Majalah Gila-gila Edisi Raya

Mei 07, 2023

Bila baca majalah Gila-gila ni, auto teringat masa zaman duduk Felda Sg. Tengi dulu. Pejam celik dah 45 tahun dah umur majalah ni 🤭. Tua "dia" lagi dari kita. Lama juga tak baca majalah Gila-gila ni sebenarnya. Syu pun tak ingat bila last Syu pegang & baca majalah ni 😂.


Majalah gila-gila
Majalah Gila-gila ni antara hiburan kanak-kanak & remaja zaman 90-an dedulu. 


Masa zaman 90-an dulu, majalah Gila-gila inilah yang selalu jadi tatapan Syu. Punya sanggup stay rumah pak sedara lama-lama, semata-mata nak layan majalah Gila-gila, Ujang, Mangga & Mastika segala. Almaklumlah, anak-anak dia memang suka membeli & simpan buat koleksi. Jadi, kita pun tumpanglah sekaki baca sekali 🤭.



Kita nak beli tak mampu. Sebab belanja sekolah dedulu mak bagi cuma 5 kupang (50 sen) saja sehari  - Macam-macam boleh beli dengan duit 5 kupang tu dulu tau sebenarnya 😂. Kalau Syu beli majalah Gila-gila, alamat tak dapat makanlah dekat sekolah. 


Majalah gila-gila
Kita nampak Uncle Gedek kita tengah sibuk mengacau dodol dekat belakang nun 🤭. 


Jadi, nak merasa baca majalah Gila-gila ni Syu kena pergi ke rumah Pak Long Syu. Jimat duit baca dekat sana 🤭! - Sekarang dah kerja. Boleh beli sendiri dah majalahnya 😁. 

Comments

  1. dulu time budak2 ayah rajin juga beli majalah ni, kita pun tumpang baca sekali..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah ayah ada beli. Ayah kita dulu memanjang layan Utusan dengan Harakah 🤣. Boleh baca pun Senyum Kambing jer 😂.

      Padam
  2. Keh keh keh.... kacau dodol dalam khayalan je tu! Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kih3 🤭
      Entah kurun bilalah siap dodolnya tu agaknya kalau cenggitu 🤣

      Padam
  3. Naim still beli Majalah GIla-Gila. support walhal industri kartun makin malap. Selamat 45 TAHUN gILA-GILA :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kartun style macam Gila-gila ni dah makin kurang kan Naim. Akk perasan, kartun Malaysia kita banyak dah upgrade jadi macam kartun ala-ala Jepun & Disney.
      Harap Gila-gila terus berkekalan & ada pelapisnya 🥰.

      Padam
  4. gila2 & ujang... fav magazine arwah suami MA... MA dulu suka baca majalah remaja, pas tu bila dah kawin Pa & MA..dah 2 org anak..baca EH plak..now baca novel je la sesekali. yg hari2..baca blog... :-)

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!