Poskad Raya Comel Dari PoskadDanKamu

April 04, 2023

Actually, dah jarang dah orang hantar kad raya & poskad sekarang ni. Almaklumlah, zaman dah moden. Kad raya pun banyak dah digitalise-kan. Hantar guna hujung jari saja. Tak perlu bersetem berpos segala. Even duit raya pun sama. Pakai transfer saja guna QR Code. Tak gaduh nak masuk sampul raya. Cuma pada Syu, aura & kemanisan beraya tu tak sama dah macam dedulu.


Poskad raya
Cantik & simple poskadnya.


Hari ni Syu dapat sekeping poskad cantik dari PoskadDanKamu. Comel sangat poskadnya. Walaupun hanya sekeping kad kecil, togel tak bersampul. Pada Syu, ianya penuh dengan nostalgia & kenangan! Almaklumlah, kawan tak ramai 🤭. Bila dapat sekeping poskad macam ni, terubat rasa rindu dekat kawan-kawan yang nun jauh dimata. 


Poskad raya
Jadi makin cantik poskadnya bila tepek setem ikan laga 🤭. 


Dedulu, kad raya & poskad ni tanda simbolik keakraban kita dengan kawan-kawan. Tak kiralah kawan duduk jauh or duduk dekat sekalipun.  Bila nak dekat raya, mesti akan ada sesi balas membalas kad raya. Yang dekat depan mata, bagi by hand pun cukup. Yang duduk jauh, macam biasalah. Mesti kena pos.



Makin ramai kawan. Makin banyaklah dapat kad rayanya 😁. Once dah dapat kad raya or poskad, lepas habis baca bukan disimpan buat pekasam ya kadnya! Tapi, dibuat gantung dekat dinding rumah as perhiasan raya. Paling syok kalau dinding rumah, dinding kayu. Oh, rindunya! Rindu nak dapat kad raya banyak-banyak.


Poskad raya
Nak poskad raya cantik? Cari PoskadDanKamu 🥰


Comments

  1. cantik.... sesuai jadi kad raya jugak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan? Kalau berkenan boleh beli kat PoskadDanKamu. Murah jer. Servis menulis & pos pun ada sekali 🤭.

      Padam
  2. teringat zaman2 remaja dulu kan Syu bila dapat poskad/kad raya..time ni masing2 dah sibuk menulis&pergi pos..indahnya suasana dulu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Rindu betul suasana raya dedulu. Sekarang kurang dh orang pos-pos kad raya & poskad ni kan 😂?

      Padam
  3. Teringat zaman dahulu.. Suka menghantar kad ucapan raya pada sedara mara dan rakan taulan. Mengharap juga ada yang menghantar kad raya kepada saya. Kemudian, gantungkan kad raya di ranting pokok yang telah mati yang dijadikan hiasan di dalam rumah. Fuh, nostalgia betul.

    BalasPadam
  4. waahhhh cantiknya! dedulu mmg nostalgia wajib bertukar kad raya hehe

    BalasPadam
  5. dulu MA la juara kad raya paling banyak...seronok sgt.. but now..semuanya ecard je kan..

    comei2 kad nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok kan dapat banyak kad raya. Tapi, dapat banyak duit raya lagi syok 🤭
      Guna e-card mudah. Tak payah nak print & pos. Tapi feel dia tak sama 😅.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!