Dah Ready Ke Nak Ramadhan?

Mac 21, 2023

Minggu ni. Minggu yang agak sibuk! Syu yakin. Semalam & hari ni semestinya golongan mak-mak & bapa-bapa sibuk uruskan hal anak-anak nak masuk sekolah & hantar asrama segala😁. Esok lusa, guarantee sibuk pula buat persediaan untuk berpuasa. 


Ramadhan 2023


Sebut pasal puasa. Korang dah ready ke nak Ramadhan? Biasanya, sebelum tibanya Ramadhan. Mesti ramai sahabat-sahabat yang dah siap-siap :


  • Selesaikan puasa ganti
  • Bayar fidyah puasa
  • Amalkan puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban
  • Beli groceries untuk persediaan sahur
  • Persiapkan diri untuk beribadah di bulan Ramadhan - Tarawih berjemaah di masjid, tadarus, dll.
 

Sinonimnya Ramadhan dengan...


Masuk bulan Ramadhan, otak sedia-sedia dah tahu yang bulan Ramadhan ni sinonim dengan :



1) Tarawih & tadarus Al-Quran


Tarawih & tadarus Al-Quran ni memang dah menjadi pengisian utama bila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada yang banyak masa terluang, tadarus di buat disiang hari. Manakala tarawih pula dilakukan di sebelah malam sesudah solat Isyak. 



2) Malam lailatulqadar


Pada 10 malam terakhir Ramadhan, semestinya umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba agar dipertemukan dengan malam lailatulqadar ni. Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W :


Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 


(Hadis riwayat Ahmad)



3) Buah kurma


"Nikmati keenakan buah kurma dari Timur tengah. Yusoff Taiyoob..." - 🗣️ suara berbisik. Bulan Ramadhan, buah kurma is a must! Seminggu dua sebelum nak masuk bulan Ramadhan. Korang dah boleh dengar dah bisikan-bisikan halus dari Raja Kurma Malaysia kita, Yusoff Taiyoob 😂.


Macam biasalah, makanan sunnah ni memang WAJIB ada di atas meja sebagai dessert pembuka selera sebelum berbuka. Jadi, bila tibanya Ramadhan. Kurma mesti kena ada. Paling kurang, satu kotak untuk satu isi rumah. 


Tak yakin kurmanya boleh bertahan sampai penghujung Ramadhan 😂


Tapi, Ramadhan kali ni Syu tak beli Kurma Madu Yusoff Taiyoob. Syu beli kurma cap Bilal ni saja. Sedap & murah. Standard rasanya sama macam kurma premium. Sekotak harganya dalam RM9 - Boleh cari dekat TF Valuemart. 



3) Moreh Ramadhan


Bulan Ramadhan, surau-surau & masjid meriah dengan rezeki orang bersedekah. Dari hari pertama Ramadhan sampailah ke penghujung Ramadhan. Memang akan penuh slot moreh. Masa inilah acik-acik catering busy menyiapkan order buat duit-duit tambah 😁.


Ramadhan
KREDIT FOTO : MyTVOnline



4) Bazar Ramadhan


Hari pertama berpuasa mesti ramai yang akan pergi serbu bazaar Ramadhan. Almaklumlah, tak sempat nak balik masak 😅. Tak pun, memang sengaja malas masak sebab tekak berselera nak makan makanan bazaar Ramadhan 🤣. 


Harap-harap makanan yang dijual di bazaar Ramadhan tahun ni, tidak hanya sekadar indah khabar dari rupa. Memang sedia maklum, kita berada di bulan puasa. Tak boleh nak merasa segala.


Selagi boleh, tak mahulah terserempak dengan karipap angin, air tebu ceroi & kuih tawar melesey. Frust tau kalau kena scam macam tu. Nak-nak di bulan Ramadhan. Nak marah kena sabar 😂. 



5) Buffet Ramadhan 


Ramadhan
KREDIT FOTO : eatgo.com


Buffet Ramadhan, tak payah cakap. Meriah seluruh Malaysia sehingga ke penghujung Ramadhan. Sebulan sebelum puasa, macam-macam promosi early bird ditawarkan - Macam iklan raya. Belum habis puasa, iklannya dah keluar dulu 🤣. Ada buffet bertemakan masakan ala kampung, western & macam-macam lagi. Bawa duit & perut saja 😁. 



6) Geng plastik hitam


Geng plastik hitam, kawan dia semestinya van jenazah 😅. Harap tak wujud lagi geng plastik hitam ni masa Ramadhan nanti. Malulah, dah besar panjang reti-reti nak puasa. Puasalah. Sebulan saja. Bukan setahun. 


Apa-apa pun, semoga Ramadhan 2023 kali ni lebih baik & kita semua mampu untuk terus kekal konsisten dalam melaksanakan ibadah & mendapat berkat dari bulan yang mulia ini. Harus diingat, puasa bukan sekadar tahan lapar & dahaga saja. 

Comments

  1. selamat menyambut ramadhan Syu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut Ramadhan juga K.Ret 😊💕

      Padam
  2. geng plastik hitam atau geng yakyakyeh heheheh

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!