KREDIT FOTO : Daniel Gerzina/Eater Chicago |
Hari ni lepak makan tengahari dengan offimates di Mc Donald's (McD) Station 18. Lama juga tak dine-in sini sebenarnya. Selalu guna Drive Thru tapau bawa balik rumah. Ataupun buat pesanan guna aplikasi GRAB saja 😅. Bukan apa, malas nak masuk dalam menyinggah. Almaklumlah, McD Station 18 ni memanjang saja ramai orang. Tambah-tambah bila kena waktu puncak.
Bila dine-in, normally Syu akan buat pesanan & pembayaran melalui kaunter. Kali ni Syu cuba buat pesanan menggunakan MC Donald's self ordering kiosk pula. Saja nak explore benda baru. Padahal benda alah ni dah berkurun ada dekat situ. Dulu ada satu. Sekarang dah beranak pinak dah dia dalam Mcd Station 18 ni 😂.
Cara Pesan McD Guna Self Ordering Kiosk
Lepas dah order. Nombor kena letak atas meja. Senang pelayan nampak masa nak hantar order nanti 😁. |
Senang saja rupanya buat pesanan McD guna Self Ordering Kiosk ni. Jimat masa, tak payah beratur panjang & yang paling best boleh bayar tanpa tunai (cashless). Pada yang belum pernah buat pesanan menggunakan Self Ordering Kiosk, ikut cara ni supaya korang tak rasa canggung berdepan dengan mesin tu nanti 🤭.
- Pilih samada korang nak EAT IN atau TAKE OUT
- Pilih menu yang korang nak makan & ADD TO CART
- PROCEED WITH CHECKOUT & SUBMIT ORDER
- Kalau korang pilih untuk dine-in jangan lupa MASUKKAN NOMBOR MEJA sebelum korang teruskan dengan pembayaran
- Pilih cara pembayaran - Bayar di kaunter atau kad (Wave atau menggunakan pin) di Self Ordering Kiosk
- Simpan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran
Kalau korang pilih untuk dine-in, letak nombor meja atas meja supaya senang pelayan nak hantar makanan. Kalau korang pilih untuk take away. Tataplah nombor dekat resit korang sampai nombor korang kena panggil 😁.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!