Asas Ilmu Hutan Yang Wajib Korang Tahu

Mei 27, 2023

Tak kiralah samada korang pergi berkhemah, hiking atau jungle trekking sekali pun. Nak masuk hutan mesti kena ada ilmu. Paling kurang upahlah guider berpengalaman yang boleh guide korang supaya korang boleh elakkan risiko sesat dalam hutan. Berikut Syu kongsikan sedikit perkongsian dari Segamat Outdoor World pasal ilmu hutan yang wajib korang tahu. Semoga bermanfaat 😉💕. 


KREDIT FOTO : Freepik


1. Lumut taik kera


Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala-ala benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut tahi kera.


KREDIT FOTO : Umpan.com.my


Bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.



2. Ular tedung


Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.



3. Kera / lutong dan spesis yg sama


Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.



4. Harimau


Harimau
KREDIT FOTO : Libur.com


Kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.



5. Beruang madu


Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.



6. Kepala air


Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naiklah tu - belajar dengan kaki pancing.


Sungai
KREDIT FOTO : Libur.com


Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan dekat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bahagian bawah air lagi laju dari arus bahagian atas.


Lepas itu, akan ada daun hanyut, kemudian barulah akan ada perubahan warna air dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja. Dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa. Dari jauh lagi dah boleh dengar.



8. Nak masak air?


Cooking water
KREDIT FOTO : Whatsdannydoing.com


Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.



9. Binatang besar


Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera  buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.



10. Lebihan makanan/sisa


Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.



11. Selesaikan semua sebelum jam 5 


Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.



12. Sunyi sepi


Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - Orang asli.


Teringat masa pergi hiking gunung Irau & Siku dekat Cameroon Highlands dulu-dulu. Guider Syu pun pernah mentioned pasal benda ni juga.



13. Pasang khemah


Camping
KREDIT FOTO : Mega Genset Malaysia


1. Cari kanopi yang masih hijau.


Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.


2. Ketinggian dari paras air.


Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dll. Itu tandanya air selalu naik dekat kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.


3. Elakkan berkhemah di dalam laluan denai


Tentukan laluan/denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.



4. Lantai tapak khemah kena bersih


Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting-ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun. Jadi, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll. tu kurang sikit. Dah ready, barulah boleh tabur karbaid warna kuning tu.


5. Khemah menghadap unggun api


Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu.


Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.


Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Comments

  1. Ilmu yang penting bagi mereka yang suka berkhemah di hutan.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!