Jun 30, 2023
Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple
Pagi tadi, Syu tak ada idea nak breakfast apa. Nak makan nasi lemak, risau mengantuk pula dekat office 😅. Jadi, kita masak menu yang paling simple saja buat lapik perut sementara nak tunggu makan tengahari nanti.
Memandangkan stock roti Gardenia Syu ada banyak & tarikhnya dah nak dekat expired 😂. Maka, Syu pun buatlah Roti Bakar Karamel. Lagipun, Syu sayangkan roti Syu tu. Kalau dibiar lama-lama, expired pula nanti. Ada eloknya juga Syu clear-kan stock roti Syu cepat.
Sapu butter atas permukaan roti & tabur gula (Sapu sebelah saja). |
Nak buat Roti Bakar Karamel ni memang senang. Syu cuma guna 3 bahan sahaja. Roti, gula putih & butter - Syu guna butter jenama Buttercup saja. Nak sedap lagi korang boleh pakai pure butter 😁. Resepi roti ni husband Syu yang ajar. Dia memang rajin & suka masak roti style macam ni buat kudap-kudap. Sebab senang nak membuatnya 🤭.
Actually, gula putih tu kalau korang nak ganti dengan gula perang pun boleh juga. Tak jadi masalah. Terpulang pada citarasa korang. Janji, masa nak masak tu korang guna kuali non-stick atau mana-mana kuali kesayangan korang yang jenis tak melekat. Supaya masak masak nanti karamel pada roti tu masak elok & tak melekat pada kuali.
Lebihan karamel atas kuali tu korang ratakan dekat sebelah bahagian lagi. |
Bagi sejuk sekejap & boleh makan dengan fresh milk 😋. |
Lepas masak. Make sure korang bagi rotinya sejuk dahulu. Sebab gula yang dah caramelised tu panas. Takut melecur mulut tu nanti 😅. Roti ni nak makan macam tu saja pun boleh. Nak cicah dengan susu segar pun boleh. Yang best-nya. Roti Karamel ni crusty di luar & lembut di dalam. Tak cuba memang rugi 😁.
Jun 25, 2023
Pekerja Asing Lari? Ini Cara Betul Batalkan Permit Diaorang
PA/PRA dikategorikan sebagai lari daripada majikan bila mana PA/PRA :
- Meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
- Tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah pulang ke negara asal.
Nak bawa masuk Pekerja Asing (PA) & Pekerja Rumah Asing (PRA) ke Malaysia bukan suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja majikan perlu keluarkan belanja yang sangat besar untuk menggaji mereka-mereka ni. Prosedurnya pun boleh tahan banyak & memakan masa yang agak lama juga.
SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Bila PA/PRA lari sudah semestinya majikan akan rasa sedikit kecewa dengan perbuatan PA/PRA tersebut. Sudahlah harga nak buat permit mahal . Bila PA/PRA lari. Denda/bon jaminan pula nak kena dibayar pada Jabatan Imigrisen.
Apa majikan perlu buat?
Pertama sekali jangan panik. Buat keputusan bijak. Biarkan saja PA/PRA nak lari. Majikan tak perlu buang masa cari satu Malaysia. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib. Biarkan mereka buat kerja. Walaubagaimanapun, prosedur pembatalan permit PA/PRA tetap majikan/wakil majikan kena buat.
BACA JUGA
➣ Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
➣ Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia
Satu salinan laporan polis melibatkan PA/PRA akan dikenakan cas RM2. |
Dalam berhadapan situasi PA/PRA lari ni ada 3 LANGKAH WAJIB yang pihak majikan perlu buat - Satu pun jangan skip. Antaranya :
- Buat laporan polis di mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
- Buat pembatalan permit PA/PRA yang lari tadi ke Jabatan Imigrisen Negeri masing-masing
- Hantar Borang PA2/13 (Laporan Penamatan Pekerja Asing - Seksyen 60K(3) Akta Kerja 1955) ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Pembatalan permit PA/PRA di Jabatan Imigrisen Negeri
Bagi proses pembatalan permit PA/PRA, majikan/wakil dikehendaki hadir sendiri ke Jabatan Imigrisen Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip temujanji online - STO2.0
- Passport asal PA/PRA - Jika ada
- Borang bayaran - Disahkan majikan berserta cop syarikat
- Lampiran 5 (Laporan PA melarikan diri dari majikan/balik tanpa memo periksa keluar (COM)) - Disahkan majikan/pelapor
- Borang akujanji - Disahkan majikan
- Laporan Polis - Disahkan salinan
- Salinan passport & permit
- Surat permohonan - Permohonan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Surat lantikan wakil syarikat - Surat wakil syarikat bagi urusan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Salinan kad pengenalan wakil majikan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan penyata KWSP - Penyata 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pegawai KWSP
- Salinan pendaftaran syarikat SSM - MyDATA terkini
- Borang 9
- Borang 24
- Borang 49
Bayar denda/Bon jaminan
Selesai buat serahan dokumen di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/permit PA/PRA yang dilaporkan lari tadi akan dibatalkan serta merta. Malah, PA/PRA juga secara automatik akan disenarai hitamkan.
Pegawai Imigrisen akan letak cop pekerja lari di atas sticker permit sebagai tanda permit PA/PRA ni telah dibatalkan. |
Pihak Jabatan Imigrisen juga akan mengenakan bayaran denda/bon jaminan kepada pihak majikan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut warganegara. Bayaran denda/bon jaminan ni boleh dibuat di kaunter bayaran setelah majikan/wakil selesai membuat serahan dokumen.
Denda warganegara Vietnam paling mahal - SUMBER FOTO : Jabatan Imigrisen Malaysia |
Selesai urusan di Jabatan Imigrisen Negeri, majikan/wakil boleh proceed dengan submission Borang PA2/13 ke JTK. Untuk elakkan masalah kepada syarikat. Jangan skip semua step ni. Yang lari biarkan lari. Pembatalan permit PA/PRA yang melarikan di JIM & serahan dokumen ke JTK adalah menjadi tanggungjawab majikan.
Jun 22, 2023
Nasi Kandar Imigresen Nasi Kandar Tertua Pulau Pinang
Okay, sambung! Selesai checked out Hotel Sentral Seaview. Kami ke pekan Georgetown pula bercari nasi kandar tertua yang famous di Pulau Mutiara ni 😁. Nasi kandar mana lagi kalau bukan Nasi Kandar Imigrisen. Dengar cerita nasi kandarnya padu. Especially, Ayam Masak Rosnya. Memandangkan Syu & husband tak pernah cuba. Maka, inilah misi kitaorang berdua laki bini datang short vacay ke sini 🤣.
Zaman Jepun dah ada!
Kalau korang nak tahu, Nasi Kandar Imigresen ni dah bertapak lama dah di negeri Pulau Pinang ni sebenarnya. Dengar cerita diaorang dah berniaga Nasi Kandar ni since zaman Jepun lagi (Sekitar tahun 1930-an) & nasi Kandar Imigrisen yang ada sekarang ni dah diwarisi generasi yang ke-3 dah tau. Meniaganya simple. Tepi jalan saja.
Masa ni tak ramai sangat orang. Sebab kami datang sebelum waktu makan tengahari. |
Disebabkan dahulu lokasinya dibuka berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang. Maka, nama Imigrisen tu dikekalkan sehingga ke hari ini supaya orang kenal & senang nak cari nasi kandar ni walaupun gerainya dah berpindah tempat. Almaklumlah, negeri Pulau Pinang ni kan ada banyak nasi Kandar.
Kena tumpang dine-ine
Di Nasi Kandar Imigrisen ni tak ada disediakan kerusi & meja untuk korang duduk. Jadi, kalau korang nak datang dine-in, korang boleh pilih samada nak tumpang makan di Kedai Kopi Kassim atau di kedai makan Cina Asia Cafe. Pada yang Muslim, Syu sarankan korang makan di Kedai Kopi Kassim. Bukan tak bagi tumpang makan kedai Cina. Tapi, sebaik-baiknya pilihlah kedai makan muslim untuk elakkan keraguan 😉.
Kalau macam ni harganya RM13. |
Bab rasa ni perkara subjektif. Mungkin ada yang kata sedap & mungkin juga ada yang kata tak sedap. Ikut tekak masing-masing. Pada Syu, signature dish Ayam Rosnya memang sedap! Itu memang Syu tak boleh nafikan. Portion untuk sepinggang makan pun boleh dikatakan banyak juga. Overall, nasi kandarnya boleh tahan & masih boleh diterima tekak.
Cuma part kuah campurnya tu ada kurang sikit. Mungkin dah terbiasa dengan nasi kandar Restoran Ahmedia agaknya. Ada manis-manis gittew 🤭. Apa-apa pun, next round, Syu & husband nak cuba nasi kandar Pulau Pinang yang lain. Mungkin Nasi Kandar Kampung Melayu atau Nasi Kandar Deens Maju pula 😁.
Jun 18, 2023
Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang Best! 👍🏻
Actually, masa hari cabut undi Rumah Perakku hari tu Syu ambil cuti tergempar satu hari 🤭. Saja. Malas nak kacau waktu bekerja tengok FB live semata-mata nak cabut undi. Tambah pula, masa hari Khamis tu husband Syu offday. Jadi, diajaknya Syu pergi short vacay ke Pulau Pinang sebab dah bosan duduk dekat rumah. Katanya nak perkena Nasi Kandar Imigrisen dekat Lorong Pasar, Georgetown nun 😅.
Cantik & kemas biliknya. Ada aura-aura laut 🌊. |
Sebelum gerak, sempatlah Syu booked hotel siap-siap. Cari punya cari, dapatlah Hotel Sentral Seaview (Dulu dikenali sebagai Hotel Naza Natalia) dekat Tanjung Tokong nun. Harga semalaman cuma RM110 sahaja termasuk breakfast untuk dua orang. Kira murahlah kan harga macam tu untuk satu malam? Rasanya kalau weekend mungkin tak dapat harga macam ni.
Jadilah ada view laut sikit 🌊 |
Selesai booking hotel, lepas Maghrib kami berdua terus gerak ke Pulau Pinang. Sampai sana lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam macam tu - Lambat sikit sampai sebab banyak selingan plus jalan jem dekat jambatan nombor satu 😂.
Breakfast sedap & banyak pilihan
Sebelum start tengok pengundian calon Rumahku, kami berdua laki bini turun ke kafe dulu isi tangki. Lambat-lambat nanti habis pula makanannya. Lagipun, pengundian Calon Rumah Perakku tu start pukul 10 pagi. So, masih ada banyak masa untuk kitaorang berdua lepak mengole lama-lama dekat kafe tu ☕. Sambil-sambil tu boleh ronda-ronda tengok kawasan.
Alhamdulillah tak ramai orang. Mungkin masih dibuai mimpi lagi agaknya 😋 |
Kalau korang nak tahu, breakfast dekat sini dihidangkan secara buffet. Start dari pukul 7 pagi sampai pukul 10 pagi. Ada banyak pilihan menu untuk korang pilih. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi, makanlah kenyang-kenyang ya kalau korang datang bermalam di Hotel Sentral Seaview ni 🤭.
Jarang breakfast dekat rumah macam ni 🤭. |
Omelette-nya punyalah sedap sampai dua kali kami laki bini repeat 😂. |
Swimming pool & laut biru
Dekat luar kafe Hotel Sentral Seaview ni ada swimming pool & laut. Terpulang korang nak mandi yang mana satu. Syu malas nak pergi mandi-manda. Almaklumlah, Syu kan spesis ikan duyung🧜🏻♀️. Tak boleh kena air - Padahal tak reti berenang sebenarnya. Jadi, jangankan mandi laut. Mandi swimming pool pun ikut mood Syu. Kalau rasa nak mandi Syu mandi. Tapi, dekat kolam kanak-kanak sajalah main celup-celup kaki 🤣.
Selesai breakfast kita cuci mata kejap dekat swimming pool 😁. |
Overall, Hotel Sentral Seaview di Pulau Pinang ni memang best. Hotel bersih & selesa. Pemandangan pun cantik sebab menghadap laut. Makanan pun boleh tahan sedap. Kira berbaloi jugalah pada Syu.
[P/S : Ada untungnya juga Syu & husband lajak ke Pulau Pinang buat short vacay masa cabut undi hari tu. At least, terubat juga rasa kecewa kami berdua. Tipulah, kalau tak rasa kecewa dengan keputusan cabutan undi Rumah Perakku tu. Tapi apa boleh buat. Tak ada rezeki kami 😌]
Jun 17, 2023
Rumah Perakku : Alkisah Cabut Undi Rumah Perakku (Chemor)
Kemarin masuklah live Facebook (FB) Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Perak (LPHP). Apa lagi kalau bukan pasal surat cabut undi yang Syu terima hari tu. Masuk-masuk live FB. Nah! Frustrated gila!
Ingatkan surat yang Syu terima hari tu dah kira final stage untuk dapat Rumah Perakku. Rupa-rupanya, diaorang baru nak cabut undi untuk pencarian calon - Tak pasal-pasal kita & calon-calon lain dah salah faham 😂.
Baru nak cari calon rupanya. Ingatkan kitalah calon tu 😆. |
Mati-matilah ingat kita dah tercalon & tinggal cabut nombor rumah. Rupa-rupanya baru nak buat pemilihan calon. Sudahlah calonnya ramai. Cara cabut undinya pula ala-ala rancangan Roda Impian - Guna Wheel of Names. Memang punah impianlah jawabnya. Almaklumlah, Syu Deris ni sejenis tak ada luck sikit kalau cabut undi macam ni rupa. Sebab nama susah nak lekat 🤣.
Terhad 52 lot rumah sahaja
Untuk pengetahuan korang. Masa live hari tu. Kuota lot rumah yang di buka untuk Program Rumah Perakku di daerah Chemor ni cuma terhad kepada 52 lot sahaja. 30 lot dibuka kepada calon bumiputera. 22 lot selebihnya dibuka kepada calon yang bukan bumiputera. Lepas tu, dalam tiap-tiap satu lot rumah ni ada disimpan 3 calon simpanan as backup plan.
Macam ini Cara cabut undiya kome! 😂 |
In case, nama pemegang lot yang tercalon tadi tak lepas pinjaman dengan pihak bank. Maka, calon simpanan inilah yang akan take over. Tapi itulah, senarai calonnya bukan main ramai sampai dekat 500 orang! Tapi, kuota rumahnya pula sikit sangat 😅.
Rezeki sampai takat ini
Sejujunya, peluang nak dapat rumah murah Program Rumah Perakku bukannya mudah. Bergantung pada rezeki juga sebenarnya. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapalah tahu. Mungkin rezeki Syu dengan Rumah Perakku sampai takat ini saja 😌 - Sedih juga tak tercalon sebenarnya.
Lagipun, bila difikir-fikir balik. Lokasi rumahnya terlampau jauh dari tempat kerja Syu & husband. Memanglah rumahnya murah. Tapi kalau jauh sangat sampai nak berulang kerja makan masa berjam-jam pun payah juga.
Terpaksalah cari rumah mampu tengok juga gamaknya 😅. |
Apa-apa pun. Syu percaya dengan peracangan Allah. Mungkin Dia dah atur sesuatu yang lebih baik untuk Syu sekeluarga. Lambat & cepat saja untuk Syu dapat. Semoga Allah murahkan rezeki & mudahkan urusan Syu untuk beli rumah 🤲🏻.
Jun 16, 2023
Cara Istiqamah Solat 5 Waktu
Solat lima waktu merupakan salah satu rukun Islam yang WAJIB dilaksanakan oleh seseorang bergelar muslim. Namun hakikatnya, nak kekal istiqamah (استقامة) dalam solat lima waktu itu bukan suatu perkara yang mudah. Nak-nak pada mereka yang baru berhijrah & bertekad untuk melakukan sesuatu perubahan pada diri.
Solat itu ringan. Tapi, berat bagi yang meringankan.- Foto : Sumber Islam Plus |
is.ti.qa.mah] | استقامة
Ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama)
-Kamus Dewan Edisi Keempat-
Konsep istiqamah itu mudah. Iaitu beriman (Taat), beramal & dilakukan secara berterusan. Tampak senang untuk dipraktikkan bukan? Namun, ia menjadi satu cabaran yang besar & berat buat sesiapa sahaja yang ingin berubah & terus kekal konsisten dengan perubahan tersebut. Ditambah pula dengan pelbagai cabaran & godaan dunia yang ada pada hari ini.
Macam mana nak istiqamah dalam solat?
Memang tak dinafikan iman seseorang hamba itu ada pasang surutnya. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Sekejap ada mood nak solat, sekejap tak nak solat. Waima, yang solatnya penuh lima waktu pun tak terkecuali dari dibolak-balikkan hatinya oleh bisikan syaitan.
BACA JUGA
➢Jin & Syaitan : Ketahui Nama & Tugasnya Dalam Menyesatkan Anak Adam
➢Boleh Ke Tukang Urut Lelaki Urut Wanita?
➢10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
Walaubagaimanapun, kunci kepada sesuatu perubahan itu terletak pada usaha kita sendiri. Disusuli dengan istiqamah serta tawakal kepada Allah S.W.T. Nak solat kena paksa. Dengan paksaan akan jadi suatu kebiasaan. Bila dah terbiasa, tak akan ada isu tinggal solat 5 waktu lagi
Tapi, macam mana nak terus kekal istiqamah dalam solat lima waktu ni ya 🤔? Berikut, Syu kongsikan caranya. Semoga tips ni bermanfaat untuk korang terus konsisten dalam usaha korang untuk melakukan perubahan.
#1 : Latih diri untuk tidak tinggalkan solat
Setiap hari, cuba paksa & latih diri untuk tidak tinggalkan solat lima waktu. Lakukan secara berterusan. Bermula dengan sehari, seminggu, sebulan sehingga lama-kelamaan ia menjadi rutin harian. Sekiranya tertinggal & ada lompong-lompong waktu solatnya, jangan lupa qada'kan (قضاء).
Pastikan dalam satu hari, tak ada satu pun waktu solat yang ditinggalkan. Pratikkan secara berterusan! Lama kelamaan korang akan terbiasa & akan wujud satu perasaan serba salah untuk tinggalkan solat. Walaupun, hanya satu waktu.
#2 : Solat diawal waktu
Solat yang terbaik, sebaiknya dilakukan di awal waktu. Bukan apa, solat di awal waktu ni banyak faedahnya. Sebab ia mampu mengelakkan korang dari wujudnya sikap bermalas-malasan untuk solat. Bila dah mula malas, faham-faham sajalah.
Masuk waktu, terus solat. Jangan lengah-lengah - FOTO : Vallartdaily |
Bukan itu sahaja, solat diawal waktu ni membuatkan hati kita terasa lebih tenang & lapang. Tak percaya? Korang cuba amalkan sendiri! Bila kita jaga waktu solat. Insyaallah, Allah akan permudahkan & lancarkan urusan seharian kita.
Kalau boleh, sebaik selesai sahaja azan dikumandangkan, korang terus berwuduk & solat! Jangan dilengah-lengahkan lagi.
#3 : Bersahabat dengan orang yang menjaga solat
Nak pilih kawan, pilih kawan yang membawa kita ke jalan yang baik & menjaga waktu solat. Bila duduk dalam circle orang yang macam ni, insyallah korang secara automatik akan turut ikut solat juga. Walaupun, korang bukan jenis orang yang menjaga solat.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa ke arah kebaikkan - FOTO : Freepik |
Pada mereka-mereka yang bersahabat dengan sahabat yang baru nak berhijrah, jangan diabaikan golongan ini. Ajak & bimbing diaorang supaya diorang terus kekal istiqamah untuk lakukan perubahan. Jangan diperli-perli pula. Nanti terbantut usaha diaorang nak berubah 😌.
#4 : Berubah secara berperingkat & tidak secara drastik
Lakukan perubahan secara berperingkat. Jangan gopoh-gopoh & elakkan buat sesuatu perubahan secara drastik. Agar korang lebih ikhlas & tak rasa terpaksa. Walaupun hakikatnya, korang kena paksa juga diri korang untuk solat sebab ianya satu kewajipan & merupakan tuntutan agama. Dari Aisyah R.A. :-
Nabi pernah ditanya : "Manakah amal yang paling dicintai oleh Allah?"
Baginda menjawab : "Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-
#5 : Fahami makna & maksud setiap bacaan solat
Dalam setiap rakaat solat itu ada terselitnya doa yang penuh makna. Dari bermula takbir hinggalah ke salam yang terakhir. Jadi, fahami & hayati setiap bait-bait ayat dalam solat itu supaya korang lebih menjiwai & faham tujuan asal solat itu untuk apa.
#6 : Doa & tawakal
Doa itu SENJATA UTAMA umat Islam. Bila kita sudah berusaha sedaya upaya untuk berubah & kekal konsisten dalam solat. Maka, selebihnya kita hanya perlu berdoa & bertawakal kepada Allah S.W.T. supaya diberikan kekuatan & tidak dibolak-balikkan hati kita dalam melakukan kewajiban sebagai hamba-Nya.
Jangan lupa. Amalkan juga doa Nabi Ibrahim & ayat dari Surah Al-Imran ni setiap hari. Supaya korang kekal terus istiqamah & tetap mendirikan solat walau di mana jua korang berada.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
[Surah Ibrahim : 40]
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah zat yang maha pemberi (Kurnia)."
[Surah Al-Imran : 8]
Apa-apa pun, harus diingat. Sesungguhnya (batas) antara seseorang dengan kesyirikkan & kekafiran adalah dengan meninggalkan solat - Hadith riwayat muslim. Jadi, solatlah sebelum kita disolatkan kerana solat itu tiang agama.
Jun 13, 2023
Ada Money Games Online Percuma & Menarik Di Mortgage Calculator! 😍
Asyik bagi anak-anak hadap video YouTube semata-mata nak bagi diaorang duduk diam pun tak bagus juga. Sekali sekala kena bagi diaorang lebih interaktif & galakkan diaorang perah otak sikit dengan bermain permainan Money Games di Mortgage Calculator ni 😁.
Main permainan online Money Games di Mortgage Calculator ni memang menyeronokkan 😚! Tak perlu runsing nak download & install segala aplikasi pun. Waima, segala mak nenek iklan pun tak ada. Jadi, golongan mak-mak lepas ni tak payah gelisah dah pasal anak-anak tertekan iklan yang bukan-bukan. Lepas tu, yang paling penting permainan game online di Mortgage Calculator ni semuanya percuma belaka! Best kan 😁?
Actually, ada banyak permainan interaktif menarik di Mortgage Calculator ni. Antaranya :
- Real Estate Games
- Money Games
- Cryptocurrency Games
- Farming Simulation Games
- Grocery Store Games
- Restaurant Simulation Games
- Business Simulation Games
- Software Development Games
- Office Politics Games
- Environmental Games
- Other Fun Games
Bagus untuk perkembangan kognitif anak-anak
Apa yang Syu perhati, kebanyakkan permainan Money Games di Mortgage Calculator yang ada rata-ratanya terdiri dari permainanan interaktif yang berunsurkan pengiraan & melibatkan kemahiran berfikir. Pada Syu, game macam ni bagus untuk perkembangan kognitif diaorang.
Antara game yang sangat mencabar otak Syu yang dewasa ni😂 |
Jangankan kanak-kanak. Syu punya sel-sel otak pun auto berhubung juga. Tambah-tambah game Ben10 ni 😂. Jadi, apa tunggu lagi. Jom, ajak anak-anak korang main Money Games di Mortgage Calculator! At least dalam nak bagi diaorang duduk diam tu, dapat juga diaorang belajar sesuatu. Betul tak 😊?
Jun 11, 2023
Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi
Korang ingat tak dua tahun lepas Syu pernah attendeded interview Rumah Perakku Di Chemor nun. Alhamdulillah, tak sampai setahun keputusan pun keluar & dipamerkan senarai pemohon yang berjaya di Pejabat Tanah & Galian Manjoi.
Semalam, terima pula surat untuk cabut undi. Secara Facebook live katanya. Tak tahulah dapat rumah nombor berapa Syu cabut undi nanti😅. Harap ada luck dapat lokasi yang strategik & berjiran dengan jiran kiriman syurga 😂. Mesra alam, bertolak ansur & tak buat banyak onar. Amin 🤲🏻.
Jatuh pada hari & waktu bekerja pula tu. Bila masa nak bila Facebook live 😂. |
Jun 09, 2023
Bekas Lombong Cantik Di Lahat Mines
Negeri Perak ni memang kaya dengan hasil biji timah satu ketika dulu. Jadi, tak hairanlah kenapa ada banyak bekas tinggalan tapak lombong di negeri ni 😅. Salah satu bekas tapak perlombongan yang masih ada sampai ke hari ni adalah Waterfront Lake View yang terletak di Lahat Mines - Belakang rumah kakak ipar saja lokasinya 😂
Tempatnya memang cantik. Elok sangatlah kalau nak datang bersantai ambil angin lombong 😆. Cuma, yang sayangnya kawasan sekitar Waterfront Lake View ni tak diurus & diselia dengan baik. Syu tengok banyak trek jogging tak berjaga. Semak & bersepah pun ya juga.
Air, langit & kehijauan memang menenangkan 😌. |
Tempat ni kalau dijaga elok, gerenti akan ada ramai pengunjung yang datang. Syu sendiri pun tak pasti kenapa lokasi cantik macam ni dibiarkan sendu begini. Mungkin atas sebab faktor keselamatan & kos penyelenggaraannya tinggi agaknya. Tapi sayang lah kan. Sebab view tempatnya cantik! Elok sangat kalau nak jadikan sebagai port healing 😁.
Dengar cerita lombongnya dalam 😅! |
Berpiknik dekat sini pun macam best juga 😁. |
Uncle tu elok saja memancing. Padahal tak dibenarkan memancing dekat sini 😂. |
Seronok siapa yang beli rumah dekat atas tu kan. Boleh tengok view lombong hari-hari 😁. |
Jun 07, 2023
Gula Habis! Mana pergi Semua Gula? 🤔
Payah betul nak beli gula sekarang ni. Memanjang saja habis. Nak dapat sepeket pun sikit punya payah. Lepas tu bila nak beli, kena catu pula. Siap ada limit bagai.
Satu orang satu peket saja boleh beli. Dah serupa macam beli minyak peket pun ada - Minyak peket dah lama dah tak nampak bayang 😂.
Hairan. Mana pergi semua gula ya? Tak ada stok ke atau gula nak naik harga sebenarnya ni 🤔? Dengar cerita :
- Gula nak naik harga
- Brazil dengan India sekat export tebu
- Pembelian panik
- Pemborong sorok gula
- Gula diseludup keluar sebab harga gula di Malaysia jauh lebih murah
Betul atau tidak Syu tak pasti. Tapi, itulah yang Syu dengar orang dok celoteh kan 😂. Tapi yang pasti, harga gula maintain. Tak naik. Yang naik cuma harga gula premium sahaja!
Sudahlah rumah Syu ni tak boleh tak ada gula. Paling kurang mesti nak kena ada stok dalam 6 kilo. Almaklumlah, encik suami kita tak boleh hidup tanpa gula.
Harga masih sama. Cuma dihadkan kuantiti pembelian 😅. |
Kalau tak ada gula mulalah dia nanti. Memanjang kelat muka tak dapat minum air manis 😅. Tapi, kalau dah tak ada juga gulanya. Apa boleh buat? Minum air kosonglah gamaknya 🤣.
Jun 06, 2023
Senja Nan Merah Dari Jambatan Bagan Datuk
Selesai hantar Sarah Deris balik kolej semalam, kononnya nak pergi lepak pekan Bagan Datuk & tengok sunset dekat jambatan yang baru dibuka tu.
Malangnya, kami semua dapat singgah tengok sunset saja. Sebab jalan nak masuk ke pekan Bagan Datuk jem teruk 😂. Almaklumlah, ramai yang balik bercuti agaknya.
Kena hati-hati berhenti dekat bahu jalan atas jambatan Bagan Datuk ni. Bahaya. Sebab ada banyak kenderaan lalu lalang 😅. |
Tambah pula sekarang ni tengah musim cuti sekolah. Memang ramailah yang keluar pergi jalan-jalan habiskan sisa-sisa cuti dengan anak-anak.
Lepas tu jalan nak ke Bagan Datuk pula dah tak jauh dah macam dulu. Kalau dari Sitiawan, dah boleh terus menyeberang guna jambatan Bagan Datuk.
Suka tengok sunset. Sunrise pun sama 😍 |
Tak payah susah-susah dah nak lalu jambatan Teluk Intan & masuk kawasan Hutan Melintang lagi 😁. Sebab dah ada laluan alternatif & cepat untuk sampai terus ke pekan Bagan Datuk.
BACA JUGA
➣ Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
➣ Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak
Cantik kan?Tapi, mak Syu suruh masuk kereta cepat. Tak elok lepek-lepek dekat luar waktu-waktu senja macam ni 😂. |
Yang duduk dekat tengah-tengah tu apa ya?Tongkang eak 😅? |
Cantikkan pemandangan matahari terbenam dari Jambatan Bagan Datuk ni. Tenang & sejuk mata memandang. Tapi, tak boleh tunggu lama-lama atas jambatan ni. Tambah-tambah waktu senja begini. Tak elok orang tua-tua kata 😂. Jadi, lepas ambil gambar, cepat-cepatlah beransur balik ya.
Jun 04, 2023
Bask Bear Coffee Sedap. Tapi...
Kemarin lepas balik kerja, Syu rasa lapar sangat! Nak terus masak makan malam, ayam pula keras kejung baru keluar peti ais - Lupa nak keluarkan masa balik rehat tengahari alkisahnya 😂. Perut pula dah berkeroncong minta diisi.
Jadi, sementara nak tunggu ayam beku tu defrost, tangan pun kelebeklah apps GRABFOOD. Lapar. Tapi, tak tahu nak makan apa sebenarnya. Yang pasti tekak Syu teringin nak cuba sesuatu yang baru & ringan-ringan - More kepada snacks ataupun appetiser macam itulah kononnya 🤭
BACA JUGA
➣ D'Laksa Asam Laksa : Asam Laksa & Rojak Padu!!
➣ 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo
➣ GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!
Then, baru Syu teringat Bask Bear Coffee dah ada buka cawangan barunya di Station 18. So, inilah masanya untuk Syu explore & cuba menu menarik yang ada di Bask Bear Coffee ni. Bukan apa. Syu pun nak tahu juga macam mana rasanya. Kawan Syu kata sedap! Tambah-tambah coffee & toasties-nya 😁.
Be bold. Be brave. Be a bask bear katanya 😁 |
Kalau ikutkan ada satu lagi cawangan Bask Bear Coffee di bandar Ipoh nun. Tapi, malas nak pergi ke sana. Sebab payah sangat nak dapat parking 😅. Memandangkan Bask Bear Coffee dah ada di Station 18. Maka, kita pesan saja guna aplikasi GRAB. Tak kalut nak walk-in & beratur segala - Sambil-sambil tunggu order sampai, dapat juga Syu buat kerja lain 🤭.
Sedap! Tapi...
Semalam, Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties. Untuk encik suami tak ada. Sebab dia kerja 😁. Jadi, kita beli untuk kita seorang saja - Harap dia tak baca entri ni. Nanti kantoi 😂!
Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties 🤤. |
Pada Syu, Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties dari Bask Bear Coffee ni memang sedap. Cuma portion-nya, alahai sikit sangat. Macam tak kena pula dengan harganya - Total semalam, kena RM23.40 lepas dapat diskaun GRAB Unlimited😅.
Rasa macam lagi berbaloi kalau buat sendiri. Especially Beefy Double Down Cheesy Toasties Tu. Nak kata guna bahan premium tidak juga 😅. Biasa-biasa saja. Cuma hashbrown 2 keping. Kepit dengan patty daging dengan salad 😂. Korang pernah makan ke Bask Bear Coffee ni. Apa komen korang?
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2023
(110)
-
▼
Jun
(14)
- Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple
- Selamat Hari Raya Aidiladha 2003/1444H
- Pekerja Asing Lari? Ini Cara Betul Batalkan Permit...
- Nasi Kandar Imigresen Nasi Kandar Tertua Pulau Pinang
- Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang Best! 👍🏻
- Rumah Perakku : Alkisah Cabut Undi Rumah Perakku (...
- Cara Istiqamah Solat 5 Waktu
- Ada Money Games Online Percuma & Menarik Di Mortga...
- Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi
- Bekas Lombong Cantik Di Lahat Mines
- Gula Habis! Mana pergi Semua Gula? 🤔
- Senja Nan Merah Dari Jambatan Bagan Datuk
- Bask Bear Coffee Sedap. Tapi...
- Selamat Datang Jun 2023 🥰
-
▼
Jun
(14)