Nisfu Syaaban Bulan Mustajab Doa

Mac 08, 2023

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Dalam tak sedar kita dah menjengah ke bulan Syaaban 2023/1444H ya kawan-kawan. Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk kita didatangi bulan Ramadhan. Pada yang belum ganti puasa tu, cepat-cepatlah ganti. Kalau tak ganti sebelum bertembung bulan Ramadhan depan, WAJIB bayar fidyah ya 😁. Jadi, selagi ada masa ni, usahakan ganti puasa yang masih belum berganti tu okey.



Bila masuk bulan Syaaban semestinya ingat Nisfu Syaaban kan? Kalau korang nak tahu, bulan Syaaban ni merupakan bulan yang tersangat istimewa untuk kita perbanyakkan amalan sebelum kita beralih ke bulan Ramadhan. Malah, bulan Syaaban ini juga antara bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah S.A.W. untuk berpuasa. Aisyah ada meriwayatkan bahawa :


كَانَ أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُومَهُ شَعْبَانَ، ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ


Maksudnya : Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa sunah adalah bulan Syaaban, kemudian beliau menyambungnya dengan puasa Ramadhan


[HR. Abu Daud : 2431 & Ibnu Majah : 1649]




Amalan bulan Syaaban


Berikut Syu ringkaskan amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada bulan Syaaban ni :

  • Perbanyakkan berselawat, berzikir serta istighfar
  • Berpuasa sunat - kecuali pada Hari Syak (30 Syaaban)
  • Amalkan membaca surah Yassin
  • Perbanyakkan amalan pada malam Nisfu Sya'aban - 15 Syaaban
  • Berdoa



Amalan malam nisfu Sya'aban


Nisfu Syaaban


Hidupkan bulan Syaaban terutamanya pada malam pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban) - pada hari ke-15 Sya'aban. Perbanyakkan amalan pada malam nisfu Syaaban. Kerana malam Nisfu Syaaban ini antara 5 malam yang dimustajabkan doa. Imam asy-Syafie berkata :



قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.


“Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaatmalam raya adhamalam raya fitrimalam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu syaaban.”



Hari malam Nisfu Syaaban bermula sebaik sahaja tibanya waktu Maghrib pada 14 haribulan Syaaban. Jadi ambillah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan & berdoa. Rasulullah S.AW. juga sangat menggalakkan bangun malam & berjaga serta beriktikaf sepanjang malam supaya kita boleh berkat dari malam tersebut. 



Doa bulan Sya'aban


Syaaban
KREDIT FOTO : Pinterest


اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ


Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Syaaban, maka sampaikan umur kami di bulan ramadhan ,dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka. 




-SALAM SYA'BAN & SELAMAT BERAMAL-

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!