Cara Pengambilan Ubat GTN (Glyceryl Trinitrate) Bila Terkena Serangan Jantung

April 07, 2023

Sakit & ketidakselesaan pada bahagian dada ni sebenarnya merupakan petanda awal kepada berlakunya serangan jantung. Ia boleh menyerang bila-bila masa. Baik lelaki mahupun pada wanita. Kebanyakan serangan jantung, mengakibatkan berlakunya ketidakselesaan pada bahagian tengah atau kiri dada. Keadaan ini akan berterusan selama lebih daripada beberapa minit. Antara tanda-tanda & simptom awal serangan jantung yang lain adalah :


  • Kesukaran untuk bernafas
  • Rasa sakit & tidak selesa pada bahagian rahang, leher, belakang badan, lengan & bahu
  • Pening & mual
  • Sakit kepala
  • Badan berasa lesu


Tanda-tanda & simptom awal serangan jantung adalah berbeza mengikut individu & jantina - KREDIT FOTO : cdc.gov


Sebagai langkah awal dalam mengawal & meredakan serangan tersebut adalah dengan mengambil ubat Glyceryl Trinitrate (GTN) ni. Ubat GTN ni boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan dengan harga serendah RM10/botol. Pada mereka yang ada sejarah sakit jantung, WAJIB ADA & spare ubat GTN ni sepanjang masa. Ubat ni kira penyelamat keadaan bila sakit dada melanda.


Botolnya kecil & mudah dibawa ke mana-mana 😁.



Cara pengambilan ubat GTN


Ubat GTN ini merupakan ubat sublingual. Bila sakit dada, ubat ni perlu diletakkan di bawah lidah & dikemam sehingga ubatnya cair bagi tujuan melegakan sakit dada (angina) akibat serangan jantung. Ia bertindak dengan cara mengembangkan salur darah supaya peredaran darah ke jantung menjadi lebih lancar & seterusnya membekal oksigen yang mencukupi pada otot jantung.


KREDIT FOTO : FB Duta Kenali Ubat Anda


Kenapa kena letak bawah lidah? Salah satu sebabnya, kawasan bawah lidah ni dikatakan mempunyai banyak bekalan salur darah & mampu mempercepatkan lagi proses penyerapan ubat. Paling maksimum, ubat GTN ni boleh dikonsum sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya sakit dada masih lagi berlanjutan selepas 3 kali pengambilan. Segera dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk dapatkan rawatan susulan.



Cara penyimpan yang betul


Cara penyimpanan ubat GTN ni mudah saja. Ia perlu disimpan dalam botol kaca yang gelap & berada pada suhu bilik. Jauh daripada cahaya, suhu panas & lembab. Selain itu :


  • Sentiasa tutup botol dengan ketat.
  • Simpan ubat ini dalam bekas asal.
  • Gunakan ubat ini dalam tempoh 8 minggu selepas dibuka.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.
  • Pulangkan ubat berlebihan/telah luput ke farmasi untuk dilupuskan.
  • Elakkan dari terkena cahaya matahari

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!