Bask Bear Coffee Sedap. Tapi...

Jun 04, 2023

Kemarin lepas balik kerja, Syu rasa lapar sangat! Nak terus masak makan malam, ayam pula keras kejung baru keluar peti ais - Lupa nak keluarkan masa balik rehat tengahari alkisahnya 😂. Perut pula dah berkeroncong minta diisi.



Jadi, sementara nak tunggu ayam beku tu defrost, tangan pun kelebeklah apps GRABFOOD. Lapar. Tapi, tak tahu nak makan apa sebenarnya. Yang pasti tekak Syu teringin nak cuba sesuatu yang baru & ringan-ringan - More kepada snacks ataupun appetiser macam itulah kononnya 🤭


BACA JUGA

➣ D'Laksa Asam Laksa : Asam Laksa & Rojak Padu!!

➣ 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo

➣ GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!


Then, baru Syu teringat Bask Bear Coffee dah ada buka cawangan barunya di Station 18. So, inilah masanya untuk Syu explore & cuba menu menarik yang ada di Bask Bear Coffee ni. Bukan apa. Syu pun nak tahu juga macam mana rasanya. Kawan Syu kata sedap! Tambah-tambah coffee toasties-nya 😁. 


Be bold. Be brave. Be a bask bear katanya 😁


Kalau ikutkan ada satu lagi cawangan Bask Bear Coffee di bandar Ipoh nun. Tapi, malas nak pergi ke sana. Sebab payah sangat nak dapat parking 😅. Memandangkan Bask Bear Coffee dah ada di Station 18. Maka, kita pesan saja guna aplikasi GRAB. Tak kalut nak walk-in & beratur segala - Sambil-sambil tunggu order sampai, dapat juga Syu buat kerja lain 🤭. 



Sedap! Tapi... 


Semalam, Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties. Untuk encik suami tak ada. Sebab dia kerja 😁. Jadi, kita beli untuk kita seorang saja - Harap dia tak baca entri ni. Nanti kantoi 😂!


Bask Bear Coffee
Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties 🤤. 


Pada Syu, Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties dari Bask Bear Coffee ni memang sedap. Cuma portion-nya, alahai sikit sangat. Macam tak kena pula dengan harganya  - Total semalam, kena RM23.40 lepas dapat diskaun GRAB Unlimited😅.


Rasa macam lagi berbaloi kalau buat sendiri. Especially Beefy Double Down Cheesy Toasties Tu. Nak kata guna bahan premium tidak juga 😅. Biasa-biasa saja. Cuma hashbrown 2 keping. Kepit dengan patty daging dengan salad 😂. Korang pernah makan ke Bask Bear Coffee ni. Apa komen korang?

Comments

  1. Saya tak pernah makan lagi. Nak cuba, tapi tak cuba².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopinya sedap. Tapi, toasties-nya agak pricey jugalah Pada Syu 😂. Macam tak berbaloi.

      Padam
  2. Overpriced "fancy" sandwich. makan satu tak kenyang haha

    BalasPadam
  3. Area rumah uncle pun ada... belum cuba

    BalasPadam
  4. Kalau UG nak nipiskan poket bolehlah singgah 🤭. Tapi tak boleh selalu. Nanti koyak poket.

    BalasPadam
  5. Betul bask bear ni mahai.....bolehla drpd tkde, tpi mencekik gak..hahahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!