Petua Popia Simpul Kasih Rangup & Tak Serap Minyak

Mei 01, 2023

Buat Popia Simpul Kasih ni senang saja sebenarnya. Cuma yang jadi susah tu bila dapat kulit popia yang tak reti nak bagi kerjasama. Memanjang saja nak koyak bila disimpul. Lepas tu jadi cepat kering bila kena angin. Memang menguji kesabaran betul. Boleh hilang terus rasa kasih nak menyimpul tau 😌!


Popia simpul kasih
Bercinta nak menyimpul 😂. 


Bahan utama nak buat Simpul Kasih ni ada dua saja. Kulit popia & serunding. Serunding pula ada macam-macam jenis. Serunding daging, ayam & ikan. Terpulang pada citarasa korang nak pakai inti mana. Kalau Syu, Syu guna Chicken Floss saja buat Popiah Simpul Kasih. Murah sikit! Sedap pun sedap 😁. 



Tips Popia Simpul  Kasih Rangup & Tak Serap Minyak


Popia Simpul Kasih yang kurang rangup & berminyak memang tak best bila dimakan. Jom Syu share macam mana Syu buat Popia Simpul Kasih yang rangup & tak serap minyak. Actually, senang saja. Hanya perlu :


1) Keringkan Popiah Simpul Kasih sebelum digoreng


Sebelum Popia Simpul Kasihnya digoreng. Make sure, kulit Popia Simpul Kasih betul-betul kering. Paling elok jemur dibawah panas matahari. Memang cepat kulit Popia Simpul Kasihnya kering. Tak pun korang anginkan saja bawah kipas.



Bila Kulit Popia Simpul Kasih betul-betul kering, korang dapat kurangkan masa menggoreng. Pada masa yang sama, korang juga dapat menjimatkan penggunaan minyak masak. Almaklumlah, minyak kan dah mahal sekarang ni. Jadi, kena jimat-jimat ðŸĪ­. 



2) Buang lebihan minyak guna air fryer


Kalau korang ada air fryer, boleh cuba air fryer-kan sekejap Popia Simpul Kasih yang korang dah gorengkan tadi. Guna air fryer ni bagus sebab Ia boleh keluar lebihan minyak yang ada pada Popia Simpul Kasih tu. 



Sisa minyak yang ada tu jangan dibuang. Boleh campurkan balik dalam minyak menggoreng yang korang gunakan untuk menggoreng Popia Simpul Kasih tadi ðŸĪ­. Tak ada membazir. 



3) Gunakan kitchen towel/kertas kosong bersih


Untuk serapan minyak berganda, boleh gunakan kitchen towel atau pun kertas kosong yang bersih. Elakkan guna kertas surat khabar. Sebab kertas surat khabar ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser & tak berapa sesuai untuk digunakan. Tambah-tambah bila melibatkan barang pemakan 😅.


Popia simpul kasih
Dapatlah sekilo simpul kasih. Jenuh menyimpulnya kome 😂! 


4) Simpan dalam bekas kedap udara


Selesai buang lebihan minyak. Bolehlah simpan Popia Simpul Kasih korang dalam bekas atau balang kedap udara. Barulah Popia Simpul Kasihnya kekal rangup & tak mudah masuk angin. Sedap! Bila makan ada krupkrap-krupkrap. Memang layan. Sebalang besar confirm tak cukup 😋!


Popia simpul kasih
Ini kalau masuk mulut terus tak ingat donia ðŸĪĢ. 


Comments

  1. memang ada jenis kulit popia yang langsung tak memeri.
    koyak terus.
    memang lari mood sebab kulit popia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...
      Hilang mood nak menyimpul kalau dapat kulit popia yang macam tu 😓

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!