Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe

Mei 30, 2023


Nifayyi Warung & Kafe
Cantiklah tempatnya. Suka tengok interior design kafe ni 🥰


Officemates Syu ada rekemen Syu makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Dengar cerita makanan dekat sini sedap-sedap belaka. Especially menu western-nya. Memandangkan encik suami ajak Syu makan dekat luar. Jadi, Syu suggest pada dia supaya makan dekat Nifayyi Warung & Kafe 🤭.



Lokasi kafe ni letaknya di Taman Fair Park, Ipoh. Tak jauh dah kalau korang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) nun. Depan sikit Restoran Nasi Kandar Pelita, dah boleh nampak dah kafenya - Sebelah kanan jalan 😁.


BACA JUGA

➣ Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu 

Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab

➣ MP BBQ Steamboat


Nifayyi Warung & Kafe
View dari atas pun cantik 😍


Nifayyi Warung & Kafe


Sejujurnya, memang best makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Tempatnya cantik & ada banyak pilihan makanan - Tak tahu nak rekemenkan menu yang mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka 🤭. Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kira berbaloilah dengan harga 😁.


Nifayyi Warung & Kafe
Syu punya Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio 🤤. 


Nifayyi Warung & Kafe
Encik suami pesan yang ini. Cheesy Mushroom Chicken Chop 🤤


Instead of korang datang walk-in, sebaiknya korang buat reservation awal terlebih dahulu. Sebab kafe ni memang memanjang ramai orang - Keluar segerombolan, masuk pun segerombolan 😂. Tambah waktu tengahari & makan malam. Kalau gigih nak walk-in juga, kenalah tunggu ada meja kosong baru korang boleh takes turn macam Syu semalam 😅.

Comments

  1. sedap semua nya, restorennya pun elok cantik

    BalasPadam
  2. Makanan nampak sedap, cafe dia pon cantik

    BalasPadam
  3. sekarang ni cafe2 modern ni merecup bagai cendawan lps hujan kan. kena tgk menu sapa lagi sedap.

    BalasPadam
  4. Nmpk eksklusif je.. kalau org ramai tu mst sedaplah ertinya tu

    BalasPadam
  5. Besar portion-nya. Nampak sangat sedap. Oh, Syu orang Ipoh ye. Salam kenal ye, saya Nur, orang Lumut. Saya follow Syu. :)

    BalasPadam
  6. meriahnyaaa dia punya sos

    BalasPadam
  7. lampu lampu tu yg buat resto ni nampak wowww sy suka resto mcm ni lepak lama2 pun x pe😂

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!