Beberapa hari lepas ada terbaca dekat website Awani. Katanya Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran cuaca panas tahap satu (Berjaga-jaga) di tujuh buah negeri.
And bad news ! Negeri Perak antara yang tersenarai juga ðĨē! No wonder pasang aircond kuat dalam kereta pun tak terasa. Ingatkan nak kena tambah gas lagi. Padahal, memang cuaca sekarang ni yang sangat menguji jiwa & raga.
Dah switch on aircond pun masih terasa bahang nya kome ðĨĩ |
Hari-hari ketibaslah jawabnya ðĨĩ. Bukan kaleng-kaleng permainan cuaca kali ni. Panas! Terik! Berbahang! Semua ada. Sampai ke malam meleret nya - Air tangki pun panas kome!
Bila diuji kepanasan macam ni, automatik teringat dekat Padang Mahsyar. Masa tu nanti jarak matahari cuma 1 mil saja dari ubun-ubun kepala ðĨē. Sejauh mana 1 mil tu wallahuaklam. Syu sendiri pun tak tahu.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Sulaim bin Amir, daripada al-Miqdad bin Amr bin al-Aswad RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
ØŠُØŊْŲَŲ اŲØīَّŲ ْØģُ ŲَŲْŲ َ اŲْŲِŲَاŲ َØĐِ Ų ِŲَ اŲْØŪَŲْŲِ ØَØŠَّŲ ØŠَŲُŲŲَ Ų ِŲْŲُŲ ْ ŲَŲ ِŲْØŊَØ§Øąِ Ų ِŲŲٍ. ŲَاŲَ ØģَŲِŲŲ ُ ØĻْŲُ ØđَاŲ ِØąٍ : ŲَŲَاŲŲŲِ Ų َا ØĢَØŊْØąِŲ Ų َا ŲَØđْŲِŲ ØĻِاŲْŲ ِŲŲِ، ØĢَŲ َØģَاŲَØĐَ اŲْØĢَØąْØķِ ØĢَŲ ِ اŲْŲ ِŲŲَ اŲَّØ°ِŲ ØŠُŲْØŠَØَŲُ ØĻِŲِ اŲْØđَŲْŲُ. ŲَاŲَ: ŲَŲَŲُŲŲُ اŲŲَّاØģُ ØđَŲَŲ ŲَØŊْØąِ ØĢَØđْŲ َاŲِŲِŲ ْ ŲِŲ اŲْØđَØąَŲِ، ŲَŲ ِŲْŲُŲ ْ Ų َŲْ ŲَŲُŲŲُ ØĨِŲَŲ ŲَØđْØĻَŲْŲِ، ŲَŲ ِŲْŲُŲ ْ Ų َŲْ ŲَŲُŲŲُ ØĨِŲَŲ ØąُŲْØĻَØŠَŲْŲِ، ŲَŲ ِŲْŲُŲ ْ Ų َŲْ ŲَŲُŲŲُ ØĨِŲَŲ ØَŲْŲَŲْŲِ، ŲَŲ ِŲْŲُŲ ْ Ų َŲْ ŲُŲْØŽِŲ ُŲُ اŲْØđَØąَŲُ ØĨِŲْØŽَاŲ ًا. ŲَاŲَ: ŲَØĢَØīَØ§Øąَ ØąَØģُŲŲُ اŲŲŲِ ØĩَŲَّŲ اŲŲŲُ ØđَŲَŲْŲِ ŲَØģَŲَّŲ َ ØĻِŲَØŊِŲِ ØĨِŲَŲ ŲِŲŲِ
Pada hari kiamat, matahari didekatkan jaraknya terhadap makhluk sehingga tinggal sejauh satu mil.” Sulaim bin Amir berkata: “Demi Allah, aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mil. Apakah ukuran jarak perjalanan, atau alat yang dipakai untuk bercelak mata.” Rasulullah SAW bersabda: “Manusia itu akan berada di dalam peluh mengikut tahap amalan mereka. Ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke tumit, ada di antaranya juga yang peluhnya sehingga ke lutut, ada di antaranya yang peluhnya sehingga ke pinggang dan ada yang tenggelam di dalam peluhnya. Al-Miqdad berkata lagi bahawa Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangan Baginda SAW ke mulutnya.
Apa-apa pun. Nasihat Syu, please stay hydrated ya kawan-kawan. Kurangkan aktiviti luar & banyakkan minum air. Guna payung & pakailah topi supaya panas terik matahari tu tak direct kena dekat korang. Maklumat lanjut berkenaan cuaca semasa di Malaysia korang boleh rujuk di lama web METMalaysia.
ketibas boleh layan...kalau ketibus jenuh wei
BalasPadam