Cara Istiqamah Solat 5 Waktu

Jun 16, 2023

Solat lima waktu merupakan salah satu rukun Islam yang WAJIB dilaksanakan oleh seseorang bergelar muslim. Namun hakikatnya, nak kekal istiqamah (استقامة) dalam solat lima waktu itu bukan suatu perkara yang mudah. Nak-nak pada mereka yang baru berhijrah & bertekad untuk melakukan sesuatu perubahan pada diri.


Solat
Solat itu ringan. Tapi, berat bagi yang meringankan.- Foto : Sumber Islam Plus


is.ti.qa.mah] | استقامة


Ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama)

 

-Kamus Dewan Edisi Keempat-

 

Konsep istiqamah itu mudah. Iaitu beriman (Taat), beramal & dilakukan secara berterusan. Tampak senang untuk dipraktikkan bukan? Namun, ia menjadi satu cabaran yang besar & berat buat sesiapa sahaja yang ingin berubah & terus  kekal konsisten dengan perubahan tersebut. Ditambah pula dengan pelbagai cabaran & godaan dunia yang ada pada hari ini.



Macam mana nak istiqamah dalam solat?


Memang tak dinafikan iman seseorang hamba itu ada pasang surutnya. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Sekejap ada mood nak solat, sekejap tak nak solat. Waima, yang solatnya penuh lima waktu pun tak terkecuali dari dibolak-balikkan hatinya oleh bisikan syaitan. 


BACA JUGA

Jin & Syaitan : Ketahui Nama & Tugasnya Dalam Menyesatkan Anak Adam

Boleh Ke Tukang Urut Lelaki Urut Wanita?

10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL



Walaubagaimanapun, kunci kepada sesuatu perubahan itu terletak pada usaha kita sendiri. Disusuli dengan istiqamah serta tawakal kepada Allah S.W.T. Nak solat kena paksa. Dengan paksaan akan jadi suatu kebiasaan. Bila dah terbiasa, tak akan ada isu tinggal solat 5 waktu lagi


Tapi, macam mana nak terus kekal istiqamah dalam solat lima waktu ni ya 🤔? Berikut, Syu kongsikan caranya. Semoga tips ni bermanfaat untuk korang terus konsisten dalam usaha korang untuk melakukan perubahan. 



#1 : Latih diri untuk tidak tinggalkan solat


Setiap hari, cuba paksa & latih diri untuk tidak tinggalkan solat lima waktu. Lakukan secara berterusan. Bermula dengan sehari, seminggu, sebulan sehingga lama-kelamaan ia menjadi rutin harian. Sekiranya tertinggal & ada lompong-lompong waktu solatnya, jangan lupa qada'kan (قضاء).


Pastikan dalam satu hari, tak ada satu pun waktu solat yang ditinggalkan. Pratikkan secara berterusan! Lama kelamaan korang akan terbiasa & akan wujud satu perasaan serba salah untuk tinggalkan solat. Walaupun, hanya satu waktu. 



#2 : Solat diawal waktu


Solat yang terbaik, sebaiknya dilakukan di awal waktu. Bukan apa, solat di awal waktu ni banyak faedahnya. Sebab ia mampu mengelakkan korang dari wujudnya sikap bermalas-malasan untuk solat. Bila dah mula malas, faham-faham sajalah. 


Jam tangan
Masuk waktu, terus solat. Jangan lengah-lengah FOTO : Vallartdaily


Bukan itu sahaja, solat diawal waktu ni membuatkan hati kita terasa lebih tenang & lapangTak percaya? Korang cuba amalkan sendiri! Bila kita jaga waktu solat. Insyaallah, Allah akan permudahkan & lancarkan urusan seharian kita.


Kalau boleh, sebaik selesai sahaja azan dikumandangkan, korang terus berwuduk & solat! Jangan dilengah-lengahkan lagi. 



#3 : Bersahabat dengan orang yang menjaga solat


Nak pilih kawan, pilih kawan yang membawa kita ke jalan yang baik & menjaga waktu solat. Bila duduk dalam circle orang yang macam ni, insyallah korang secara automatik akan turut ikut solat juga. Walaupun, korang bukan jenis orang yang menjaga solat. 


Muslimah
Sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa ke arah kebaikkanFOTO : Freepik


Pada mereka-mereka yang bersahabat dengan sahabat yang baru nak berhijrah, jangan diabaikan golongan ini. Ajak & bimbing diaorang supaya diorang terus kekal istiqamah untuk lakukan perubahan. Jangan diperli-perli pula. Nanti terbantut usaha diaorang nak berubah 😌. 



#4 : Berubah secara berperingkat & tidak secara drastik


Lakukan perubahan secara berperingkat. Jangan gopoh-gopoh & elakkan buat sesuatu perubahan secara drastik. Agar korang lebih ikhlas & tak rasa terpaksa. Walaupun hakikatnya, korang kena paksa juga diri korang untuk solat sebab ianya satu kewajipan & merupakan tuntutan agama.  Dari Aisyah R.A. :-


Nabi pernah ditanya : "Manakah amal yang paling dicintai oleh Allah?" 

Baginda menjawab : "Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."


-Riwayat Al-Bukhari & Muslim-


 

#5 : Fahami makna & maksud setiap bacaan solat

 

Dalam setiap rakaat solat itu ada terselitnya doa yang penuh makna. Dari bermula takbir hinggalah ke salam yang terakhir. Jadi, fahami & hayati setiap bait-bait ayat dalam solat itu supaya korang lebih menjiwai & faham tujuan asal solat itu untuk apa. 



#6 : Doa & tawakal


Doa itu SENJATA UTAMA umat Islam. Bila kita sudah berusaha sedaya upaya untuk berubah & kekal konsisten dalam solat. Maka, selebihnya kita hanya perlu berdoa & bertawakal kepada Allah S.W.T. supaya diberikan kekuatan & tidak dibolak-balikkan hati kita dalam melakukan kewajiban sebagai hamba-Nya.


Doa


Jangan lupa. Amalkan juga doa Nabi Ibrahim & ayat dari Surah Al-Imran ni setiap hari. Supaya korang kekal terus istiqamah & tetap mendirikan solat walau di mana jua korang berada.


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." 


[Surah Ibrahim : 40]



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


"Wahai Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah zat yang maha pemberi (Kurnia)."

 

[Surah Al-Imran : 8]


Apa-apa pun, harus diingat. Sesungguhnya (batas) antara seseorang dengan kesyirikkan & kekafiran adalah dengan meninggalkan solat - Hadith riwayat muslim. Jadi, solatlah sebelum kita disolatkan kerana solat itu tiang agama. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!