Mei 30, 2023
Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe
Cantiklah tempatnya. Suka tengok interior design kafe ni 🥰. |
Officemates Syu ada rekemen Syu makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Dengar cerita makanan dekat sini sedap-sedap belaka. Especially menu western-nya. Memandangkan encik suami ajak Syu makan dekat luar. Jadi, Syu suggest pada dia supaya makan dekat Nifayyi Warung & Kafe 🤭.
Lokasi kafe ni letaknya di Taman Fair Park, Ipoh. Tak jauh dah kalau korang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) nun. Depan sikit Restoran Nasi Kandar Pelita, dah boleh nampak dah kafenya - Sebelah kanan jalan 😁.
BACA JUGA
➣ Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu
➣Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab
View dari atas pun cantik 😍 |
Sejujurnya, memang best makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Tempatnya cantik & ada banyak pilihan makanan - Tak tahu nak rekemenkan menu yang mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka 🤭. Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kira berbaloilah dengan harga 😁.
Syu punya Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio 🤤. |
Encik suami pesan yang ini. Cheesy Mushroom Chicken Chop 🤤 |
Instead of korang datang walk-in, sebaiknya korang buat reservation awal terlebih dahulu. Sebab kafe ni memang memanjang ramai orang - Keluar segerombolan, masuk pun segerombolan 😂. Tambah waktu tengahari & makan malam. Kalau gigih nak walk-in juga, kenalah tunggu ada meja kosong baru korang boleh takes turn macam Syu semalam 😅.
Mei 28, 2023
Berdamai Dengan Alam Di Pantai Teluk Senangin
Lama tak datang Teluk Senangin. Hari ni singgah sana lepak-lepak & berdamai dengan alam sekejap - Tapi, kena bergaduh dengan monyet sebab diaorang suka curi makanan 😂. Nama pun hujung minggu kan 🥰. Masa inilah nak healing time pun.
Rasa macam dekat oversea pun ada 🤭. |
Tak dengan dengan ahli keluarga, seorang diri pun jadilah. Asalkan ada masa untuk beriadah & tenang-tenangkan diri. Apa-apa pun, have a nice weekend y'all. Jangan lupa, esok dah kena masuk kerja! 😂
Ini kalau dapat dekat budak ekor panjang 🐒 tu memang tak selamat!😅 |
Mei 27, 2023
Asas Ilmu Hutan Yang Wajib Korang Tahu
Tak kiralah samada korang pergi berkhemah, hiking atau jungle trekking sekali pun. Nak masuk hutan mesti kena ada ilmu. Paling kurang upahlah guider berpengalaman yang boleh guide korang supaya korang boleh elakkan risiko sesat dalam hutan. Berikut Syu kongsikan sedikit perkongsian dari Segamat Outdoor World pasal ilmu hutan yang wajib korang tahu. Semoga bermanfaat 😉💕.
KREDIT FOTO : Freepik |
1. Lumut taik kera
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala-ala benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut tahi kera.
KREDIT FOTO : Umpan.com.my |
Bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.
2. Ular tedung
Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama
Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.
4. Harimau
KREDIT FOTO : Libur.com |
Kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.
6. Kepala air
Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naiklah tu - belajar dengan kaki pancing.
KREDIT FOTO : Libur.com |
Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan dekat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bahagian bawah air lagi laju dari arus bahagian atas.
Lepas itu, akan ada daun hanyut, kemudian barulah akan ada perubahan warna air dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja. Dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa. Dari jauh lagi dah boleh dengar.
8. Nak masak air?
KREDIT FOTO : Whatsdannydoing.com |
Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.
9. Binatang besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.
10. Lebihan makanan/sisa
Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.
11. Selesaikan semua sebelum jam 5
Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.
12. Sunyi sepi
Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - Orang asli.
Teringat masa pergi hiking gunung Irau & Siku dekat Cameroon Highlands dulu-dulu. Guider Syu pun pernah mentioned pasal benda ni juga.
13. Pasang khemah
KREDIT FOTO : Mega Genset Malaysia |
1. Cari kanopi yang masih hijau.
Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air.
Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dll. Itu tandanya air selalu naik dekat kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Elakkan berkhemah di dalam laluan denai
Tentukan laluan/denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.
4. Lantai tapak khemah kena bersih
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting-ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun. Jadi, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll. tu kurang sikit. Dah ready, barulah boleh tabur karbaid warna kuning tu.
5. Khemah menghadap unggun api
Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu.
Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.
Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Mei 24, 2023
Shiha Cendol & Laksa Padu
Rindu nak makan laksa & cendol dekat Shiha Cendol & Laksa. Tiap-tiap minggu Syu WhatsApp tuan empunya kedai, tanya bila nak buka. Sampai dah habis rayalah kedainya tutup. Baru hari ini kedainya mula beroperasi 😅.
Bila ditanya, tauke kedai cakap dia terima banyak tempahan katering. Jadi, tak hairanlah kalau kedainya memanjang saja tutup 😂. Almaklumlah, banyak permintaan.
Lagipun cendol & laksa Shiha ni memang sedap & padu👍🏻. Banyak kali ulang makan dekat sini pun tak jemu. Tambah-tambah hantu laksa macam Syu ni 😁.
Cendol & laksanya memang padu 🥰. |
Kalau ikutkan, hari ni Syu plan nak lepak makan Laksa Sarang dekat Taman Botani nun. Tapi, memandangkan semalam tuan empunya Shiha Cendol & Laksa WhatsApp bagitahu yang kedainya buka hari ni. Maka masa lunch break tadi, berjemaahlah Syu & offimates Syu makan dekat sini. Puas gila rasa 🤪!
Innalillah & Al-Fatihah Buat Pak Ngah Hamdi
Semalam terpaksa kerja setengah hari sebab ada ada terima khabar duka dari sepupu belah suami Syu. Lepas Zohor terus kami berdua laki bini gerak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Alhamdulillah, sempatlah jumpa arwah buat kali terakhir di wad paliatif. Tapi, malangnya masa tu arwah dah tak sedarkan diri lagi & hanya bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.
Sayu sangat bila masuk wad paliatif ni tadi. Masa ni arwah dah tak sedarkan diri dah 🥲. |
Lepas asar dalam jam 5.44 petang, kami dapat perkhabaran sekali lagi yang Pak Ngah Hamdi dah tak ada 😔. Innalillah.
Pengurusan jenazah semua diuruskan oleh pihak HRPB. |
Apa-apapun takziah diucapkan buat adik Cu Na sekeluarga. Semoga adik kuat & sabar menerima ujian ni 😔. Al-Fatihah juga buat arwah Pak Ngah Hamdi. Semoga tenang & dipermudahkan urusan di sana.
Mei 16, 2023
Karnival Sama-sama Raya Di Botani Village
Ini alkisah Sabtu hari tu. Lepas habis kerja tak tahu nak ke mana. Husband pula kena kerja. Jadi, tak adalah kawan bersembang dekat rumah. Memandangkan Syu tak ada apa-apa agenda. Jadi, Syu pergi luangkan masa ke karnival Sama-sama Raya di Botani Village 😁. Bukan apa, saja nak tengok best ke tidak karnivalnya. Dengar cerita ada bermacam-macam aktiviti dianjurkan di karnival Sama-sama Raya tu.
KREDIT FOTO : FB Sama-sama |
Jadi, selesai solat maghrib Syu pun pergilah ke Botani Village nun. Ingat tak ramai pengunjung. Sampai sana, parking dekat dalam semuanya penuh! Sampai ke jalan keluar orang parked kereta. Tak sangka. Meriah & dapat sambutan juga karnival ni rupa-rupanya 😂.
Cari punya cari, alhamdulillah dapatlah satu parking spot yang paling baik punya. Lokasinya betul-betul dekat pintu belakang nak masuk karnival. Rezeki Syu! Tak payah nak menapak jauh-jauh 🤭. Jom, Syu belanja gambar Syu masa pergi karnival hari tu! Tak sia-sia pergi. Best! 👏🏻
Ada banyak port cuci mata 🤩. |
Booth kraftangan bersusun! Macam-macam diaorang jual. Rambang mata tengok 😅. |
Halwa telinga sambil jalan-jalan cuci mata 😌. |
Malas nak jalan-jalan, boleh duduk dekat sini tengok cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee 🥰. |
Persembahan yang sangat menarik dari pelbagai kaum 🥰. |
Penuh dengan pengunjung kome!😁 |
Banyak booth untuk di singgah sebenarnya. Rajin dengan tak rajin saja 😂. |
Ada demo produk kraftangan & makanan. Free sample pun ada! 🤭 |
Anak-anak pun boleh join buat aktiviti juga 😁. |
Pertandingan mewarna pun ada! 🎨 |
Antara yang sempat disambar untuk buat kenang-kenangan. Comel kan? 🤪. |
Mei 15, 2023
Ipoh Panas Kome!
Beberapa hari lepas ada terbaca dekat website Awani. Katanya Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran cuaca panas tahap satu (Berjaga-jaga) di tujuh buah negeri.
And bad news ! Negeri Perak antara yang tersenarai juga 🥲! No wonder pasang aircond kuat dalam kereta pun tak terasa. Ingatkan nak kena tambah gas lagi. Padahal, memang cuaca sekarang ni yang sangat menguji jiwa & raga.
Dah switch on aircond pun masih terasa bahang nya kome 🥵 |
Hari-hari ketibaslah jawabnya 🥵. Bukan kaleng-kaleng permainan cuaca kali ni. Panas! Terik! Berbahang! Semua ada. Sampai ke malam meleret nya - Air tangki pun panas kome!
Bila diuji kepanasan macam ni, automatik teringat dekat Padang Mahsyar. Masa tu nanti jarak matahari cuma 1 mil saja dari ubun-ubun kepala 🥲. Sejauh mana 1 mil tu wallahuaklam. Syu sendiri pun tak tahu.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Sulaim bin Amir, daripada al-Miqdad bin Amr bin al-Aswad RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ. قَالَ سَلِيمُ بْنُ عَامِرٍ : فَوَاللهِ مَا أَدْرِي مَا يَعْنِي بِالْمِيلِ، أَمَسَافَةَ الْأَرْضِ أَمِ الْمِيلَ الَّذِي تُكْتَحَلُ بِهِ الْعَيْنُ. قَالَ: فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ، فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ، وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا. قَالَ: وَأَشَارَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ
Pada hari kiamat, matahari didekatkan jaraknya terhadap makhluk sehingga tinggal sejauh satu mil.” Sulaim bin Amir berkata: “Demi Allah, aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mil. Apakah ukuran jarak perjalanan, atau alat yang dipakai untuk bercelak mata.” Rasulullah SAW bersabda: “Manusia itu akan berada di dalam peluh mengikut tahap amalan mereka. Ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke tumit, ada di antaranya juga yang peluhnya sehingga ke lutut, ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke pinggang dan ada yang tenggelam di dalam peluhnya. Al-Miqdad berkata lagi bahawa Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangan Baginda SAW ke mulutnya.
Apa-apa pun. Nasihat Syu, please stay hydrated ya kawan-kawan. Kurangkan aktiviti luar & banyakkan minum air. Guna payung & pakailah topi supaya panas terik matahari tu tak direct kena dekat korang. Maklumat lanjut berkenaan cuaca semasa di Malaysia korang boleh rujuk di lama web METMalaysia.
Mei 14, 2023
Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis
Buah ciku memang buah favourite Syu! Tapi, susah betul nak jumpa buahnya bila duduk dekat pekan Ipoh ni 😂. Dulu masa kecil-kecil, rajin juga petik & peram buah ni masa duduk rumah arwah tok. Sampai penuhlah tempayan beras arwah dibuatnya 🤣. Tapi, sekarang pokok cikunya dah tak ada. Dah lama mati sebab kena penyakit 🥲.
Nak dijadikan cerita. Hari tu singgah beraya rumah kawan mak dekat Batak Rabit Teluk Intan. Lepas habis makan-makan, dibawanya kami pusing keliling rumah tengok kebun sambil kutip oleh-oleh untuk dibawa balik - Dapatlah bawa balik buah mempelam & ciku sikit buat merasa 🤪.
Besar & keras macam batu buah cikunya 😅. |
Actually, buah mempelamnya dah selamat dah masuk perut 🤭. Cuma buah cikunya kena ambil masa sikit sebab nak kena peram bagai😅. Nama pun ciku kan? Lepas dipetik bukannya boleh terus dimakan pun. Nak dapat yang masak atas pokok memang payah. Belum sempat ambil dah bedebab jatuh ke tanah 🤣.
Cara bersihkan buah ciku
Sebelum diperam, buah cikunya mesti dibasuh bersih & dikeringkan terlebih dahulu. Kulit luarnya tu perlu digosok sedikit hingga tekstur berpasir tu hilang - Tak buang semua pun tak apa. Biasanya, orang tua-tua dulu akan genyeh guna sabut kelapa. Tapi, Syu basuh & genyeh ala kadar saja. Asalkan kulitnya bersih & getah cikunya hilang 😁.
Genyeh sampai nampak kulit hijau - KREDIT FOTO : SuteraUnggu87 |
Lepas dibasuh. Biarkan buah cikunya kering sekejap - Nak cepat jemur bawah matahari 🌤️. Cepat buah cikunya kering. Bila dah betul-betul kering barulah kita boleh start proses peram buah Cikunya pula.
Peram ciku dalam bekas beras is the best!
Ada banyak cara peram buah ciku ni sebenarnya. Tapi, cara yang paling famous & terbaik semestinya peram buah ciku dalam bekas berisi beras. Kenapa beras? Syu sendiri pun tak ada jawapanya 🤭. Lagipun, memang dari dulu lagi Syu guna cara ni juga untuk peram ciku masa kecil-kecil dulu.
Bila tok dah ajar macam tu, kita pun ikut sajalah. Yang penting, basuh bersih & dikeringkan dahulu buah cikunya sebelum diperam di dalam bekas beras. Dalam 3-4 hari masaklah buah cikunya - Bergantung pada saiz buah. Nak guna cara bungkus dalam kertas surat khabar atau guna kapur pun boleh juga. Asalkan cikunya diperam di tempat yang kering.
Peram ciku dalam beras antara cara terbaik untuk bagi ciku cepat masak 👍🏻. |
Yang pasti bila di peram dalam beras, cikunya elok masak & manis. Cuma yang tak bagusnya, bila korang terlupa yang korang ada peram ciku dalam bekas beras 😅. Bila terlupa, faham-faham sajalah. Alamat membusuklah kawan tu sekali dengan beras korang 😂.
Tak bagus peram guna kabat
Inilah hasilnya selepas di peram dalam bekas beras. Manis & elok sekata masaknya 😋. |
Sebagai peringatan. Elakkan peram buah ciku guna kabat (Calcium carbide)! Gas dari kabat tu merbahaya! Lebih baik biarkan buah ciku masak secara semulajadi tanpa pengaruh bahan-bahan kimia macam ini - Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat (Malaysia Kini)
Tak berapa elok untuk kesihatan sebenarnya. Memang tak dinafikan buah cikunya cepat masak. Tapi, buah cikunya jadi contaminated & tak berapa selamat untuk dimakan - Kalau rasa diri tu kebal tak mengapa. Silakan 😂.
Dia punya manis tu sampai boleh buat kita auto throwback zaman kanak-kanak dulu 😌. |
Mei 09, 2023
Attend Kenduri Kahwin Officemates Berbangsa India
Jarang sebenarnya Syu dapat jemputan kahwin dari kawan non-muslim🤭. Seumur hidup Syu, baru ini kali pertama Syu dapat jemputan kahwin dari kawan berbangsa India yang ada hidangkan makanan halal khas untuk tetamu jemputan.
Tahniah buat kedua pengantin 🥰! |
Bila dah dijemput, rasa macam tak syoklah pula kalau tak pergi kan. Lagipun, mak pengantin & pengantin perempuan dua-dua offimates Syu. Masing-masing dah kenal rapat satu sama lain 😅. Tambah-tambah Kak Chitra (Mak pengantin perempuan).
Bukan selalu pun Syu dapat undangan majlis kahwin kaum India ni. Alang-alang dah ada peluang, kita join sekali dengan kawan-kawan berbangsa lain. Baru meriah & muhibbah! bila Melayu, Cina & India boleh duduk kumpul lepak santai satu meja 🤪.
Tahniah Kak Chitra! Dah dapat menantu 🥰. |
Gambar candid katanya. Tapi, yang dekat depan tu dah kenapa ya? 🤣 |
Antara officemates yang hadir malam tadi 😁. |
Seronok juga attend wedding kaum India ni sebenarnya. Makan sedap - Ayam masak masalanya padu🤭. Paling syok bila tengok diaorang yang perempuan-perempuan pakai sari. Meriah gila warna - Masa inilah nak tengok kawan-kawan India lain pakai sari cantik-cantik pun sebenarnya 😁.
Wefie sikit! 📸🤪 |
🤪📸 Wefie dengan encik suami pula. |
Makan time 🍽️! |
Nasi minyak, kari kambing, ayam masak masala, sayur campur & dalca 😋 |
Mei 07, 2023
Rayakan Sebulan 🤪!
Baru ini dapat ambil gambar raya dengan encik suami tau. Almaklumlah, dia tak dapat cuti masa hari raya hari tu. Jadi, berayalah kita sengsorang dekat kampung 🥲.
Memandangkan raya sebulan. Paksa juga encik suami bergambar raya. Tak peduli! Janji ada gambar raya bersama 🤪. So, kita simpan sini buat kenangan. Selamat Hari Raya & selamat berhujung minggu 🥰!
Tak kisah baju tak sedondon. Janji ada gambar raya 😁. |
Selamat Hari Raya! Rayakan sebulan 🤭. |
For mak cik bawang. Yes, kitaorang masih lagi berdua 🤪! |
Seorang mendongak. Seorang lagi membongak 🤣! Eloklah sangat. |
Teruskan beraya! Tak cukup. Sambung raya haji nanti 😁. |
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2023
(110)
-
▼
Mei
(17)
- Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe
- Berdamai Dengan Alam Di Pantai Teluk Senangin
- Asas Ilmu Hutan Yang Wajib Korang Tahu
- Shiha Cendol & Laksa Padu
- Innalillah & Al-Fatihah Buat Pak Ngah Hamdi
- Karnival Sama-sama Raya Di Botani Village
- Happy Teacher's Day 2023
- Ipoh Panas Kome!
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata ...
- Attend Kenduri Kahwin Officemates Berbangsa India
- Rayakan Sebulan 🤪!
- Majalah Gila-gila Edisi Raya
- Happy Birthday Boss!
- Life is Beautiful Giveaway By Mummy Ayu
- Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu!👍🏻
- Sarah Deris Dah Balik Kolej! Sunyi Rasa 🥲
- Petua Popia Simpul Kasih Rangup & Tak Serap Minyak
-
▼
Mei
(17)