Nasi Kandar Imigresen Nasi Kandar Tertua Pulau Pinang

Jun 22, 2023

Okay, sambung! Selesai checked out Hotel Sentral Seaview. Kami ke pekan Georgetown pula bercari nasi kandar tertua yang famous di Pulau Mutiara ni 😁. Nasi kandar mana lagi kalau bukan Nasi Kandar Imigrisen. Dengar cerita nasi kandarnya padu. Especially, Ayam Masak Rosnya. Memandangkan Syu & husband tak pernah cuba. Maka, inilah misi kitaorang berdua laki bini datang short vacay ke sini 🤣. 



Zaman Jepun dah ada! 


Kalau korang nak tahu, Nasi Kandar Imigresen ni dah bertapak lama dah di negeri Pulau Pinang ni sebenarnya. Dengar cerita diaorang dah berniaga Nasi Kandar ni since zaman Jepun lagi (Sekitar tahun 1930-an) & nasi Kandar Imigrisen yang ada sekarang ni dah diwarisi generasi yang ke-3 dah tau. Meniaganya simple. Tepi jalan saja.


Nasi kandar
Masa ni tak ramai sangat orang. Sebab kami datang sebelum waktu makan tengahari.


Disebabkan dahulu lokasinya dibuka berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang. Maka, nama Imigrisen tu dikekalkan sehingga ke hari ini supaya orang kenal & senang nak cari nasi kandar ni walaupun gerainya dah berpindah tempat. Almaklumlah, negeri Pulau Pinang ni kan ada banyak nasi Kandar.



Kena tumpang dine-ine


Di Nasi Kandar Imigrisen ni tak ada disediakan kerusi & meja untuk korang duduk. Jadi, kalau korang nak datang dine-in, korang boleh pilih samada nak tumpang makan di Kedai Kopi Kassim atau di kedai makan Cina Asia Cafe. Pada yang Muslim, Syu sarankan korang makan di Kedai Kopi Kassim. Bukan tak bagi tumpang makan kedai Cina. Tapi, sebaik-baiknya pilihlah kedai makan muslim untuk elakkan keraguan 😉. 


Nasi kandar
Kalau macam ni harganya RM13.


Bab rasa ni perkara subjektif. Mungkin ada yang kata sedap & mungkin juga ada yang kata tak sedap. Ikut tekak masing-masing. Pada Syu, signature dish Ayam Rosnya memang sedap! Itu memang Syu tak boleh nafikan. Portion untuk sepinggang makan pun boleh dikatakan banyak juga. Overall, nasi kandarnya boleh tahan & masih boleh diterima tekak.



Cuma part kuah campurnya tu ada kurang sikit. Mungkin dah terbiasa dengan nasi kandar Restoran Ahmedia agaknya. Ada manis-manis gittew 🤭. Apa-apa pun, next round, Syu & husband nak cuba nasi kandar Pulau Pinang yang lain. Mungkin Nasi Kandar Kampung Melayu atau Nasi Kandar Deens Maju pula 😁. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!