Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis

Mei 14, 2023

Buah ciku memang buah favourite Syu! Tapi, susah betul nak jumpa buahnya bila duduk dekat pekan Ipoh ni 😂. Dulu masa kecil-kecil, rajin juga petik & peram buah ni masa duduk rumah arwah tok. Sampai penuhlah tempayan beras arwah dibuatnya ðŸĪĢ. Tapi, sekarang pokok cikunya dah tak ada. Dah lama mati sebab kena penyakit ðŸĨē.



Nak dijadikan cerita. Hari tu singgah beraya rumah kawan mak dekat Batak Rabit Teluk Intan. Lepas habis makan-makan, dibawanya kami pusing keliling rumah tengok kebun sambil kutip oleh-oleh untuk dibawa balik - Dapatlah bawa balik buah mempelam & ciku sikit buat merasa ðŸĪŠ. 


Peram ciku
Besar & keras macam batu buah cikunya 😅. 


Actually, buah mempelamnya dah selamat dah masuk perut ðŸĪ­. Cuma buah cikunya kena ambil masa sikit sebab nak kena peram bagai😅. Nama pun ciku kan? Lepas dipetik bukannya boleh terus dimakan pun. Nak dapat yang masak atas pokok memang payah. Belum sempat ambil dah bedebab jatuh ke tanah ðŸĪĢ. 


Cara bersihkan buah ciku


Sebelum diperam, buah cikunya mesti dibasuh bersih & dikeringkan terlebih dahulu. Kulit luarnya tu perlu digosok sedikit hingga tekstur berpasir tu hilang - Tak buang semua pun tak apa. Biasanya, orang tua-tua dulu akan genyeh guna sabut kelapa. Tapi, Syu basuh & genyeh ala kadar saja. Asalkan kulitnya bersih & getah cikunya hilang 😁. 


Genyeh sampai nampak kulit hijau - KREDIT FOTO : SuteraUnggu87


Lepas dibasuh. Biarkan buah cikunya kering sekejap - Nak cepat jemur bawah matahari ðŸŒĪ️. Cepat buah cikunya kering. Bila dah betul-betul kering barulah kita boleh start proses peram buah Cikunya pula.



Peram ciku dalam bekas beras is the best! 


Ada banyak cara peram buah ciku ni sebenarnya. Tapi, cara yang paling famous & terbaik semestinya peram buah ciku dalam bekas berisi beras. Kenapa beras? Syu sendiri pun tak ada jawapanya ðŸĪ­. Lagipun, memang dari dulu lagi Syu guna cara ni juga untuk peram ciku masa kecil-kecil dulu.



Bila tok dah ajar macam tu, kita pun ikut sajalah. Yang penting, basuh bersih & dikeringkan dahulu buah cikunya sebelum diperam di dalam bekas beras.  Dalam 3-4 hari masaklah buah cikunya - Bergantung pada saiz buah. Nak guna cara bungkus dalam kertas surat khabar atau guna kapur pun boleh juga. Asalkan cikunya diperam di tempat yang kering.


Peram ciku
Peram ciku dalam beras antara cara terbaik untuk bagi ciku cepat masak 👍ðŸŧ. 


Yang pasti bila di peram dalam beras, cikunya elok masak & manis. Cuma yang tak bagusnya, bila korang terlupa yang korang ada peram ciku dalam bekas beras 😅. Bila terlupa, faham-faham sajalah. Alamat membusuklah kawan tu sekali dengan beras korang 😂. 



Tak bagus peram guna kabat


Peram ciku
Inilah hasilnya selepas di peram dalam bekas beras. Manis & elok sekata masaknya 😋. 


Sebagai peringatan. Elakkan peram buah ciku guna kabat (Calcium carbide)! Gas dari kabat tu merbahaya! Lebih baik biarkan buah ciku masak secara semulajadi tanpa pengaruh bahan-bahan kimia macam ini - Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat (Malaysia Kini) 



Tak berapa elok untuk kesihatan sebenarnya. Memang tak dinafikan buah cikunya cepat masak. Tapi, buah cikunya jadi contaminated & tak berapa selamat untuk dimakan - Kalau rasa diri tu kebal tak mengapa. Silakan ðŸ˜‚.


Peram ciku
Dia punya manis tu sampai boleh buat kita auto throwback zaman kanak-kanak dulu 😌.


Comments

  1. Masa kecil dulu selalu bantu emak dan ayah petik buah cikgu di pokok sekeliling rumah. Bersihkan dengan sabut kelapa, jemur dan kemudian emak bungkus dengan kain masukkan dalam tin besar. Dua tiga hari kemudian buka. Masak ranum semuanya.

    BalasPadam
  2. ammi pun suka cikgu...dulu masa kecik kalau balik kampung di Banting memang selalu je aim cikgu kat rumah yang kitorang gi mengaji tu. Siap tanya.."wak ciku kat pokok tu sebiji berapa sen?"...padahal dalam hati nak tunggu je wak tu cakap percuma ahaksss

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!