comments

  1. setiap prtemuan pasti ada prpisahan.. mmg sakit rasanya hilang rakan kerja , apatah lg dapat yg satu kepala kan..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!