Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang Best! πŸ‘πŸ»

Jun 18, 2023

Actually, masa hari cabut undi Rumah Perakku hari tu Syu ambil cuti tergempar satu hari 🀭. Saja. Malas nak kacau waktu bekerja tengok FB live semata-mata nak cabut undi. Tambah pula, masa hari Khamis tu husband Syu offday. Jadi, diajaknya Syu pergi short vacay ke Pulau Pinang sebab dah bosan duduk dekat rumah. Katanya nak perkena Nasi Kandar Imigrisen dekat  Lorong Pasar, Georgetown nun πŸ˜….


Hotel Pulau Pinang
Cantik & kemas biliknya. Ada aura-aura laut 🌊. 


Sebelum gerak, sempatlah Syu booked hotel siap-siap. Cari punya cari, dapatlah Hotel Sentral Seaview (Dulu dikenali sebagai Hotel Naza Natalia) dekat Tanjung Tokong nun. Harga semalaman cuma RM110 sahaja termasuk breakfast untuk dua orang. Kira murahlah kan harga macam tu untuk satu malam? Rasanya kalau weekend mungkin tak dapat harga macam ni.


Hotel Pulau Pinang
Jadilah ada view laut sikit πŸŒŠ


Selesai booking hotel, lepas Maghrib kami berdua terus gerak ke Pulau Pinang. Sampai sana lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam macam tu -  Lambat sikit sampai sebab banyak selingan plus jalan jem dekat jambatan nombor satu πŸ˜‚.  



Breakfast sedap & banyak pilihan


Sebelum start tengok pengundian calon Rumahku, kami berdua laki bini turun ke kafe dulu isi tangki. Lambat-lambat nanti habis pula makanannya. Lagipun, pengundian Calon Rumah Perakku tu start pukul 10 pagi. So, masih ada banyak masa untuk kitaorang berdua lepak mengole lama-lama dekat kafe tu ☕. Sambil-sambil tu boleh ronda-ronda tengok kawasan. 


Breakfast buffet
Alhamdulillah tak ramai orang. Mungkin masih dibuai mimpi lagi agaknya πŸ˜‹


Kalau korang nak tahu, breakfast dekat sini dihidangkan secara buffet. Start dari pukul 7 pagi sampai pukul 10 pagi. Ada banyak pilihan menu untuk korang pilih. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi, makanlah kenyang-kenyang ya kalau korang datang bermalam di Hotel Sentral Seaview ni 🀭. 


Breakfast buffet
Jarang breakfast dekat rumah macam ni 🀭.


Breakfast buffet
Omelette-nya punyalah sedap sampai dua kali kami laki bini repeat πŸ˜‚.




Swimming pool & laut biru


Dekat luar kafe Hotel Sentral Seaview ni ada swimming pool & laut. Terpulang korang nak mandi yang mana satu. Syu malas nak pergi mandi-manda. Almaklumlah, Syu kan spesis ikan duyung🧜🏻‍♀️. Tak boleh kena air - Padahal tak reti berenang sebenarnya. Jadi, jangankan mandi laut. Mandi swimming pool pun ikut mood Syu. Kalau rasa nak mandi Syu mandi. Tapi, dekat kolam kanak-kanak sajalah main celup-celup kaki 🀣. 


Swimming pool
Selesai breakfast kita cuci mata kejap dekat swimming pool 😁. 


Overall, Hotel Sentral Seaview di Pulau Pinang ni memang best. Hotel bersih & selesa. Pemandangan pun cantik sebab menghadap laut. Makanan pun boleh tahan sedap. Kira berbaloi jugalah pada Syu.




[P/S : Ada untungnya juga Syu & husband lajak ke Pulau Pinang buat short vacay masa cabut undi hari tu. At least, terubat juga rasa kecewa kami berdua. Tipulah, kalau tak rasa kecewa dengan keputusan cabutan undi Rumah Perakku tu. Tapi apa boleh buat. Tak ada rezeki kami 😌]


Comments

  1. Sedap tengok sarapan yang Syu ambil. Hotel pun nampak selesa dan cantik. Seronok juga, cuti pendek. Sabar ye Syu, Insya-Allah ada rezeki lebih baik untuk Syu nanti.

    BalasPadam
  2. waa hotel baru ke ni. nampak semua baru dan makana pn sedap

    BalasPadam
  3. tak pernah menginap kt sini lg.. tp memang spot lah kawasan ni sbb tepi laut

    BalasPadam
  4. Mana nak cari harga hotel dengan sarapan begini murah di tempat lain ye... beruntung betul, memang rezeki sangat ni.

    BalasPadam
  5. wah...cantiks hotel nya.. harga pun kira murah tu..alhamdulillah, rezeki kan..siap bfast lagi

    BalasPadam
  6. View pun cantik . Harga pun murah juga tue . Boleh cuba laaa check in sini nanti ..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!