Hari tu, Syu pergi port buffet Ramadhan terbesar di daerah Manjung. Anjuran Kopee Paste Cafe & Resto. Memang meriah berbuka puasa dekat situ. Banyak betul barang pemakan. Sampai kenyang perut Syu dibuatnya 🤭.
BACA JUGA
➣ Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Manjung 2023
➣ Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
Honestly, sejak Syu menetap di Ipoh, agak lama juga tak singgah ke Kopee Paste ni sebenarnya. Alhamdulillah, Ramadhan 2023. Syu terima jemputan khas dari tuan tanah Kopee Paste sendiri. Terima kasih atas jemputan ya! Puas berbuka puasa dekat buffet Ramadhan Kopee Paste ni.
Nampak grand tempatnya 🥰. |
Untuk pengetahuan korang, lokasi buffet Ramadhan Kopee Paste kali ni sama macam tahun lepas. Iaitu di Town Hall Manjung. Datang berbuka puasa ke sini, tak payah runsing dah pasal tempat parking. Sebab ruang parking-nya luas. Masuk dalam Hall, jangan cakaplah. Cantik & nampak grand! Selesa & sejuk berhawa dingin juga 😁.
Menarik di Kopee Paste
Port opah kiter & port sengkak perut 🤤. |
Apa yang menariknya, ada lebih 130 jenis menu berbuka puasa disajikan di buffet Ramadhan Kopee Paste. Setiap station, berbeza-beza menunya. Ada :
- Port hirup mangkuk - Kerabu Maggie, oden & bihun sup utara
- Port giler crisp - Cucur, nugget, sosej, kentang, dll.
- Port opah kiter - Nasi & lauk pauk
- Port si comel - Snek untuk kanak, mascot
- Port sengkak perut
- Port basuh mulut - Kuih muih, sandwiches, aiskrim, dllm
- Port bakar line - Kambing & ayam grill, murtabak, ikan bakar, dll.
Macam-macam port ada! Selain tu, sambil-sambil korang berbuka puasa, ada diselitkan juga aktiviti selingan seperti cabutan bertuah & tazkirah. Untuk kanak-kanak pula, diorang berpeluang untuk berseronok & bergambar dengan mascot di Kids Corner.
Rambang mata tengok. Larat & larat masuk perut saja 😂. |
Main entrance ada live cooking - KREDIT FOTO : FB Kopee Paste |
Sedap ke buffet Ramadhan Kopee Paste?
Actually, masa bertandang ke sini hari tu. Syu tercari-cari juga menu apa yang tak sedap dekat buffet Ramadhan Kopee Paste ni 😅. Malangnya, tak ada menu yang tak sedap! Start dari main courses, side dishes sampailah ke pencuci mulut. Alhamdulillah, serba serbi sedap! Memang tak rugi Syu turun dari Ipoh jauh-jauh semata-mata nak perkenan buffet Ramadhan Kopee Paste.
Sedap-sedap belaka makanannya. |
Dekat buffet Ramadhan Kopee Paste ni, paling Syu suka kambing grill, kuih talam, murtabak korea & spaghetti ala istana (aglio olio & bolognese). Dia punya rasa, sampai ke hari ni Syu tak boleh move on tau. Encik suami pula asyik meratib kata 🗣️ - "Murtabaknya sedap. Murtabaknya sedap". Nampak gayanya kena repeat makan sini lagi 🤭.
Menu-menu penting semua Syu dah cuba. Cuma kerabu maggie, oden & bihun sup, Syu tak sempat nak merasa. Almaklumlah, dah kenyang sangat 😂. Ingat nak cekaulah sikit-sikit letak dalam pinggan. Serius Syu tak mampu. Sebab perut dah sengkak dengan makanan! 🤰
Dengar cerita, tahun lepas ramai yang kecewa tak dapat masuk buffet Ramadhan Kopeepaste. Jadi, Ramadhan tahun ni jangan lepaskan peluang. Untuk tempahan buffet Ramadhan Kopee Paste, korang boleh cari Kak Zatilalia kita. Serius! Tak rugi berbuka puasa dekat sini. Makan sedap. Tempat selesa. Ada ruangan solat & macam-macam lagi! Menyesal kalau tak datang berbuka puasa dekat sini 🤭.
Sebelum balik kita posing dulu 🤭. |
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!