Bekas Lombong Cantik Di Lahat Mines

Jun 09, 2023

Negeri Perak ni memang kaya dengan hasil biji timah satu ketika dulu. Jadi, tak hairanlah kenapa ada banyak bekas tinggalan tapak lombong di negeri ni 😅. Salah satu bekas tapak perlombongan yang masih ada sampai ke hari ni adalah Waterfront Lake View yang terletak di Lahat Mines - Belakang rumah kakak ipar saja lokasinya 😂



Tempatnya memang cantik. Elok sangatlah kalau nak datang bersantai ambil angin lombong 😆. Cuma, yang sayangnya kawasan sekitar Waterfront Lake View ni tak diurus & diselia dengan baik. Syu tengok banyak trek jogging tak berjaga. Semak & bersepah pun ya juga.


Air, langit & kehijauan memang menenangkan 😌.


Tempat ni kalau dijaga elok, gerenti akan ada ramai pengunjung yang datang. Syu sendiri pun tak pasti kenapa lokasi cantik macam ni dibiarkan sendu begini. Mungkin atas sebab faktor keselamatan & kos penyelenggaraannya tinggi agaknya. Tapi sayang lah kan. Sebab view tempatnya cantik! Elok sangat kalau nak jadikan sebagai port healing 😁. 


Dengar cerita lombongnya dalam 😅!


Berpiknik dekat sini pun macam best juga 😁.


Uncle tu elok saja memancing. Padahal tak dibenarkan memancing dekat sini 😂.


Seronok siapa yang beli rumah dekat atas tu kan. Boleh tengok view lombong hari-hari 😁.


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!