Gula Habis! Mana pergi Semua Gula? 🤔

Jun 07, 2023

Gula

 

Payah betul nak beli gula sekarang ni. Memanjang saja habis. Nak dapat sepeket pun sikit punya payah. Lepas tu bila nak beli, kena catu pula. Siap ada limit bagai.


Satu orang satu peket saja boleh beli. Dah serupa macam beli minyak peket pun ada - Minyak peket dah lama dah tak nampak bayang 😂.


Hairan. Mana pergi semua gula ya? Tak ada stok ke atau gula nak naik harga sebenarnya ni 🤔? Dengar cerita :


  • Gula nak naik harga
  • Brazil dengan India sekat export tebu 
  • Pembelian panik
  • Pemborong sorok gula
  • Gula diseludup keluar sebab harga gula di Malaysia jauh lebih murah


Betul atau tidak Syu tak pasti. Tapi, itulah yang Syu dengar orang dok celoteh kan 😂. Tapi yang pasti, harga gula maintain. Tak naik. Yang naik cuma harga gula premium sahaja!


Sudahlah rumah Syu ni tak boleh tak ada gula. Paling kurang mesti nak kena ada stok dalam 6 kilo. Almaklumlah, encik suami kita tak boleh hidup tanpa gula. 


Gula
Harga masih sama. Cuma dihadkan kuantiti pembelian 😅. 


Kalau tak ada gula mulalah dia nanti. Memanjang kelat muka tak dapat minum air manis 😅. Tapi, kalau dah tak ada juga gulanya. Apa boleh buat? Minum air kosonglah gamaknya 🤣. 

Comments

  1. Sebab nak raya haji la ni. Orang dah simpan gula nak buat open house raya hehe..

    BalasPadam
  2. Pembekal sembunyi gula, macam deme sembunyi telur dulu. Macam², kan. Mungkin boleh gantikan dengan madu kalau buat teh, atau guna sweetener seperti stevia.

    BalasPadam
  3. alaa mula dah ye taktik sorok menyorok gula pula dah.. :)

    BalasPadam
  4. Gula ohhhh gula kemana kah kau wahai si gula. Jenuh lah kalau gula pun nak disorok.

    BalasPadam
  5. so far area MA..ok je plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini licin MA. Kalau ada pun dapat beli sekilo jer 🤣

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!